Bab 32

31 5 5
                                    

BAB 32

"MORNING SEMUA!" Sapa Dilla ketika dia masuk ke ruang pantri di pejabat. Aku, Hani dan Kamelia serentak memandang Dilla. Hari Isnin minggu baharu, pada awal pagi sebelum mesyuarat mingguan bermula, Kamelia mengajak aku dan Hani minum di pantri.

"Amboi kemain happy, Dilla? Ada apa-apa ke?" Tanya Kamelia yang sedang mengisi air panas di hadapan mesin penapis air.

"Tak ada apa-apa, cuma aku happy lah minggu ni dah minggu gaji!" Balas Dilla dengan sengih di wajahnya.

Serentak itu aku, Kamelia dan Hani ketawa. Eh betullah bila diingatkan semula akan tarikh hari ini, lagi beberapa hari nak masuk gaji. Kerja di sektor swasta memang kena tunggu awal bulan baru masuk gaji.

Kami berbual mengenai hal semasa dan hal berkaitan kerja seperti kebiasaan.

"Eh Elle, weekend baru ni kau ke mana je? Aku ada nampak IG story kau post sesuatu." Soal Dilla yang duduk di meja yang ada di pantri.

"Boyfriend aku ajak jogging weekend lepas," Selamba aku menjawab.

Kedengaran ada yang batuk kerana tersedak air. Aku menoleh ke arah Kamelia. "Weh kau okey ke tak ni?" Terus aku menarik tisu yang ada di meja dan hulurkan kepada Kamelia.

"O...okey." Kamelia mengelap mulutnya dan memandangku dengan rasa tidak percaya.

"Omg! Adakah ini pengumuman untuk geng kita?" Dilla seakan teruja. Dia pandang aku dengan gaya mahu aku beritahu lebih lagi mengenai perkembangan cerita cintaku.

"Kira soft launch lah ni," Hani memberi komen, dia senyum kepadaku.

"Ni hard launch lah!" Kamelia bersuara setelah keadaannya sudah baik sedikit. Tak sangka pula dia boleh tersedak mendengar kata-kataku tadi. Maaflah Kay!

"Tak kisahlah secara lembut ke keras ke, yang penting kita bertiga dah tahu yang Elle dah kembali berpunya!" Dilla bersorak.

"Boyfriend kau tu yang naik BMW tu eh?" Risik Hani dengan senyum.

Aku mengangguk.

Dilla menepuk kedua belah tangannya. "Akhirnya! Sekarang kita tunggu panggilan kenduri dari Elle je!" Gaya macam dia yang terlebih teruja dari aku sendiri sebagai tuan punya badan.

"Haah lah! Kau kena inform kalau jadi!" Kamelia ikut serta, dia juga teruja seperti Dilla. Hani pula memerhatikan gelagat dua orang di hadapan kami ini. Dah jadi tempat bergosip pula pada pagi ini.

"Doakan ya. Baru je weekend hari itu dia jumpa family aku." Aku senyum dengan rasa bahagia menjalar ke seluruh tubuhku. Baru dua hari berlalu tetapi aku masih rasa seolah sedang bermimpi, semuanya berlaku atas kehendak-Nya.

"Weh korang dengar tak? Dah sampai jumpa family dah!" Dilla mulai kecoh. Dia dan Kamelia memang jenis suka hype apa-apa perkara yang penting untuk kami berempat.

"Entah-entah tak lama dah dia nak panggil kita makan nasi minyak!" Kamelia menepuk meja di pantri, nasib tak kuat sehingga didengari oleh staf lain. Walaupun hanya ada kami berempat di pantri itu.

"Sabar ya korang, nanti aku ajak makan nasi minyak dekat kedai mamak." Aku sengaja membuat lawak mahu mengenakan Kamelia.

Pap!

Kamelia menepuk bahuku pula. "Main-main ya!" Matanya mencerun tanda dia tidak puas hati denganku.

Aku tayang sengih dan naikkan jari telunjuk dan jari tengah yang bermaksud peace.

"Adik-adik oi, korang menyembang apa lagi tu? Meeting nak mula dah ni!" Salah seorang staf perempuan senior menegur kami dari arah ruang masuk pantri.

𝐇𝐞𝐫 𝑹𝒆𝒄𝒌𝒍𝒆𝒔𝒔 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 (Ongoing | Slow Update)Where stories live. Discover now