∆ 3 ∆

50 8 3
                                    

Ambik feeling sikit..bukak ah muzik dekat atas ni :)

Ketujuh lelaki yang memakai baju serba hitam itu mula masuk ke dalam sebuah tempat dimana upacara pemakaman dilakukan. Mereka berbaris lurus untuk memberi penghormatan bersama. Mata yang merah dan bengkak dibiarkan sahaja. Itu menunjukkan seharian mereka menangis tanpa henti. 

 Kepala masing-masing menunduk, tidak mahu memandang ke hadapan kerana mereka tidak sanggup melihat gambar yang berada di atas keranda itu sehinggalah salah seorang dari mereka memberanikan diri untuk melihat ke hadapan.

'BBUKK'

Jatuh terjelepuk dia ke lantai. Tidak kuat lagi untuk dirinya berdiri dengan betul apabila melihat gambar orang yang dia sayangi dan percayai sedang tersenyum lebar. Sesungguhnya dia rindu dengan senyuman itu lagi. Tetapi sekarang tidak lagi kerana tuhan sudah pun mengambilnya kembali.

"Hyung hiks..kenapa kau pergi dulu" tangisannya mula kedengaran dengan jelas. Ahli yang lain cuba menahan diri mereka dari terus menangis, tetapi malangnya tiada salah satu pun dari mereka yang berjaya. Air mata mereka mula mengalir dengan laju.

"Jisung hiks jangan macam ni" Changbin duduk mencangkung lalu memeluk Jisung yang sedang duduk sambil meraung. Ya, orang pertama yang memberanikan dirinya untuk memandang ke hadapan adalah Han Jisung.

Minho menutup matanya sambil menangis. walaupun dia tidak menangis dengan kuat, tetapi masih boleh medengar bunyi esakan kecil darinya. Dia tidak sangka orang yang dianggap keluarga dan juga kawan sehidup semati sudah pun pergi meninggalkanya. Pada mulanya dia tidak percaya yang Bangchan sudah pun pergi meninggalkan mereka kerana dia berfikir yang Seungmin sengaja main-main dengannya.

Jeongin datang ke arah Minho lalu terus memeluk lelaki itu sambil menangis. Dapat dia rasakan yang Minho membalas pelukannya dengan erat. Pelukan itu terasa seperti Bangchan yang sedang memeluknya sekarang itu. Pelukan hyungnya itu membuatkan dia tidak mahu melepaskannya.

"Hyung maafkan aku hyung hiks..aku yang salah. Chan hyung hiks" Seungmin tidak henti meminta maaf kerana dia fikir itu semua salahnya. Felix yang melihat Seungmin dalam keadaan sebegitu terus mendapatkan lelaki itu lalu memeluk dengan erat.

"Seungmin sudah la hiks..bukan salah kau" pujuk Felix sambil menangis. Melihat Seungmin begitu membuatkan dia berasa sedih dan kesian. Mereka langsung tidak menyalahkannya pun, tetapi dia pula yang menyalahkan dirinya sendiri.

Hyunjin melihat gambar Bangchan yang sedang tersenyum. Baginya seperti lelaki itu sedang tersenyum gembira ke arahnya. Dia ingin membalas senyuman itu semula tetapi tidak berdaya. Perlahan-lahan dia duduk sehingga lututnya terkena pada lantai. Kepala ditundukkan ke bawah memandang lantai kemudian menangis semahunya. Sebelum ini dia jarang menangis. Tetapi disebabkan orang yang paling dia percayai dan sayangi sudah tiada, dia terasa seperti hatinya sudah hancur menjadi kepingan kecil. sedih yang teramat sedih baginya.

▫▪▫

Masing-masing termenung di atas katil sendiri dengan baju yang masih belum ditukar. Suasana yang dulunya sentiasa bising kini bertukar menjadi sunyi. Langsung tiada satu suara pun yang bunyi seperti tiada siapa yang duduki di rumah itu.

Minhi yang berada di dapur cuba mengumpulkan semangatnya sebelum kakinya melangkah ke setiap bilik adik-adiknya untuk memanggil mereka keluar dan berkumpul diruang tamu. Setelah memanggil mereka, Minhi terus melangkahkan kakinya ke sofa ruang tamu. Tidak terasa mahu duduk di sofa yang empuk itu, dia mengambil keputusan untuk duduk di atas lantai sahaja.

[OG] Piece || StraykidsWhere stories live. Discover now