^
MISI BARU^
❤️
Rudy berjalan menyelusuri kaki lima. Dia baru je habis daripada membeli juadah makan malam dia untuk malam ni. Boleh dilihat di sebelah tangan kanannya terdapat plastik putih yang berisi bungkusan makanan. Hm hanya sebungkus je lah dia beli. Hari ni dah masuk seminggu si burung puyuh tu keluar dari dorm. Ye lah mummy ngan daddy dia dah balik an, so buat apa dia nak duk dekat sini lagi.
Mata rudy terus memandang ke hadapan. Datar dan dingin sahaja. Ye lah dah kalau dia duk tersengeh-sengeh kan nanti tak fasal-fasal orang claim dia gila. Haih.
Dalam pada masa itu juga, tiba-tiba tubuhnya dilanggar dari arah kiri.
"eahhh"
"eahhh!!"
Rudy sedaya upaya mengimbangkan badannya. Mujurlah tak kuat mana dia kena rempuh kalau tak mahu jatuh tercium lantai dia.
Dia memandang tajam ke arah manusia yang langgar dia tadi. Baru je nak marah tapi bila nampak je muka orang yang langgar dia tu....
"ehh, encik maafkan saya. Saya tak sengaja"
... Haaaa, semakin membuak amarah dia. Haaaa, apa korang ingat amarah dia hilang ke? Haa, korang silap geng. Silap besar.
"kau ni memang suka langgar aku ke apa!" marah rudy. Haa,dah lah orang tengah letih ni.
Mulut iman yang dari tadi duk minta maaf terus mati kata. Matanya memandang tepat ke arah lelaki yang berdiri di depannya. 'eh dia ni, aku dah minta maaf kut' ketus iman.
"er,maaf encik. Tadi sy.."
"kau dah kenapa duk panggil aku encik ni. Gila?"
"eh!!" Haaa blur iman dibuatnya. Siapa lelaki kurang ajar ni? Eii geram dia.
Mata iman terus menatap susuk tubuh itu. Lelaki itu sedang membelek-belek plastik makanan yang dia pegang. Mungkin takut makanan tertumpah. Dalam pada masa iman duk perhati, rudy terus mengarah matanya ke arah iman.
Mata mereka bertatapan.
Iman menelan liurnya. 'masyallah, kacaknya'. Amboi iman sempat lagi kau eah. 'kejap, sapa dia ni? Ejen baru ke. Tak tahu pun' detik iman.
"kau kenapa?" soal rudy. Namun gadis di hadapannya itu hanya diam membisu.
"iman!?" rudy memanggil lebih kuat.
YOU ARE READING
BETWEEN US [C]
Fanfic[ROMANCE ft FANFICTION GENRE] EJEN ALI [WAU ANIMATION] HWANG RUDY MIKAIL X NUR HAIFA IMANI🪷 "kau nampak bersinar. Macam bintang-bintang malam ni"- RUDY "Saya percayakan awak. Sentiasa percayakan awak"- IMAN "Aku takkan biarkan disebabkan seorang pe...