1

53 5 0
                                    

Pernicious. Rollercoaster. Demanded. Self-centred. Itu Aryan Nufail.

Spoiled brat. Relentless. Inexorable. Itu Adeeya Nufaira.

Complicated. Disaster. Rollercoaster. White-nuckles. Hostile atmosphere. Itu hubungan mereka.

Walapun begitu,the karmic relationship itu sudah mencecah 5 tahun usianya. Sakit,pedih,jatuh dan bangun Faira semuanya disaksikan oleh Aryan. Ya,Aryan yang demanded. Aryan yang manis bila menabur gula di hati. Aryan yang suka mengusik. Tapi itu dulu,sejarah lama. Kisah lama. A chapter yang sepatutnya Faira tamatkan lama dulu. But what's stopping her? Aryan. Family. 5 tahun. Jujurnya Faira sayang semua itu. Aryan kehendak keluarganya,dan sudah tentu kehendak dirinya. Tapi Aryan dah lain,lelaki itu bukan Aryan yang dulu. Bukan Ari. Dan Faira sudah penat sakit,sudah lelah menahan. Dia harus tamatkan semua ini, cause sometimes the people you wanted as part of your story are only meant to be a chapter.

Moving on itu susah,kerana Adeeya Nufaira bukan seorang yang pemaaf bahkan she's inexorable. Dia seorang yang gembira melihat a person jatuh tersungkur di kakinya. Dia seorang yang tak akan sekali-kali memaafkan,apatah lagi menerima kerana dia lelah. She built walls around her heart,dan Aryan adalah seorang pertama yang meruntuhkan dinding itu. Tapi apa yang Faira dapat?

Sakit.

Jadi? Kali ini,dia akan bina dinding yang paling tebal untuk melindungi hati sendiri. Biarlah berapa lama sekalipun masa yang dia perlukan,

she will.




Telefon dimatikan. Missed calls dari Aryan juga diendahkan,biar dia tergantung sepi di situ. Hati dia sakit dengan tahap kebangangan lelaki itu. Dengan tahap selfish seorang Aryan Nufail. Hubungan mereka dalam dua tahun terakhir ini telah membuka mata Faira luas-luas yang Aryan is an asshole. Definitely a walking red flag; toxic. Merah bukan lagi warna kesukaannya,jadi dia akan buang jauh-jauh dari hidup. Bak kata teacher kesayangannya,life is not a bed of roses but rather a bed of thorns tapi kalau kita buang duri-duri kecil itu,no one's gonna get hurt kan?

Faira tarik nafas panjang-panjang, kemudian menghembus segar. Baby-t di badannya dibetulkan seketika sebelum dia regangkan badan.

"Adikkkkkkkkk!" Kedengaran suara Abang Fahad menjerit dari bilik sebelah. Macam nak bergegar sudah satu rumah ni.

Faira tahu kenapa.

Belum apa-apa,pintunya dikuak dari luar dan Abang Fahad terus menerjah masuk dengan wajah masam mencuka. Muka tak puas hati. Muka semak. "Kau buat apa lagi ni,dik?" Abang Fahad sepertinya sudah penat dengan drama teater dari zaman habis SPM itu. Orang suruh belajar kau bercinta! Lepastu nyusahkan orang!

Faira pura-pura tak dengar. Dia menyibukkan diri dengan mengikat rambut dengan scrunchie bunga matahari di tangan. "Buat apa? Tengah ikat rambut."

Abang Fahad mencapai bantal racoon dan mencampak tepat ke kepala Faira. Orang serius dia main-main! "Sakitlah bangang!" Faira mendengus sambil mengutip racoon kesayangannya. Berani dia campak racoon aku?! Aku beli patung bodoh besar gila babi ni pakai duit tabung ayam tau!

"Kau tu main-main! Orang serius ni!"

"Bila masa aku main-main? Kau sendiri nampak aku tengah ikat rambut,bukannya tengah lari dalam guni!" Hish. Sakit betul hati aku melayan jantan sekor ni. Dia dengan best friend dia si Aryan beruk tu sama je fi'ilnya. Menyusahkan!

Racoon dibaling semula ke atas katil. Abang Fahad hanya melihat dan kemudian, "kau tau kan aku tak sentiasa boleh back up kau? Kau kena tahu dik,dalam hidup ni ada limit dia. Kalau kau rasa taknak... speak. Cakap. Itu sebab tuhan bagi mulut. Bukannya macam apa yang kau buat sekarang ni,menyusahkan orang, ketepikan orang. Toxic tahu tak?" Abang Fahad menghambur.

Faira senyum sinis. Menyusahkan orang? Ketepikan orang? And the last one—toxic? "Seriously,jantan semuanya sama tak guna macam babi."

Abang Fahad terkedu bila dicerca begitu. Wow boleh tahan mulut si pendek ni. Sekali dibabikan terus aku.

"Sukati kau je cakap jantan babi. Nabi Muhammad tu lelaki jugak tau? Abib tu lelaki jugak,ha!"

"Itu sebab aku cakap jantan babi. JANTAN. Macam kau lah,macam Ari. BABI. Bukan macam Abib,macam Nabi Muhammad semua tu sebab mereka tu lelaki. Takde layan perempuan macam sampah!"

Abang Fahad juih bibir. "Yalah, perempuan tak pernah salah,tak pernah kalah." Faira gulingkan mata ke atas. Itu jelah modal lelaki bila dah kalah. Perempuan kan tak pernah salah. Memang! Memang kami tak pernah salah sebab apa yang kami cakap tu betul. Korang kaum lelaki ni yang taknak bukak telinga lapang-lapang dengar teguran. Ego tinggi! Hisy!

"Apa-apapun,please dik. On phone tu,jawab call Aryan. Telinga aku dah bingit dia duk call dari tadi tak henti-henti,nak main game pun susah tau tak?" Abang Fahad picit kepala,pening. Sorang ego,sorang lagi kepala batu. Macam dia je betul!

Faira senyum sinis. "Kenapa tak cakap je terus kat dia? Tu..." Bibir dijuihkan menghadap telefon yang sedang dipegang Abang Fahad. "... aku tahu kau tengah dengar Ari." Ingat aku bodoh? "Alang-alang dah dengar suara aku ni,aku cuma nak cakap kau jantan babi. Aku benci kau sangat-sangat and stop kacau aku kalau kau taknak mati." Seraya itu,terus tubuh Abang Fahad ditolak keluar dari biliknya sampaikan terduduk lelaki itu dibuatnya.

Penumbuk digenggam. Tahan,Faira. Tahan. Jangan.

Fahad di luar terus merenung masa depan sambil terduduk. Apalah dosa aku sampai kena jadi orang tengah dua makhluk tak guna ni? Nak hidup pun tak senang,nak bernafas pun sesak. Pening! Dipandang skrin telefon yang masih bernyala,memaparkan terang nama Aryan disitu.

"Kau buat apa kat adik aku,Ari sampai macam ni sekali dia kecik hati?"

AMBIVALENT [COMPLETED]Where stories live. Discover now