•°•
🚥Iman duduk termenung di dalam kelas kombat. Apa yang diajarkan oleh ejen bakar mengenai strategik perlawanan semua seperti mencurah air ke daun keladi pada iman.
Matanya hanya memandang kosong ke arah skrin hologram yang terpapar dua figural manusia.
Sejak kejadian rudy mengajarnya tempoh hari,hubungan dia dan rudy semakin rapat namun.......itu hanya untuk sementara waktu saja.
Iman duduk termenung. Ingatanya kemudia melayang mengingati peristiwa seminggu yang lalu. Peristiwa yang betul-betul membuatkan hatinya teras sakit yang amat.
.T h r o w B a c k
Di bilik kawalan mata
Rudy,iman,ali,alicia dan ejen bakar sekarang sedang berdiri mengelilingi hologram jeneral yang terpancar di hadapan mereka. Suasana di dalam bilik itu sunyi sepi saja. Tiada siapa yang berani membuka bicara. Mata kelima-lima ejen itu memandang tepat ke arah hologram jeneral rama.
Merasakan janggal dengan situasi sekarang, Ali memutuskan untuk membuka bicara. Ah lantak ar jeneral nak marah ke apa ke, kesah apa dia. Lebih baik dia dengar jeneral membebel daripada dia mati akibat kesunyian yang mencengkam jiwa sanubari dia sekarang ini.
"jeneral, kenapa jeneral panggil kami semua ke sini?" kata ali.
Kata-kata Ali itu dipersetujui oleh unclenya. "haah, kenapa jeneral?" dia pun pelik juga dengan jeneral. Panggil pastu diam. Ke ada benda tak kena?
Jeneral mengangkat kepalanya lalu dia memandang satu persatu susuk ejen yang berada di hadapannya secara maya itu.
"tujuan saya panggil kamu ke sini adalah untuk menetapkan kembali pasukan kamu semua" terang jeneral.
Ali membuat muka bingung. "aikk, pasukan apa pula ni?" tanya Ali.
"pasukan untuk misi yang kamu berempat jalankan sebelum ni."
Jeneral memandang ejen bakar. "saya mahu ejen bakar digantikan dengan iman."
Semua mengangguk faham kecuali rudy yang sudah mempamerkan reaksi wajah yang bertentangan dengan yang lain.
"kenapa ejen iman kena gantikan ejen bakar jeneral?" rudy membuka suara. Dia sempat memandang iman dengan pandangan datar sebelum dia kembali memandang hologram di hadapannyan.
"sebabnya saya mahu ejen bakar mengikuti misi bersama ejen Bobby dan ejen fit untuk memantau pergerakan salah satu anak buah The Black Hat yang berada di arah timur. Jadi saya ma.. -"
YOU ARE READING
BETWEEN US [C]
Fanfic[ROMANCE ft FANFICTION GENRE] EJEN ALI [WAU ANIMATION] HWANG RUDY MIKAIL X NUR HAIFA IMANI🪷 "kau nampak bersinar. Macam bintang-bintang malam ni"- RUDY "Saya percayakan awak. Sentiasa percayakan awak"- IMAN "Aku takkan biarkan disebabkan seorang pe...