6

6.2K 67 4
                                    

Chris mengecilkan matanya memandang gadis disebelah.Perlahan-lahan tubuh sasa Chris mendekati Jasmine tanpa mengalihkan pandangannya daripada mata gadis itu.

"Tunggu kita dah kahwin,masa tu baru aku akan berlembut dengan kau..Faham?"Sinis sekali ayat Chris membuat Jasmine memutarkan matanya lalu memandang keluar tingkap.

Dalam debar,Jasmine memeluk tubuhnya perlahan.Sempat dia menjeling Chris disebelah yang sedang tersenyum sinis.

Melihat senyuman sinis lelaki itu,bibir Jasmine juga tiba-tiba mengoyak senyuman penuh makna.Entah kenapa otaknya begitu cerdas setelah dihempas Chris ke tempat duduk kereta tadi.Berkerut kening Chris melihat senyuman pelik Jasmine.

"Uncle...Kita lari nak tak?Awak tak cintakan saya,saya pun sama..Jadi,the best solution is..Kita larikan diri dari kahwin..Kan senang hidup kita uncle.."Kata-kata Jasmine itu didengar oleh Chris dengan tekun sebelum menjeling maut gadis disebelahnya.

"Kau ingat fikiran aku cetek macam kau.."Satu baris kata itu mematikan niat Jasmine untuk meneruskan kata-kata yang sudah dia susun indah sebentar tadi.

"Tak matang langsung."Kedengaran lelaki itu membebel tanpa memandang manusia disebelahnya.Tangan kirinya memaut tombol gear dari P ke D sebelum kereta bergerak membelah jalan raya.

Jasmine hanya mampu menjeling lelaki menjengkelkan disebelahnya dengan ekor mata.Suasana di dalam kereta menjadi sunyi sepi saat ini.Hanya bunyi enjin yang kedengaran.

Setelah beberapa minit perjalanan,akhirnya kereta yang dipandu Chris sampai dihadapan rumah Jasmine.Perlahan Jasmine melepas tali pinggang kaledarnya sebelum tangan kiri ingin membuka pintu.Chris menahan lengan kanan Jasmine membuat Jasmine pantas menoleh kesebelah sambil mengerut dahinya.

"Ini amaran aku,kalau aku tahu kau keluar lagi macam tadi siap kau.."Jari telunjuk Chris angkat dihadapan Jasmine menunjukkan yang dia benar-benar serius dengan kata-katanya.Jari yang bergerak-gerak itu Jasmine pandang dan mengangguk kecil lalu keluar.

*****Hari perkahwinan*****

"Kau yakin ke Jas?Kau masih ada masa tau kalau nak larikan diri.Jangan nanti kau dah terikat baru kau menyesal,ha..time tu aku for sure tak dapat tolong kau.."Kata-kata yang keluar dari mulut sahabat Jasmine itu membuat hatinya semakin gundah.Semakin bercelaru fikirannya.

Hidupnya kini bagai ditelan mati emak,diluah mati bapa.Hendak meneruskan perkahwinan dengan orang yang baru berapa bulan dia kenali sangat mustahil.Tapi jika dia melarikan diri sekarang akan membuat kedua keluarga mendapat malu.

"Aku tak tahu Careena..Serius aku tak tahu."Hanya itu yang mampu Jasmine luahkan.

"Kalau kau larikan diri sekarang masih ada masa tau Jas..Aku tolong kau.."Wajah Careena sangat menyakinkan.Namun tak mampu meyakinkan hati Jasmine yang sedang berbelah bahagi saat ini.

Ketika kedua sahabat itu terdiam,tak tahu apa yang patut dituturkan,terdengar ketukan di daun pintu.

Kedengaran suara lembut puan Fatimah diluar sana memanggil Jasmine.

"Jas..Time untuk makeup sayang.."Puan Fatimah mengingatkan Jasmine.Careena dan dia saling berpandangan tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Okay mom.."Dengan malas Jasmine menjawab.Kakinya dengan lemah dibawa melangkah kearah pintu.Wajah lembut Puan Fatimah muncul sebaik sahaja daun pintu diselak.Bibir wanita anggun itu mengoyak senyuman setelah melihat wajah satu-satunya puteri miliknya.

"Jas..Fikirlah masak-masak.Macam mana kau nak enjoy lepas kau kahwin nanti.Kau masih muda tau."Suara Careena kedengaran sangat risau itu membuatkan Jasmine berkerut dan mengarahkan mak andam berhenti dari menconteng wajahnya.

"Reena..Kau tenanglah,dari tadi aku tengok kau gelisah je."Ujar Jasmine cuba menenangkan Careena.

"Lepas ni siapa nak clubbing dengan aku.Siapa nak dengar masalah aku.Kau tahukan kau seorang je kawan aku."Tersenyum Jasmine mendengar kata-kata sahabatnya.Itu yang dia risaukan bisik hatinya.Mak andam menyambung kembali tugasnya yang terhenti tadi.

"Aku kahwin je pun..Bukannya aku pindah pergi planet pluto.."Jawab Jasmine tergelak.

Jawapan yang terasa lucu bagi Jasmine itu tidak mampu membuat wajah tegang Careena berubah kendur.Kedengaran keluhan berat dari mulut Careena.

Jasmine memandang Careena.'kasihan sahabatku..'Bisiknya.

"Reena relax la..Aku kahwin bukan tak boleh bersama kau langsung pun.Lagipun aku dan Chris tak cintalah.Tak adanya dia nak kongkong aku.Lagi-lagi kalau dia jumpa awek yang dia suka.."Jasmine cuba menenangkan kawannya.

Setelah selesai majlis,kini hanya tinggal keluarga Kedua-dua pengantin baru yang sedang duduk berkumpul diruang tamu rumah Encik Khairi.

"So Chris,lepas ni nak honeymoon kat mana?"Tanya daddy Jasmine.Jasmine hanya mampu diam.Semua pusat pandangan adalah ke arah mereka berdua yang duduk bersebelahan dan rapat.Ya rapat sekali seperti pasangan yang sedang bercinta.Yang tak mampu berjauhan walau seinci pun.

Tanpa rasa malu sedikit pun,tangan Chris dia lingkarkan dibahu Jasmine.Membulat mata Jasmine diperlakukan begitu.Jika tidak memikirkan perasaan orang tua,sudah lama Jasmine tepis tangan besar lagi berat itu.

"Dalam minggu ni belum lagi uncle..Sebab kena settlekan kerja dulu.Minggu depan kot.."Jawab Chris dengan senyuman.Geli hatinya melihat reaksi terkejut Jasmine sebentar tadi.Chris tahu,jika hanya mereka berdua saja tadi sah-sahlah Jasmine akan buat muka.Maka inilah kesempatan terbaik Chris.

"Ish apa uncle-uncle ni..Chris kan dah kahwin dengan Jasmine.Panggil daddylah."Balas Puan Fatimah.

Chris tersenyum sambil mengangguk.'Dia tua lah daddy.Patut panggil daddy bro je..Bukan daddy.'Ayat itu hanya mampu bermain dibenak paling dalam Jasmine.Tak berani dia nak luah.Habis berani pun luah pada Chris je,tapi sekarang ayat itu dia simpan dulu.

Setelah hampir satu jam sesi 'beramah-mesra' kedua keluarga,akhirnya parents dan adik-beradik Chris meminta diri.Jasmine merasa lega kerana waktu penyeksaan telah berlalu.Dia mengeluh lega lantas berlalu naik kebiliknya tanpa mempedulikan Chris yang masih sibuk berbual bersama daddy dan mummynya.

Daun pintu Jasmine tutup perlahan.Otaknya seakan tak mampu mempercayai hakikat yang dia sudah menjadi isteri orang di usia yang sangat muda.Baju berwarna putih yang masih cantik bersarung ditubuhnya dia pandang.Hatinya tiba-tiba diserbu sayu tak tahu penyebabnya.Matanya yang mulai berkaca sedaya-upaya Jasmine tahan.Tubuh genit Jasmine hempaskan pada tilam tanpa berniat ingin mengganti pakaian.Nanti-nantilah fikirnya.Saat matanya dipejam,bermacam-macam fikiran datang bertandang.

Ada rasa penyesalan datang perlahan dihati Jasmine kerana tidak mengikut kata-kata Careena awal pagi tadi.Kalaulah dia lari,mungkin dia sudah bebas diluar sana sekarang.

Tok!
Tok!
Tok!

Ketika Jasmine hampir hanyut dibuai perasaan,kedengaran pintu biliknya diketuk.

"Ishh..Siapa pula lah yang berani kacau princess tengah bersenang-lenang ni?"Soal Jasmine.

Apabila pintu dibuka,wajah Chris menyapa.

"Me..Princess."Jawab Chris seolah-olah mendengar kata-kata Jasmine tadi.

'Dia dengar ke?Bukan aku cakap suara kecik je ke tadi..'Bersama kerutan Jasmine bertanya didalam hati.

"Awak nak apa?"Jasmine bertanya.Semakin berkerut Jasmine apabila melihat bibir lelaki itu tersenyum.

"Nak awak.."

*Nah gais..Angpau raya dari author..

 Uncle,I love you! Where stories live. Discover now