∆ 7 ∆

65 8 21
                                    


Jam sudah menunjukkan pukul dua petang, masing-masing masih lagi tidak bangun dari tidur mereka kecuali seorang sahaja yang sudah bangun sepenuhnya. Makanan yang dipesan tadi diletak dengan berhati-hati di atas meja kecil yang berada di ruang tamu. Perlahan-lahan dia mengeluarkan kentang dan juga burger dari plastik Mc Donald's. Dia perlu berjaga-jaga untuk tidak berbuat bising kerana takut ahli lain akan terjaga disebabkannya.

'Krek'

Pintu bilik hujung berbunyi menandakan salah seorang dari ahli mereka telah pun bangun dari tidur panjang. Terpapar wajah Changbin dengan rambutnya yang dikusutkan. Tidak jauh beza rambutnya dengan sarang burung. Kedua-duanya serabai.

Mata mereka bertembung sehingga salah seorang daripada mereka mengalih mata ke arah lain. Changbin menapak ke arah ruang tamu lalu duduk di sofa. Sesekali dia memandang adiknya yang sedang leka makan burger dan kentang goreng.

"J-jeongin-ah" panggil Changbin lembut dan sedikit gagap. Jeongin yang sedang menyedut air coca cola itu memandang abangnya yang sedang memandang ke arahnya. Dapat Changbin baca riak wajah Jeongin yang kelihatan sedikit takut dengannya. Dia tahu itu salahnya kerana disebabkan dia, Jeongin mula rasa takut untuk mendekatinya.

"Hyung minta maaf pasal haritu" ucap Changbin dengan ikhlas. Jeongin hanya diam tidak bersuara. Dia biarkan sahaja Changbin yang berbicara.

"Hyung tahu hyung salah..memang hyung salah..disebabkan hyung, Jeongin takut nak dekat dengan hyung. Minta maaf la kalau buat Jeongin takut dan tak selesa. Hyung betul-betul minta maaf Jeongin" sambungnya lagi.

"H-hyung" kini giliran Jeongin memanggil Changbin. Dapat lelaki itu melihat mata adiknya itu sudah mula berkaca dan tidak lama kemudian air mata mula mengalir dipipinya.

"Yah kenapa menangis ni? Hyung minta maaf sebab buat Jeongin menangis" lagi sekali Changbin meminta maaf. Dengan segera dia turun dari sofa dan mendekati Jeongin yang bersila di lantai lalu memeluknya dengan erat.

"J-jeongin t-takut hiks" ujar Jeongin secara tiba-tiba. Changbin tidak tahu apa yang ditakutkan lagi oleh adik bongsunya itu.

"Apa nak ditakutkan lagi Jeongin? Hyung tak akan marah dah" ujar Changbin dan sedaya upaya dia memujuk lelaki itu untuk bertenang.

"J-jeongin takut kalau yang lain akan tinggalkan Jeongin hiks m-macam Chan hyung..Jeongin tak nak keseorangan hiks" tersedu sedan dia menangis di dalam dakapan hyungnya. Changbin yang mendengar itu mengeluh perlahan. Mengeluh bukannya tidak suka tetapi tidak tahu mahu mengata apa kerana dia bukannya ada kuasa untuk mengawal perkara yang bakal berlaku.

"Sudah la jangan fikir hal macam tu..baik Jeongin makan sebelum hyung ambik burger tu..hyung tengah lapar ni" ugut Changbin serta diselitkan sedikit lawak hambarnya. Dia cuba untuk menaikkan semangat budak itu saja.

"Kalau hyung nak, Jeongin ada lagi satu burger" Jeongin mengeluarkan satu lagi burger dari beg kertas Mcd kemudian dihulurkan kepada Changbin.

"Oyeah good boy..terima kasih" tanpa segan silu Changbin mengambil burger yang diberi. Mereka berdua berborak sambil menikmati burger tersebut. Dengan sekelip mata sahaja Jeongin sudah melupakan segala kesedihannya tadi. Berterima kasih kepada Changbin yang sudah memujuknya.

Tanpa mereka berdua sedar, Minho sedang tersenyum nipis disebalik pintu biliknya. Hatinya berasa sedikit lega apabila Changbin sudah berbaik dengan Jeongin.

▫▪▫

Minho duduk di bangku yang sudah siap sedia di atas bumbung bangunan JYP. Tangannya ligat mengscroll skrin telefon untuk melihat segala mesej yang dia dapat sejak beberapa hari ini. Semuanya berkait dengan masalah isu tentang dirinya menjadi ketua kumpulan. Satu persatu dia membaca segala mesej yang dihantar oleh haters.

[OG] Piece || StraykidsWhere stories live. Discover now