Bab 14

32 4 1
                                    

BAB 14

"SO, what kind of flowers do you like?" Soalan yang rawak dari Aidan.

Sejak beberapa bulan kami berkenalan, adalah menjadi satu kebiasaan untuk kami berbual di telefon dan bertanya tentang perihal masing-masing. Kadangkala Aidan akan bertanya soalan-soalan rawak seperti kegemaranku dan ketidaksukaanku. Aku juga akan ikut rentak pertanyaan dia dan menanyakan soalan-soalan yang lebih kurang kepada Aidan semula.

"Daisy. I know it's quite different but of course roses can be the alternate choice," Jawabku dengan senyuman. Aku sukakan bunga Daisy, tetapi oleh kerana aku tinggal di negara yang tidak mempunyai bunga tersebut jadi aku selalu saja melihat gambar bunga tersebut dari laman internet sahaja.

Kami berbual melalui panggilan telefon setelah Aidan mesej aku di WhatsApp memberitahu ingin mendengar suara masing-masing. Kami banyak berbual melalui mesej di WhatsApp tetapi ada masanya Aidan meminta untuk menelefonku.

Kesibukan Aidan sebagai seorang peguam kadangkala ada masanya kami akan sepi tanpa komunikasi. Namun sebagai seorang kawan, aku hormat akan kesibukannya dalam kerjaya yang diceburinya. Apatah lagi aku juga tak kalah dengan kesibukan kerjaya sendiri.

"Ah...well good choice. Roses are very ordinary, aren't it? Daisy? Hmm, you are quite different Miss Elle Nadirah." Aidan seolah memuji, suaranya kedengaran seolah kagum dengan kesukaanku.

Terpesona aku buat seketika. Ditambah lagi dengan suara garaunya itu.

Cara dia menyebut namaku itu. Tak ada pelat. Aku ingatkan dia akan menyebut namaku dengan sedikit pelat memandangkan perkataan dari nama Nadirah itu orang putih seperti Aidan.boleh sebut.

Elle, namaku itu sejak dari zaman aku masuk tadika memang macam-macam cara sebutan oleh semua orang. Ellie la, Elly la. Padahal sebutan sebenarnya adalah seperti huruf 'L'.

Dulu semasa kecil pernah aku menangis dan mengadu kepada mama dan abah kerana namaku yang disebut dengan pelbagai versi. Namun abah tenang sahaja memujukku. Kata abah namaku itu unik dan walaupun tok wan dengan tok kedua belah pada awalnya tak bersetuju dengan pemberian namaku itu, tetapi abah tetap berkeras hendak menggunakan nama Elle untuk anak perempuan sulungnya.

Maka terjadilah nama Elle Nadirah...

"You pronounce my name properly, Aidan. I'm impressed!" Aku memuji Aidan. Suka bila orang menyebut namaku dengan betul.

"Gee, thanks." Aidan cuba berjenaka.

Selepas itu kami berdua tergelak.

"Have you eaten dinner yet?" Aku menanya dia. Waktu ini jam di Malaysia sudah pukul 4 pagi.

Mujur hari ini hari minggu. Jadi aku tidak kisah jika perlu mengorbankan waktu tidurku untuk bersembang dengan Aidan melalui telefon.

"Yeah, I have some leftovers from yesterday. Thankfully my sister came and restocked some food from my mother. So, I just need to reheat and eat." Terang Aidan dengan panjang.

Aku mengangguk. "That's good. So, what did you eat?"

"Mac and cheese," Selamba saja dia menjawab.

"Uh-uh, what an easy food!" Perliku.

Aidan ketawa. Dia pula bertanya apa yang aku makan pada malam tadi. Aku memberitahunya yang malam tadi aku mencuba resepi aglio olio dengan grilled salmon.

Kebetulan Elisa pulang pada hari Jumaat dan membuat permintaan untuk aku masak makanan itu. Bab meminta ni memang serah saja kepada adikku itu. Apa-apa makanan yang dia ingin cuba pasti dia akan menyuruh aku masakkan untuknya.

𝐇𝐞𝐫 𝑹𝒆𝒄𝒌𝒍𝒆𝒔𝒔 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 (Ongoing | Slow Update)Where stories live. Discover now