Bab 17

37 4 2
                                    


BAB 17

"AKAK dah cakap, kawan yang mesej," Aku menekan perkataan 'kawan' itu. Sejak kami pulang dari i-City, Elisa tidak habis-habis cuba mengorek siapakah gerangan yang mesej aku.

Dasar minah kepochi budak seorang ini.

"Dahlah tu. Biar kakak kamu tu berahsia. Kan itu privasi dia," Meena menyampuk sebagai perantara bagi kedua belah pihak.

Sedepa muncung Elisa tarik. Aku cuit hidungnya kerana geram. Memanglah budak seorang ini.

"Akak..." Rengek Elisa sambil mengusap hidungnya yang aku cuit tadi.

Kemudian dia menjelingku. "Ok, fine."

Dalam diam aku menghela nafas. Jenuh betul nak tamatkan perbualan mengenai topik yang satu ini. Hampir cemas jugaklah aku dibuatnya sebab adikku yang seorang ini boleh tahan gaya ala polis pencen dalam bab mengorek rahsia ini.

Dari ekor mataku, aku terpandang wajah Meena. Dia merenungku dengan keningnya terangkat sebelah. Ah sudah...

Aku menggeleng kepala, tanda tidak mahu memanjangkan topik ini. Biar habis di sini.

Meena angkat bahu lalu mengambil tempat untuk baring di katil.

"Okeylah jom kita tengok movie ke apa," Ajakku dengan harapan mereka berdua akan terpancing sekaligus menutup cerita petang tadi.

"Penatlah kak. Kita sembang-sembang jelah sambil baring," Elisa terus membangkang. Badannya sudah elok terbaring di katilku. Tapi tangan tetap dengan telefon pintar miliknya.

"Kalau penat, pergi baring dekat bilik sendiri." Aku pura-pura hendak menghalau adikku. Sengaja.

Elisa merengek seperti budak kecil. Tak menggambarkan usianya yang sudah dewasa.

"Orang malaslah. kak..."

Meena pula sejak tadi diam. Kepenatan agaknya dengan aktiviti yang kami lakukan pada hari ini. Aku pusingkan kepalaku ke arahnya memandangkan aku duduk di posisi tengah. Kelihatan Meena sudah terlena di sebelah.

"Dahlah tu, dik. Kak Meena dah tertidur tu. Kata penat kan?" Aku tepuk-tepuk bantal sebagai tanda hendak baring.

Sudahnya malam itu kami masing-masing sudah berlayar ke dunia mimpi kerana kepenatan.


*****


"JUMPA lagi Elle. Thank you sebab bawak aku jalan-jalan. Rindu masa zaman kita dekat uni dulu." Ujar Meena sewaktu dia hendak berangkat pulang ke Ipoh. Aku hantar dia ke Stesen KL Sentral untuk menaiki ETS.

Aku mengangguk. "Takde hal beb. Apa-apa roger je kalau nak turun KL lagi."

"Kalau dah ada pengganti jangan lupa bagitau," Bisik Meena kepadaku. Kedengaran seperti hendak mengusik namun ada nada serius terselit.

Aku sekadar berikan senyuman kepadanya. Tak mahu memberi apa-apa jawapan.

Kami saling berpelukan sebelum Meena bergerak untuk menaiki ETS untuk pulang.

Usai itu aku menuju ke stesen LRT Kelana Jaya untuk pulang ke rumah. Awal tadi aku dan Meena bercadang untuk ke KL Sentral dengan menaiki LRT kerana malas hendak menempuh kesesakan jalan raya di hari hujung minggu.

Sedang aku berjalan untuk ke stesen LRT, tiba-tiba aku ditegur oleh seseorang.

"Elle?"

Pemilik suara itu adalah lelaki.

𝐇𝐞𝐫 𝑹𝒆𝒄𝒌𝒍𝒆𝒔𝒔 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 (Ongoing | Slow Update)Where stories live. Discover now