"Awak nak apa?" Soal Jasmine. Semakin jelas kerutan di kening Jasmine apabila melihat bibir lelaki itu mengoyak senyuman. 'Apa yang buat dia senyum..' Jasmine tertanya didalam hati."Nak awak.." Jawapan Chris itu semakin membuat Jasmine menjadi bingung.
"Awak nak saya buat apa? Kenapa awak tak balik lagi ni?" Ehh kejap, did you hear what he say just now? 'Awak'?
"Halau suami nampak.." Sengaja perkataan suami disebut satu-persatu agar Jasmine sedar.
"Mummy suruh saya tidur sini.." Ucap Chris bersama senyuman. Jasmine mendengar ucapan jejaka itu membuat riak geli.
"Eee uncle.. Mummy tu hampir sebaya awak lah.. Tak layak betul panggil mummy." Huh terluah juga apa yang Jasmine pendam sejak tadi.Wait... 'Saya'? Bukan 'aku' ke?
"Tak kisahlah sebaya ke, terlebih tua ke, yang penting sekarang saya dah jadi menantu mereka. So, secara automaticnya saya kena panggil mereka mummy and daddy.." Ikutkan hati ingin Jasmine menjawab, tetapi dia risau jika terdengar oleh orang tuanya.
"Now princess boleh saya masuk?" Tanpa menunggu jawapan Jasmine, Chris ingin terus meloloskan dirinya kedalam bilik tetapi berjaya ditahan Jasmine.
"Eh eh eh.. Bilik tetamu kan ada.. Kenapa perlu masuk bilik saya?"
"Saya dah sah jadi menantu tuan rumah.Buat apa nak tidur kat bilik tetamu.." Jawapan itu membuat Jasmine semakin tak tentu arah.Bukan dia tak faham, dia saja buat-buat tak faham sebab tak bersedia jadi isteri.
Baru saja Jasmine ingin membalas kata-kata Chris, terdengar bunyi Encik Khairy berdehem menandakan dia sedang berada di tangga. Dengan pantas Jasmine menarik lengan Chris masuk lalu menutup pintu.
Chris hanya tersenyum melihat kelakuan isterinya. "Tahu takut.." Jasmine memutarkan matanya. Dia tidak ada mood untuk sesi ceramah sekarang. Yang dia mahu hanyalah mandi dan tidur.
Lima belas minit sejak Chris masuk, hanya bunyi deruan penghawa dingin dan bunyi telefon yang memenuhi bilik itu. Jasmine lebih selesa duduk di sofa yang berada dihujung kaki katil.
Telefon Bimbit Jasmine berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Tanpa menghiraukan Chris yang sedang duduk santai diatas katil, Jasmine mencapai lalu membuka kekunci telefonnya. 'mesej dari Reena' Bisik hati Jasmine.
Reena:Jas.. Kau okay x?
Jasmine:Okay je..Kenapa? Soal Jasmine pula.
Reena:Tak de la..Aku just nak pastikan bff aku ni okay ke tak.Mana tau kau perlukan khidmat aku..Chris ada dengan kau ke sekarang?Duduk sebilik dengan kau?
Jasmine:uishh..Banyaknya soalan kau..Ye dia sebilik dengan aku.Mummy suruh gunakan bilik pengantin tapi aku tak nak.Seram aku bilik berhias macam tu.Aku dah halau orang tua tu,tetap juga nak masuk bilik ni 🙄 menyemak je.
Reena:Kau hati-hati,jangan bagi dia sentuh kau.Lelaki bukan boleh percaya pun.
Ada betul juga apa yang dikata Careena, fikir Jasmine. Careena kan banyak pengalaman soal lelaki. Menggunakan ekor mata Jasmine menjeling Chris yang masih duduk di atas katil sambil bermain sesuatu di telefon pintarnya.
"Awak jeling saya macam tu buat saya geram.." Tersentak tubuh Jasmine disebabkan terkejut. Tak sangka Chris perasan.
"Eee saya tak jeling punlah.. Jangan perasan please." Balas Jasmine menutup rasa malunya.Jasmine:Reena.. Aku risaulah.. Macam mana aku nak tidur nanti? Takkanlah sekatil kot..
Itu yang Jasmine sangat risaukan.Reena: Kau bincanglah dengan dia. Suruh dia tidur kat sofa ke? Tau kau yang tidur sofa kalau-kalau dia tak nak. Takkan baru kahwin dah gelojoh kot..
Balas Careena. Betul juga..
"Awak.. Nanti awak nak tidur kat atas katil ke sofa?" Laju Chris memusing kepalanya memandang wajah Jasmine.
"Atas katillah.. Kenapa?" Soalnya.
Berubah wajah siisteri dengan jawapan sisuami.
"Uncle.. sa..." Belum sempat ayat itu Jasmine habiskan,Chris sudah bersuara.
"Okay.. Kali ni saya saya tidur sofa.. Tapi kalau kat rumah kita, kita sekatil, full stop!" Tegas.
"Boleh.. Kalau awak boleh buat saya jatuh cinta kat awak, kita akan sebilik dan sekatil.. Dalam masa tiga bulan sahaja ye" Yakin Jasmine membuat syarat.
Beberapa detik Chris merenung wajah Jasmine, berkira-kira hendak menuruti permintaan isteri atau menggunakan kuota suami sepenuhnya. Setelah menimbang-tara, akhirnya Chris bersuara.
"Ok.. Boleh. Tapi awak kena ikut apa syarat saya.." Berkerut kening gadis itu. Syarat?
"Apa syarat dia? Jangan terlebih pulak ye.." Chris tak menjawab. Sebaliknya dia hanya senyum sambil mengenyitkan mata lalu melangkah masuk ke dalam bilik mandi tanpa mempedulikan isterinya yang sedang tertunggu jawapan.
"Ishhh..." Sofa menjadi mangsa sepakan padu Jasmine. Sakit kaki yang dia rasa tidak sesakit hatinya melihat lirikan penuh makna sang suami. Semakin geram bila mendengar siulan si jejaka.
Hi 😊 ada yang merajuk ke tu...ni i pujuk 😊 pendek je ok..
YOU ARE READING
Uncle,I love you!
Romance❗❗🔞🔞🔞 Jasmine Evans seorang gadis berumur 20 tahun yang menganggur.Seorang anak manja dan sosial.Di paksa daddynya berkahwin dengan anak seorang kawan yang berumur 15 tahun lebih tua darinya.Jasmine yang hanya fikirkan kebebasan membantah keputu...