"Welcome to our home sweet home..Jemput masuk wifey.." Chris bersuara setelah membuka kunci pintu utama rumah mereka.
"Kenapa tak duduk rumah awak yang dulu?" Tanya Jasmine. Chris membawanya ke sebuah rumah banglo.
"Ohh.. Itu rumah bujang.. Saya dah investkan. Ini rumah kita.." Bersama senyuman manis Chris menjawab.
Mendengar jawapan dari encik suami begitu, terasa seperti dibakar kulit wajah putih Jasmine. Ditambah terlihat bibir merah itu mengoyak senyuman yang boleh mencairkan sekeping hati gadis sepertinya. Kakinya dibawa melangkah masuk, mengelak dari terus ditenung Chris.
Dibelakang, senyuman Chris semakin mekar. Dia membontoti sang isteri yang sedang memerhati dalaman rumah baru mereka. Rumah yang akan menjadi saksi perjalanan hidup mereka sebagai suami isteri.
"Bilik tidur saya mana?" Jasmine bertanya apabila house tournya di tingkat bawah sudah tamat.
"Bukan bilik kita ke?" Sengaja Chris menduga.
Melihat jelingan tajam Jasmine, pudar senyuman gatal dibibir Chris. Sengihan pula yang dia hadiahkan buat gadis itu.
"Bukan ke kita akan sebilik, kalau awak boleh buat saya jatuh hati kat awak?" Jasmine mengingatkan. Maklumlah, dia berurusan dengan orang tua sekarang ni.
"Oh, ye ke? Bila awak cakap macam tu? Kenapa saya tak tau? Saya setuju ke?" Kalau tadi, raut Jasmine semasam tomato.Kini berubah semasam lemon pula.
"Awak sengaja ke uncle?" Tanya Jasmine dengan wajah bengang.
"Ehh, taklah.." Walaupun senyuman cuba disembunyi, tapi mata Chris tak mampu menipu. Jelas sekali mata itu tersenyum.
Jasmine gigit bibir. Geram.
"Jangan gigit bibir macam tu, kalau tak nak kena terkam.." kening Jasmine berkerut tanda tak faham. Chris dijeling tajam.
"Jom.." Chris melangkah mendaki tangga ke tingkat atas. Jasmine hanya diam membontoti.
"Ini biliknya.." Daun pintu Chris buka.
"Bilik awak mana?" Jasmine bertanya sambil kaki mula melangkah masuk, mata meliar memerhati ruangan itu. Dinding dicat berwarna putih, senada dengan perabotnya. Katil berwarna coklat.
"Sinilah.." serentak itu, kedengaran daun pintu tertutup. Dengan cepat, Jasmine menoleh. Rasa geram yang sudah padam tadi kini kembali muncul, malah bertambah-tambah rasa itu apabila melihat senyuman senget lelaki bergelar suaminya.
"Uncle dah lama hidup ke?"
"Lamalah juga dari awak.."
"Bilik saya berhadapan dengan bilik awak ni.. Kalau awak rindu saya malam-malam, masuk je okay? Okaylah.. Awak rehatlah."
Jasmine mengeluh lega bila tubuh tegap Chris hilang dari pandangannya.
Selepas mengemas pakaian, Jasmine berehat sambil berbaring diatas katil. Telefon dicapai, aplikasi WhatsApp dia buka. Sudah tentu nama Careena dia cari. Apa khabar sahabatnya itu? Beberapa hari ini, Jasmine memang jarang bermain dengan telefonnya. Tak seperti sebelum ini, payah benar nak berenggang dengan gadjet yang satu itu
Ting tong!
Jasmine berlari menuruni anak tangga sambil tersenyum. Dia tahu siapa tetamu yang datang.
Sampai di tingkat bawah, Chris terlebih dulu membuka pintu. Tapi tetamu diluar tidak pula dijemput masuk. Jasmine perlahan-lahan mendekati suaminya yang sedang berwajah ketat. Seperti tidak mengalu-alukan kedatangan orang yang sedang berada diluar."Chris.." Jasmine menyeru nama Chris.
Chris seperti sedang menyembelih mangsanya hidup-hidup dengan pandangan mata tajamnya.
"Dia buat apa kat sini?" Beku suaranya bertanya tanpa menoleh ke arah Jasmine. Sikit pun pandangan membunuh itu tidak dikalih dari makhluk yang ada dibalik pintu.
"Dia kan kawan saya.. Sayalah yang jemput dia." Ya, Careena. Jasminelah yang mempelawa Careena untuk datang ke rumah disebabkan bosan katanya.
Jasmine cuba menurunkan tangan berurat Chris dari terus memegang daun pintu. Kuat pegangan Chris pada pintu itu sehingga, Jasmine terpaksa menggunakan kedua belah tangannya memegang lengan sasa Chris.
Setelah berjaya, dia mencari wajah Careena. Senyuman terukir saat terlihat wajah si sahabat.
Sempat Jasmine tangkap wajah tak senang sahabatnya, sebelum senyuman Jasmine dibalas. Ini semua gara-gara suaminya. Kenapa tak suka sangat dengan bffnya seorang ini?
"Jom masuk.." Tangan Careena Jasmine tarik masuk.
Suara decitan dari mulut Chris dia abaikan.
"Lawalah bilik kau Jas.. Idaman aku betullah rumah macam ni. Untung kau." Jasmine mengeluh.
"Lawa pun bukan aku punyalah Reena.. Ini kan rumah Chris.." Careena mengangguk.
" Betul jugakan.. Ehh, nak pula si tua tu bilik asing-asing? Ingatkan nak melekat terus dengan isteri muda dia ni.."
"Kita buat deal.. Kalau tak, tak adanya." Careena angguk faham.
"Apa deal korang?" Careena ingin tahu.
Sebelum bersuara, Jasmine mengeluh. "Aku cakap, selagi aku tak jatuh cinta kat dia, selagi tu aku takkan tidur sebilik dengan dia.." Careena gelak, janggal bunyinya.
"Itu je kau minta? Kalau dia boleh buat kau jatuh cinta kat dia macam mana?" Jasmine sedikit hairan, kenapa dengan Careena?
Mungkin melihat Jasmine diam, Careena berdehem. "Aku bukan apa, kaulah satu-satunya bff aku. Aku tak nak kau kena tipu lelaki. Tak ada satu pun lelaki baik tau.." Mendengar itu, Jasmine mengoyak senyuman. Careena kelihatan lega setelah melihat Jasmine tersenyum.
"Aku taulah hati aku Careena, kau janganlah risau sangat okay.. Aku tahu jaga diri aku." Jasmine menepuk-nepuk belakang badan sahabatnya. Faham akan perasaan Careena, yang peduli tentang dia. Seperti dia juga selalu peduli akan sahabatnya itu.
Guys..janganlah korang marah dia ye..kesian dia baru balik healing kena marah..msg korang dia akan reply ye ikut urutan..jangan risau, semua akan dilayan
YOU ARE READING
Uncle,I love you!
Romance❗❗🔞🔞🔞 Jasmine Evans seorang gadis berumur 20 tahun yang menganggur.Seorang anak manja dan sosial.Di paksa daddynya berkahwin dengan anak seorang kawan yang berumur 15 tahun lebih tua darinya.Jasmine yang hanya fikirkan kebebasan membantah keputu...