Δ
PENGAKHIRAN
Δ"Ali, saya mahu kamu scan berapa jumlah musuh yang berada dalam bilik kawalan ini" ejen dayang membuka suara apabila mereka semua sudah sampai ke destinasi yang dituju.
Ali mengangguk patuh. Dia kemudian melangkah ke hadapan. Dengan berhati-hati dia mengscan pintu yang diperbuat daripada besi itu.
Manakala iman dan ejen bobby pula hanya melihat dari jauh. Mereka berdua sekarang ini berada di balik gerbang pintu. Ye lah untuk berjaga-jaga. Mana tahu tetiba ada musuh yang ingin menuju ke ruangan ini.
Sementara menunggu ali dan ejen dayang membuat kerja, mata iman meliar memandang ruangan itu.
Sekarang ini mereka berada di ruangan bawah tanah. Sungguh tempat itu terlihat begitu menggerikan. Dinding-Dinding hanya berbatu bata bewarna silver dan terdapat juga kesan-kesan lumut kehijauan. Di tempat ini juga tiada lampu, cuma ada obor-obor yang terlekat elok pada dinding berbata itu. Di bawah sini juga begitu sejuk. Mungkin akibat dingin malam yang menerjah masuk melalui ruangan tangga yang anak tangganya tidak terbentuk elok itu.
Dalam pada masa yang sama, telinga iman mendengar suara ejen bobby yang sedang bercakap dengan seseorang.
Iman memandang ke arah ejen bobby.
Dapat dia lihat reaksi ejen bobby yang sudah berkerut seribu.
"hah!? tak ada? macam mana boleh jadi macam tu?"
"Kau dah follow betul-betul ke jejak tu?"
Baru saja iman ingin mendengar dengan lebih lanjut, ejen bobby terlebih dahulu membelakangi iman. Lelaki itu berjalan sedikit menjauh.
"kenapa pula tu?" soal iman pada dirinya.
Dalam pada masa yang sama, alat telekomunikasi iman kedengaran.
Suara ali.
"iman, ejen bobby. mari sini. kitorang dah selesai"
Dengar saja pesanan dari ali itu membuatkan iman terus menoleh ke arah ejen dayang dan ali. Kedua-dua makhluk itu terlihat sedang memandang dirinya sambil ali mengangguk sekali kepalanya.
Iman terus berjalan ke arah kedua makhluk itu.
"iman. Mana ejen bobby?" soal ali.
Iman menoleh ke belakang sejernak lalu dia kembali memandang ali dan ejen dayang. "saya tak tahu. Ta-"
"itu dia"
Belum sempat iman menghabiskan ayatnya, suara ejen dayang terlebih dahulu memotong.
Kepala iman sekali lagi menoleh ke arah belakang. Dapat dia lihat ejen bobby sedang berjalan menuju ke arah mereka dengan wajah yang serius. Langkah kakinya pula dicepatkan.
Tiba saja di hadapan ketiga-tiga ejen itu, ejen bobby terus bersuara.
"ejen ganz dan ejen fit kehilangan jejak ethan" kata ejen bobby.
YOU ARE READING
BETWEEN US [C]
Fanfiction[ROMANCE ft FANFICTION GENRE] EJEN ALI [WAU ANIMATION] HWANG RUDY MIKAIL X NUR HAIFA IMANI🪷 "kau nampak bersinar. Macam bintang-bintang malam ni"- RUDY "Saya percayakan awak. Sentiasa percayakan awak"- IMAN "Aku takkan biarkan disebabkan seorang pe...