"Nufaira! Oh Faira! Sini jap tolong opah!" Aku yang waktu itu sedang bermain galah panjang dengan sepupuku terus mengeluh berat bila nama aku disebut opah. Haih,nama aku ni memang favourite opah eh? Kenapa tak panggil Kak Ipah ke,Kak Dina ke... nak jugak panggil aku. Malas-malas kaki aku memanjat tangga dapur. Sempat bertembung dengan Abang Fahad yang terang-terangan sedang mengejek."Padan muka kena tolong opah." Fahad kembangkan hidung sambil jelirkan lidah. Balasannya,papp! Sedas lengan besar itu makan penampar. Padan muka! "Isy garang! Bersemangat lettuww nak tolong opah." Makin kuat Fahad menyakat aku. Menyampah! Aryan di sisinya hanya kulum senyum,cover macho. Galak dia melihat pertelingkahan kecil kami dua beradik.
Aku hadiahkan jelingan tajam ke Aryan yang sedang tahan senyum. Dia ini pun,semakkkk je. Takde rumah sendiri ke? Tapi tak sampai hati pulak nak cakap depan-depan,jadi aku terus meluru ke dapur bila nama aku sekali lagi dijerit.
"Ni pasal apa tak pakai tudung ni? Nape biar rambut menggerbang camtu,kan ramai sepupu kat luar tu? Kawan Pahad pun ada kan?" Opah bercekak pinggang.
"Ala,opah. Kampung panas la... Paira tak suka pakai tudung nanti peluh,naik ruam. Panas!" Alasan. Tapi memang betul,kulit aku memang sangat-sangat sensitif. Duk kampung panas kut! Lagipun pakai tudung susah la, dahla aktif banyak bergerak. Nak gi sana nak gi sini.
"Paira dah besar kan,malu sikit ke kawan Pahad tu." Teguran opah membuatkan aku cuma julingkan mata ke atas. Kawan abang Ad,Abang Aryan tu? Puih! Buat apa nak malu? Bukannya aku takde hidung.
"Hm,opah nak suruh tolong apa ni? Potong bawang? Siang ikan?"
Opah menggeleng seraya melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Nak suruh aku ni siang ikan? Tak payahlah. Kang hancur dibuatnya. "Tolong opah ambikkan periuk besar kat stor belakang tu. Umi kamu nak buat masak daging gulai kawah."
Mendengarkan itu,aku geleng-geleng kepala tidak mahu. Oh,opah. Cucumu ini dahla kecik ketot,nak suruh angkat periuk paling besar? "Mana Paira kuat,pahhhh. Suruhla abang ke Kak Dina kee.. Paira kecik laaa." Cebik.
"Takde mana nya tak kuat. Opah suruh awak sebab awak paling kecik,senang nak panjat atas tu. Periuk tu ringan je,macam bulu ayam. Dah gi lekas,satgi umi balik nak masak gulai ayam tengok piuk takda."
Huhhhhhh. Susah betul jadi cantik ni,semua benda kena buat!
Ktang! Ktung!
Dengar tak? Dengar tak bunyi orang tengah mengamuk? Ya,benar. Itulah aku. Aku tengah buat kerja tak ikhlas sebab tu semua yang dipunggah semuanya menjerit. Geram je tengok kakak sedara yang lain sedang bersembang dengan Abang Fahad dengan Abang Aryan tu. Jealous? Ya! Dorang boleh sembang,asal aku sorang kena buat kerja?!! Tak shukee!
Habuk yang berterbangan dikibas-kibas supaya tidak masuk ke dalam hidung. Ni kalau masuk,sahla selesema lepastu tahi hidung jadi keras.
Opah kata piuk paling besar. Mananya?
Dalam aku terkedek-kedek mencari periuk besar itu,mata tertancap pada bahagian rak paling atas. Itu diaaa! Seketul periuk dekat atas tu dalam position terlangkup. Macam mana nak ambik? Panjat?
Aku lah kan bab memanjat ni..
Juara!
Tanpa menunggu,aku buka selipar dan mula membaca basmalah. Apa-apa pun kita kena baca bismillahirrahmanirahim dulu biar berkat! Satu kaki diletakkan pada rak paling bawah,kemudian aku anjakkan badan memanjat rak yang berikutnya. Hampir lima minit memanjat rak yang sangat kukuh itu,akhirnya tangan dah dapat capai buntut periuk yang beshar itu. Hehe.
YOU ARE READING
AMBIVALENT [COMPLETED]
Short StoryIsn't it tragic? She was a rainbow, but he was colourblind. Afterall, they're doing the same dumb shit just to complete each other. start: 23/8/21 end: 26/8/21