"Hyung tak balik Gimpo?" Jisung menyoal apabila melihat Minho yang langsung tidak mengemas bajunya. Hanya beg kecil yang dipenuhi dengan barang-barang skincare dan charger telefon sahaja.
"Balik" jawab Minho sepatah.
"Habistu? Kenapa tak bawak baju?" Soal Hyunjin pula yang juga turut berada di dalam bilik itu.
"Dekat sana dah ada baju..tak perlu pun hyung nak bawak" jawab Minho lagi. Dia mengzip beg setelah selesai mengisi barang yang perlu dibawa pulang bersama.
"Okay lah..hyung pergi dulu" pamit Minho kepada mereka berdua. Kakinya hanya mengorak beberapa langkah sebelum dia berpaling ke arah Hyunjin dan Jisung semula.
"Oh ya, kalau korang nak pakai baju hyung boleh je..terutama sekali kau Hwang Hyunjin a.k.a manusia yang sentiasa pinjam meminjam" sempat Minho memberi kebenaran kepada mereka. Dia kenal sangat perangai mereka yang suka meminjam baju antara satu sama lain termasuk dirinya sendiri. Hyunjin yang paling terutama yang sering sangat meminjam baju orang.
"Eh? Selama ni kitorang pakai baju hyung elok je? Kenapa sekarang baru nak bagitahu?" Ujar Jisung pelik dengan hyungnya itu.
"Ahahahaha saja..okay dah bye" Minho mengangkat tangan separa bahu melambai mereka berdua.
Apabila sampai sahaja dia di hadapan pintu utama, dia sempat menyapa Seungmin yang baru pulang dari kedai serbaneka.
"Nak pergi dah?" Soal Seungmin dan Minho hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Hati-hati hyung" pesan Seungmin. Belum sempat Seungmin mahu melangkah melepasi hyungnya, lelaki itu menarik tangannya kemudian memberi sesuatu.
"Huh?" Seungmin bingung apabila Minho memberikannya seutas gelang yang pernah dihadiahkan oleh mendiang Bangchan.
"Tolong simpankan" arah Minho.
"Tapi kenapa hyung tak pakai je?" Soal Seungmin yang masih bingung.
"Tak boleh..tiba-tiba tangan hyung gatal..jadi kau tolong simpankan ya..terima kasih" Minho memberi alasan. Bahu lelaki itu ditepuk beberapa kali sebelum dia pergi meninggalkan Seungmin yang masih tercegat disitu.
Tanpa mahu berfikir panjang, Seungmin hanya ikutkan sahaja kehendak Minho dan menyimpannya ditempat yang selamat iaitu di dalam laci tempat sebelah katilnya.
▫▫▫
Sejambak kecil bunga lili yang dibeli di tepi jalan tadi dilekatkan pada cermin dimana tempat abu mendiang Bangchan ditempatkan. Senyuman kecil diberikan kemudian membongkokkan badannya separa sebagai tanda penghormatan."Annyeong Bangchan..lama kita tak jumpa" sapa Minho dengan senyuman yang sentiasa kekal mekar dibibirnya.
"Aku tak jumpa hyung ada sebab..maaf la kebelakangan ni aku sibuk sangat..ye lah sekarang kan aku ganti tempat kau huh" Minho ketawa kecil selepas berkata begitu. Apa yang kelakarnya pun tidak tahu. Dia mendiamkan dirinya buat beberapa saat sebelum memanggil nama lelaki itu.
"Chan hyung" panggil Minho. Dia menundukkan kepalanya seraya membasahkan bibirnya. Wajahnya berkerut cuba menahan diri dari menangis. Nafas ditarik sepanjang yang boleh kemudian dilepaskannya secara perlahan-lahan. Kepala diangkat semula memandang gambar Bangchan yang sedang tersenyum lebar.
"Hyung" senyuman lebar turut dilebarkan seperti mana Bangchan senyum di dalam gambar tersebut. Walaupun bibirnya tersenyum lebar, tetapi matanya tidak dapat mengawal dari terus berkaca.
"Maafkan aku" apabila keluar sahaja kata maaf itu, terus air matanya mengalir ke pipi dengan laju. Jujur dia katakan yang dia tidak mampu untuk menahannya lagi. Tidak mampu lagi dia kuat seperti sebelum ini.
YOU ARE READING
[OG] Piece || Straykids
FanfictionDaripada kawan menjadi sebuah keluarga.Daripada keluarga menjadi sekeping memori. Hanya sekeping memori boleh tahu bertapa besarnya impak kepada mereka dan ia boleh menjadi sebahagian dari keburukan. "Walau dunia berubah sekali pun, korang kena janj...