Iman dan rudy tiba dengan selamat di ruang yang dipenuhi bangkai tadi.
Rudy berjalan sambil kepalanya memandang lantai.
Iman yang dari tadi memerhati rudy pelik dengan tingkah laku mamat itu.
'dah kenapa landak ni, duk main tunduk-tunduk je' iman kemudian turut memandang lantai yang dipijaknya. Kemudian dia memandang rudy kembali.
"rudy,kenap awak pandang lantai? Awak cari benda ke?" iman bersuara perlahan. Namum soalannya itu dibalas gumaan saja dari rudy.
"hem"
Kening iman terangkat. 'jadi dia cari benda lah ni' perlahan-lahan iman menganggukan kepalanya tanda faham.
"awak cari apa? Boleh saya tolong carikan"
Sunyi...
"em,benda yang awak cari tu macam mana?"
Krik,krik ,krik
'aish, diam pulak. Orang nak tolong pun masih lagi sombong.' iman memutarkan matanya ke aras. Menyampah betul.
"Rudy,awak dengar tak ni?"
"awak cari apa,meh lah saya tolong awak car..-"
"eishh kau ni bising ar, diam boleh tak" rudy memusingkan badannya ke arah iman. Matanya tajam menusuk ke dalam anak mata sang gadis.
Iman menelan ludahnya. Anak matanya di alihkan ke arah kanan.
Rudy mendegus. Dia menyambung aktiviti yang dia buat tadi.
Apabila dia jumpa apa yang ia cari dia kemudian mendonggak ke atas memandang siling. Senyum sinis terukir di bibirnya.
'akhirnya jumpa pun'.
Rudy kemudian mengalihkan matanya untuk memandang iman yang berada di belakangnya. Nampaknya gadis itu masih tidak beranjak dari tempat rudy memarahinya tadi. 'padan muka, mulut tu memang susah betul nak diam ea. Dulu aku ingatkan tak ada mulut tapi bila dah kenal kalah mulut si moon tu' sempat lgi kau kutuk anak dara orang ea.
"Iman. Sini"
Iman memandang ke arah rudy. Tanpa aba-aba, dia terus melangkah ke arah rudy. Kang kalau lambat tak pasal-pasal kena marah.
"kenapa?" iman bertanya sebaik saja dia berada di hadapan rudy.
Iman mendonggak kepalanya untuk memandang rudy. 'dia tinggi atau aku yang terlebih pendek ni?' ini pertama kali dia berhadapan dengan rudy. Betul-betul berhadapan ni,tak tipu.
Mata rudy masih lagi meliar memandang setiap sudut ruangan itu. Matanya kemudia terhenti ke aras satu sudut yang dipenuhi kotak kayu itu. Dia kemudian memandang iman yang berada di hadapannya. Disebabkan iman ni pendek, terpaksalah dia menundukkan kepalanya.
Mata mereka berdua bertatapan.
Entah mengapa jantung iman berdegup laju.
Okay ni first time dia tengok muka rudy dari jarak dekat. Kalau sebelum ni memang tak lah. Terserempak pun jarang kalau jumpa pun ketika ada misi dan ada latihan. Tu pun tengok dari jauh. Tapi yang tengok tu iman je lah, rudy tu memang tak lah nak tengok dia. Cakap pulak? Huh ,dah kalau pandang pun tak, kalau tegur tu tak yah cakap lah. Memang tak pernah. Melainkan kalau ada misi.
YOU ARE READING
BETWEEN US [C]
Fanfiction[ROMANCE ft FANFICTION GENRE] EJEN ALI [WAU ANIMATION] HWANG RUDY MIKAIL X NUR HAIFA IMANI🪷 "kau nampak bersinar. Macam bintang-bintang malam ni"- RUDY "Saya percayakan awak. Sentiasa percayakan awak"- IMAN "Aku takkan biarkan disebabkan seorang pe...