WARNING!
SILA BACA APABILA ANDA SEORANG DIRI^
SATU MALAM^
Ali berjalan sambil berpeluk tubuh. Matanya memandang satu persatu snacks yang tersusun elok di atas rak yang berwarna hitam itu.
Apabila matanya menangkap satu bungkusan yang berwarna merah, tangannya terus terarah ke arah snack itu.
Segari senyuman menghiasi wajahnya.
"hehehe, jumpa pun. Ingat dah habis." Ali berkata sambil memandang snacks yang di ambilnya. Dia terus memasukkan snacks itu ke dalam bakul yang dia letak di atas lantai.
Dia terus melangkah.
Dalam pada masa Ali duk perhatian makanan ringan yang dia nak beli tu tiba-tiba satu sergahan terasa di belakangnya.
PAP!
"Oh mak kau comot!"
Latah Ali.
Kepalanya dengan laju di tolehkan ke arah belakang. Matanya menangkap satu susuk tubuh lelaki yang sedang memegang beberapa barang di tangannya.
"uish, kau rupanya jet. Terkejut aku tahu tak."ali mengurut perlahan dadanya yang berdetak laju itu. Matanya pula memandang malas ke arah jet.
Jet memutarkan matanya ke atas." macam tu pun terkejut" perli jet.
"hah, dah habis pilih snacks?" tanya jet.Matanya memandang ke arah bakul merah yang berada di samping Ali. Membulat besar mata jet dibuatnya.
"dah ak.."
"BANYAKNYA!!" jerit jet.
Ali yang dengar suara lantang jet tu terus menutup kedua belah telingannya.
Ali memandang ke kanan dan ke kiri. Mujurlah dekat bahagian snacks tu tak ada orang. Hanya dia dan jet je yang ada dekat bahagian tu.
Ali memandang jet dengan pandangan cemberut. "kau asal? Ingat ni zoo ke?"
"tak, ni asal kau ambik banyak sangat snacks ni? Sapa yang nak habiskan nanti?" tanya jet. Dia memandang Ali yang terlihat bersahaja itu. Tahu lh kaya tapi jet pun kaya juga tapi tak ada lah sampai nak borong satu mall ni. Agak-agak satu bakul penuh dengan makanan ringan. Tak masuk dengan air lagi.
" ala, kita kan ramai.. "Ali memandang kembali snacks-snacks yang tersusun rapi di sebelah rak kanannya. Tiga bungkusan snacks diambil lalu di masukkan ke dalam bakul yang sudah penuh tu.
YOU ARE READING
BETWEEN US [C]
Fiksi Penggemar[ROMANCE ft FANFICTION GENRE] EJEN ALI [WAU ANIMATION] HWANG RUDY MIKAIL X NUR HAIFA IMANI🪷 "kau nampak bersinar. Macam bintang-bintang malam ni"- RUDY "Saya percayakan awak. Sentiasa percayakan awak"- IMAN "Aku takkan biarkan disebabkan seorang pe...