3

29 4 0
                                    

Aplikasi Instagram dibuka sambil baring dia atas sejadah. Entah apa mimpinya,Faira tiba-tiba rasa nak tengok apa benda yang tengah viral. Selalu dia tak kisah,tapi semalam Remy Ishak kahwin. Sedih? Sedihlah jugak sebab dia minat sikit-sikit je. Umi yang beria menangis siap termenung kat sejadah lepas solat maghrib tadi.

Abang Fahad kata,"takpe mi. Tak dapat Remy Ishak,Remy Maghrib kan ada." 

Ha ha ha. Dia fikir kelakar sangat ke? Tak pasal-pasal kena ketuk dengan umi berkali-kali. Padan muka!

Satu notifikasi direct message tiba-tiba mucul di notification bar. Macam biasa,Dini lah siapa lagi? Dah dia je satu-satunya kawan yang Faira ada. Dari darjah lima sampai dah tua bangka pun,Dini paling tahan berkawan dengan dia. Selain itu,yilek. Dia takde kawan lain.

@dinielhan
aku ada cerita hot nak dengar tak


abende



sebelum tu tarik nafas dulu, panjang-panjang lepastu takyah hembus



babi nak suruh aku mampus ke apa



HAHAHAHAHA




cepatlah gila jap lagi nak Isyak




sabar. kau kena janji jangan hantar voice menjerit meroyan kat aku




YE JANJI CEPATLAH 😤😤



Ting!



ni cousin aku screenshot igstory kawan dia. dia cakap macam muka maxence lepastu aku tengok lama lama baru perasaan tu Ari



Dari posisi terlentang,Faira terus bangun terduduk melihat gambar yang dihantar Dini beberapa saat lalu. Bulat penuh matanya memandang skrin telefon sendiri bagai nak tembus. Seketika ,dia gosok-gosok mata sendiri untuk memastikan wajah itu. WHAT?! Seriously,Ari?!

Gambar Ari sedang berpegangan tangan sambil memakaikan gelang pandora di pergelangan tangan seorang perempuan. Terus telefon di baling ke atas sejadah. Matanya berair. Bodoh. Bodoh. Bodoh. Aku benci kau,Ari.

Marah? Ya. Benci? Terlalu. Hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati dia sekarang ini,lebih sakit daripada ditikam sembilu. Disappointed but not surprised. Dia tahu perempuan itu bekas tunang Ari. Dulu beria mengadu pada dia benci,tapi sekarang? Apa ni,Ari? Baru je pagi tadi memekak nak getback lepastu? What an asshole. Babi punya jantan.

Kau sebenarnya masih berharap ke Ari,kan Faira?

Memang. Sebab aku cinta dia,cinta mati. Cinta bodoh. Sebab aku sayangkan dia ikhlas separuh mati. Aku selalu tunggu dia,walau mulut kata benci. Aku korbankan banyak masa untuk dia,jadi bodoh, terhegehkan dia. Apa lagi? Apa kurangnya aku sampai dia buat macam ni? Kalau betul taknakkan aku,jangan buat aku confused macam sial! Jangan contact abib! Jangan contact Abang Fahad! Jangan sibuk nak ambik tahu pasal aku,nak tanya khabar macam kau tak boleh hidup tanpa aku! Jantan babi!

Faira rebahkan kepala di sejadah dengan air mata yang mengalir laju. Babi. Bodoh. Aku benci kau,Ari. Benci sangat sampai aku boleh mati sebab bencikan kau.

Tiba-tiba,satu panggilan video masuk. Dini. Mesti dia risau. Cepat Faira decline kerana dia tak mahu membebankan Dini dengan masalah dia. Cukuplah lelaki itu dah dengar banyak,cukup sampai situ.



aku ok. nak ambik wuduk ni nanti la
sembang



Mesej dihantar kepada Dini kemudian telefon itu kembali dicampak. Telekung sudah basah dengan air mata.

Kalau kau nak pergi,pergi. Aku tak nak dengar nama kau,tak nak nampak bayang kau,tak nak tau apa-apa langsung pasal kau. Jangan tinggalkan satu apa pun untuk aku.





"Asal mata bengkak? Nangis eh..." Abang Fahad menegur,ingin bergurau semata kerana jelas merah bengkak mata Faira semasa turun makan. Faira tak membalas,tak ada kudrat atau lebih tepat lagi tawar hati. Penat. Emotionally drained. Sekilas,nampak Abib geleng kepala kepada Abang Fahad menegurnya supaya diam.

"Orang putus cinta kan,biasalah nangis. Kau ni macam tak faham." Kak Yana yang sedang menciduk nasi itu bersuara tanpa memandang. Dia pun nak gurau saja,tau tau je Faira dah tolak kerusi ingin bangun meninggalkan meja makan.

"Tanak makan dulu? Makan dulu,nanti Faira gastrik susah." Soal Abib,risau melihat wajah Faira yang jelas pucat. Tak berjiwa,keruh. Soalan itu dibalas dengan gelengan. "Abib makanlah. Faira lupa kena buat kerja."

Alasan.

Bila Faira sudah menghilang,laju umi menepuk lengan Kak Yana kuat. Mengaduh dia dibuatnya. "Apa miiiii,sakitlah tangan akak!"

"Lawan,umi. Lawan. Pukul dia lagi!" Abang Fahad bersorak di tepi,suka melihat Kak Yana dipukul. Terus umi cubit lengan anak lelakinya itu. "Yang ini pun samaaaa! Apa Ari tu buat kat adik sampai camtu sekali gayanya! Cakap ke dia,kalau umi jumpa dia siaplah umi ganyang!"

Abib menyampuk. "Nanti biar abang tanya ke dia betul-betul. Pening la dua orang ni,dah kawan lama tup-tup jadi macam ni. Susah hati tengok."

Kak Yana dan Abang Fahad mengangguk setuju. Betul betul betul! Umi menunjal lengan Abang Fahad. "Dia buat yang bukan-bukan,siap Fahad eh. Umi tarik-tarik mulut tu sebab pandai kenalkan dorang dulu."

"Lahhh,Fahad pulak salah. Ari tu sayang dia betullah,mi. Adik tu yang jual mahal,orang tu call dia buang gitu je nombor siap block. Adik tu yang beria."

"Yelah tu kau. Back up member sangat kan. Mana kau tau apa dia buat kat Faira? Kalau tak,tak gitu jadinya."

"Manalah aku tau,hisy dahlah nak makan lapar. BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM."











Kak Yana gosok mata seketika sebelum menguap. Warghhh mengantuk. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi,tapi perutnya tiba-tiba saja buat hal meragam. Berulang-alik dia ke tandas membuatkan tekak rasa haus, dehydrated. Semasa nak turun ke dapur,matanya tertancap pada pintu bilik Faira yang masih bercahaya. Aik,tidur tak tutup lampu ke budak ni? Ke berjaga? Bukan boleh percaya. Faira ni gila kerja. Dulu pernah warded sebab tak cukup rehat sampai demam panas sebab menghadap laptop dua hari berturut tanpa tidur. Masa itu memang dia gila nak mengejar deadline layout dia sampai abib suruh berhenti jadi editor freelance.

Pintu kayu berwarna putih itu diketuk tiga kali sebelum terus Kak Yana terjah masuk. "Faira? Tak tidur la..."

Astagfirullahalazim!

"Ya Allah,Faira! Miiii! Umi!!! Abib!!! Ya Allah!"

AMBIVALENT [COMPLETED]Where stories live. Discover now