Bab 4

61 8 5
                                    

BAB 4

KAMI dibawa ke sebuah bilik mesyuarat oleh seorang wanita yang merupakan setiausaha di aras itu setelah sampai. Kami mengambil tempat yang telah ditunjuk oleh wanita itu untuk wakil dari NJ Solutions.

Beberapa minit kemudian, wakil dari RZ Holdings masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.

Mataku membulat apabila melihat seorang lelaki lingkungan pertengahan 50-an melangkah masuk. Itu bukan ke pengarah syarikat RZ Holdings? Dato' Seri Tengku Razlan! Di sebelahnya pula seorang lelaki muda yang berkarisma serta berpenampilan segak dalam persalinan sut berwarna biru gelap ikut masuk. Tengku Zarul Izzuddin! Beliau merupakan CEO RZ Holdings yang juga anak sulung kepada pengarah syarikat itu.

Aku memandang bosku yang duduk di sebelah. Wajahnya tenang. Begitu juga Encik Khairil di sebelahnya.

Ingatkan wakil syarikat ini terdiri daripada wakil dari bahagian IT sahaja! Nampaknya bos-bos besar juga turun padang sekali!

Serta-merta aku berasa macam nak panik.

Encik Nazri dan Encik Khairil beramah mesra dengan salah seorang wakil bahagian IT RZ Holdings, Mr. Alex Tan. Kemudian, Mr. Alex Tan memperkenalkan kami kepada pengarah syarikat dan CEO RZ Holdings.

Aku dah seperti robot, tidak mampu bereaksi apa-apa. Rasa macam nak keluar aje dari bilik mesyuarat ini.


Suhu di bilik itu yang sejuk dari penghawa dingin lagi buatkan aku rasa hendak beku terus di situ.

"Bos, saya nak ke toilet sekejap." Bisikku kepada Encik Nazri yang di sebelahku.

Encik Nazri mengangguk. Dia berpesan agar jangan berlama-lama memandangkan perbincangan akan diadakan dalam masa 15 minit lagi.

Aku bergerak ke arah tandas di aras tersebut setelah bertanyakan arah kepada setiausaha yang membantu kami tadi.

Mungkin kerana rasa gementar menguasai diri, aku tidak perasan ada orang lain juga melalui laluan itu. Jadi berlanggaranlah kami antara satu sama lain.

Bukk!

Hampir saja tubuhku melayang akibat perlanggaran tersebut namun sempat aku tahan kedua belah kakiku. Nasib juga hari ini aku memilih untuk memakai kasut bertumit yang tidak tinggi mana.

Aduh sakitnya kena langgar! Siapalah yang tubuh dia ni keras macam batu granit ini? Hatiku menggumam dalam menahan sakit di bahagian bahu.

"Sorry!" Automatik bibirku mengucapkan maaf.

"I am sorry too, miss," Satu suara garau juga ikut mengucapkan kata maaf.

Aku angkat wajah. Serentak itu mataku ikut membulat. Lelaki yang dari lif tadi! Boleh pula kami berlanggaran kali ini.

"Are you okay? Does it hurt anywhere?" Soalnya sambil melihat keadaanku apabila melihat reaksiku yang masih terkejut.

"It hurts a bit, but I'm okay, " Jawabku. Sakit di bahagian bahu sebab terlanggar. Nasiblah tak ada sampai tersandung atau tergolek. Mahu lagi parah!

"Where are you going?" Lelaki itu menanyaku. Wajahnya seolah sudah mengingati aku yang dari lif tadi.

"Toilet," Sepatah aku membalas. Dia mengangguk.

"You're a staff at here?" Masih dengan berbahasa Inggeris dia menanyaku lagi.

"Nope. I'm just a visitor. I come here with my bos to represent our company for a project with RZ Holdings," Balasku dengan panjang lebar. Namun selepas itu aku tersedar sesuatu.

𝐇𝐞𝐫 𝑹𝒆𝒄𝒌𝒍𝒆𝒔𝒔 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 (Ongoing | Slow Update)Where stories live. Discover now