9

5.3K 36 9
                                    

    

        "Tak boleh!" Tanpa berfikir Chris menjawab.

"Kenapa awak tak suka sangat dengan Careena tu.. Dia kawan sayalah Chris." Renungan tajam Chris Jasmine tentang. "Saya tahu dia tu kawan awak.. Tapi awak kena ingat, awak tu isteri saya Jasmine, nak tak nak awak kena ikut cakap saya. Kawan awak tu tak boleh duduk sini. Noktah! "Serentak itu, kaki Chris melangkah meninggalkan isterinya yang masih mengharapkan persetujuan, persetujuan untuk Careena tinggal dirumah ini.

Keluhan hampa Jasmine hembus. Kalau Careena ada, tak adalah hari-harinya yang akan datang terlalu sunyi.

"Reena.. Sorry tau, aku tak fahamlah kenapa Chris tu anti betul dengan kau."

"Dia suka aku kot.. Tapi terpaksa kahwin dengan kau.." Careena gelak.

Jasmine memandangnya lama. "Betul ke Reena? Dia pernah cakap kat kau?" Kalau benar kenapa dia nak kahwin dengan aku?

"Aku agak ajelah.. Kau tak yahlah risau.." Careena sengih.

Sudahnya, Jasmine hanya diam. Agak terkesan dengan kata-kata Careena. Bagaimana jika benar?

Setelah Careena pulang, Jasmine mencari Chris tetapi sepertinya Chris tidak ada di rumah. Dimana lelaki itu? Soal hati Jasmine.

Telefon dicari, apabila jumpa laju saja aplikasi whatapp Jasmine tekan, nama Chris dicari lalu mula menaip.

Jasmine:Awk kat mana?

Tak sampai seminit, kelihatan dibawah nama Chris sedang typing.

Ting!

Chris:Sya kat luar.. Kwn awk dah balik?

Jasmine: dah..

Chris: Sya dah nak balik.. Awk nak pesan smthg?

Seperti orang mengantuk disorong bantal, sekali dengan tilamlah.

Jasmine: Makanan ..  Di hujung ayat Jasmine letak emoji senyum.

Chris: orait..

"Jasmine.." Kedengaran suara Chris dari tingkat bawah membuat Jasmine cepat-cepat melangkah turun. Sampai saja di anak tangga terakhir, dia melihat Chris sedang membawa bungkusan makanan.

"Duduk.." Arah Chris apabila Jasmine sudah mendekatinya dimeja makan. Jasmine hanya menurut. Matanya tak lepas memandang wajah tanpa riak Chris. Ingin membaca air muka suaminya. Ingin mencari jawapan kepada persoalan kenapa lelaki itu sangat tak sukakan Careena?

"Nah, Makan.." Berkerut kening Jasmine melihat hanya makanan untuknya yang dihidang.

"Awak tak makan ke?" Soal Jasmine.

"Saya dah.. Makan dengan mummy and daddy tadi.." Tangan Jasmine yang ingin menyuap nasi kemulut terus terbantut. What?

"Awak pergi jumpa mummy dan daddy tak ajak saya?" Senget senyuman dibibir Chris. Nampak sangat sinisnya.

"Awakkan busy berkepit dengan bff awak.." Sengaja huruf bff dia tekan dalam-dalam.

"Awak tak suka sangat Careena kenapa ye?" Jasmine dijeling sekilas sebelum..

"Sebab dia tak baik.."

"Memanglah dia tak sebaik malaikat, tapi dia tak pernah jahat dengan saya.. Dia faham saya dari mummy, daddy, dan awak sekali pun." Senyuman senget kembali menghiasi bibir berkumis nipis Chris.

" Hmmp, kalaulah awak tahu... "

" What? "

" Tak ade.. Habiskan makanan awak tu.. Saya nak naik, and buat kerja.. " Tanpa sempat Jasmine menjawab, Chris cepat-cepat berlalu malas berterusan bertekak dengan isterinya kerana dia tahu, Jasmine tak akan percayakan dia.

----Flash back -----

Jasmine yang tinggal hanya tercengang, tak faham kenapa suaminya begitu. Anti sangat dengan bffnya. Pernah sekali beberapa hari sebelum hari nikah mereka, dia dan Chris ketika itu sedang mencuba baju pengantin yang sudah ditempah di butik. Pemandangam yang serupa terjadi . Bezanya mereka didepan pintu butik,Careena berada diluar. Jasmine yang baru saja selesai mengenakan baju pengantin berwarna peach ingin meminta bantuan Chris untuk menutup zip bahagian belakang badannya keluar dari bilik persalinan. Tangan kekar Chris sebelah kanan kelihatan naik seakan-akan ingin menampar seseorang, rahangnya kelihatan ketat bukti giginya diketap kuat.

Apabila namanya diseru Jasmine, barulah tangan itu turun selaju mungkin. Wajah yang tadinya jelas masam walau hanya dilihat dari tepi kini berubah seratus lapan puluh darjah. Berubah manis. Pandangan lembut Chris hantarkan pada Jasmine tidak mampu memadam kehairanan dalam hatinya.

Persoalan yang ada dikepala Jasmine saat ini ialah, siapa yang membuat dia sebegitu marah sehingga kulit wajah yang putih itu bertukar rona. Siapa manusia dibalik daun pintu itu.

"Bestiii...!" Suara nyaring dan ceria Careena menjawab segala persoalan tadi. Tapi kenapa dengan Chris?

"Reena.. Apa kau buat kat sini?" Wajah Careena dan Chris dia pandang bergilir. Wajah ceria Careena dan wajah menahan marah tapi disembunyi Chris.

"Aku kat kedai depan sana tadi, ternampak kau berdua masuk.. Jadi aku saja nak melawat bakal pengantin.." Jawab Careena bersama sengihan. Jasmine mengangguk, Chris yang sudah berlalu dia jeling sekilas.

Careena menilik tubuh Jasmine. "Cantiknya dress kau.. Teringin pulak aku nak try. Hmm.."

" Jomlah.. "Jasmine menarik tangan comel Careena menujuk ke bilik persalinan, didalam sana sudah disediakan beberapa helai baju yang ingin dia cuba.

Terpaku mata Careena melihat dress yang digantung cantik-cantik semuanya.

"Wow, Jas... Cantiknya.."

"Kau trylah mana yang kau nak.. Aku nak sambung try yang lain pula, lagi cepat lagi bagus. Rimaslah dengan orang tua tu, asyik  reject je dari tadi. Ni dah baju yang ke empat kau tahu. Hmm.. Cerewet betul. "Bibir merah Jasmine membebel bagaikan nenek-nenek memarahi cucu.

Careena hanya diam memandang sahabat baiknya membebel. Dia mula beralih minat kepada pakaian yang ada didepan matanya.

Sedang Jasmine dan Chris bertekak diluar bilik, Careena keluar sambil menilik-nilik fabrik yang melekap ditubuhnya

"Jas.. Okay tak?" Terhenti pertikaman lidah  kecil bakal pengantin. Kedua-duanya berpaling ke arah Careena. "Wow.. Your so gorgeous Reena.. Dah boleh kahwinlah kau.." Usik Jasmine. Chris berlalu dari situ membiatkan dua sahabat itu berbicara. Mata Careena beralih melihat belakang badan Chris yang sedang menghadap cermin besar yang ada di sudut sebelah kiri, sebelum memandang Jasmine.

"Really? Siapalah lelaki yang sudi kahwin dengan aku ni Jas.." Sekilas Chris dijeling.

Lelaki itu langsung tak memandang kearahnya membuat hati Careena sakit.

 Uncle,I love you! Where stories live. Discover now