4

29 5 2
                                    

Umi dan Kak Yana menangis. Abib pula tak putus-putus meraup wajah kesal. Melihatkan itu, Fahad genggam penumbuk kuat-kuat hingga jelas timbul urat di lengannya. Kemudian,laju dia berjalan keluar dari ruang menunggu.

"Sial! Babilah Ari!" Sampai di tempat parkir,Fahad menjerit kuat-kuat hingga menghasilkan gema di ruang itu. Rambut dikuak ke belakang. Daripada tadi,tak henti-henti dia mendail nombor Aryan tapi hampa tidak berjawab. Whatsapp dah beratus-ratus agaknya dihantar tapi Aryan tak baca lagi. Fahad geram. Kau pergi mana,Ari?!

Setelah menenangkan diri,dia masuk semula ke dalam ruang menunggu. Abib menepuk bahunya seketika. "Kita tahajud dulu,sebelum masuk Subuh ni. Yana bawak umi balik rehat dulu. Abib dengan Fahad tunggu sini nanti apa-apa kami maklumkan."

Yana mengangguk faham. Segera tubuh umi dipapah menuju keluar dari ruang itu. "Abang jangan lupa call..." Lemah umi bersuara. Abib mengangguk.

"Jom,mi."

"Dapat call Ari?" Soal abib kepada Fahad.

Geleng.

"Dia sibuk tu,insyaAllah dia datang nanti."








"Kami decided untuk tidurkan Cik Faira sementara kerana dia perlukan sokongan ventilator untuk bernafas. Paras oksigen Cik Faira dah drop kepada 30% dan paru-paru dia pun dah 70% dipenuhi dengan carbon dioxide,which is very dangerous kalau otak dia tak cukup supply oxygen kerana ia boleh lead kepada hypoxic ishaemic encephalopathy (kegagalan organ berfungsi). "

Abib mengucap panjang. Dini terduduk di kerusi biru sementara Fahad pula cuma tegak berdiri tidak percaya. Allah

Rasa bersalah menghantui diri Dini. Rasa macam keadaan Faira sampai seteruk ini kerana dia. Sumpah kalau dia tahu akan jadi begini,dia takkan hantar gambar Aryan pada Faira. "Saya mintak maaf,pakcik." Berkali-kali kata maaf ditutur kepada Abib dan Fahad. Dia dah jelaskan tentang gambar itu dan mereka hanya diam.

Bahu Dini ditepuk. "Takpelah,bukan salah Dini. Benda nak jadi,kita doa je yang baik-baik. Pakcik pun tak sangka asma Faira akan jadi seteruk ni. Masa kecil dulu dia memang selalu masuk wad,tapi tak pernah sampai ditidurkan." Nada Abib sungguh kesal.

Luluh hati lelakinya bila tepat jam tiga setengah pagi tadi Yana menjerit memanggil mereka suami isteri. Keadaan Faira tersangat lemah sehingga mulut dah berbuih-buih,tercungap-cungap seperti hampir hilang nyawa. Sampai di hospital,Faira terus dimasukkan ke dalam emergency room dan dipakaikan oxygen mask. 

Dan sekarang? Ditidurkan? Tak dapat dibayangkan tubuh lemah itu akan dimasukkan tiub yang panjangnya dari mulut sehingga ke pangkal jantung. Allah. Membayangkan saja abib tidak sanggup,apatah lagi diri Faira yang menerima. Semoga Allah sentiasa lindungi anak abib.

Ditepuk perlahan bahu Fahad yang sedang jelas menahan air mata. Memang Fahad paling sedih,kerana dia paling rapat dengan Faira. Walau jarak usia mereka enam tahun,tapi memang Fahad sayangkan Faira sangat-sangat lebih dari diri sendiri. Dulu,tak ada siapa yang berani dekat dengan Faira kerana dia. Dialah yang menjemput dan menghantar Faira ke sekolah. Sebab tak mahu ada yang mengganggu. Bila Aryan sahabat baiknya sendiri bersungguh mahukan Faira,Fahad tak teragak-agak. Dia percaya Aryan boleh jaga Faira sebagaimana dirinya menjaga,tapi ini? Mana Aryan? Hilang. Lenyap.

Sedang melayan perasaan,telefonnya berdering. Fahad keluarkan telefon dari poket seluar jean dan nama yang terpapar di situ buatkan darahnya menggelegak serta-merta.

"Aku dah on the way,Ad."

Aryan Nufail.












Yana menutup mulut tak percaya. Terkejut dia apabila Fahad naik hantu dan terus menumbuk rahang Aryan sebaik sahaja lelaki itu sampai sebentar tadi. Merah menyala wajah itu menahan marah. "KAU DAH GILA KE SIAL?!" Fahad mencekak kejap kolar kemeja Aryan yang tercalit darah hasil buatannya sebentar tadi.

Aryan cuma diam tak menjawab. "Kau buat apa dekat adik aku,Ari?! Kau buat apa..." Perlahan-lahan kolar kemeja itu dilepaskan. Fahad melemah. Serta-merta air mata lelakinya jatuh membasahi pipi. Tangan yang berdarah tidak dihirau. Yana segera memeluk tubuh Fahad dari belakang. "Sabar,Fahad. Sabar. Ingat Allah,ingat Faira..." Belakang badan tegap itu digosok perlahan. Kalau ikutkan dirinya pun memang nak ditampar muka Aryan ni. Memang layak sangat tapi ni depan hospital,karang ada yang viral satu malaysia.

Nasib umi dan abib dah balik untuk mengambil keperluan Faira,kalau tak mesti lagi kecoh jadinya. "Kau balik jelah,Ari kalau nak diam macam batu." Yana menyindir.

Aryan lap darah yang mengalir di sekitar gusi. Sesungguhnya dia tak tahu nak cakap apa. Yang penting,dia mengaku dia salah.

Tapi dia ada sebab sendiri.

"Kalau kau sanggup tunggu sampai petang ni,kau tunggu. Faira dalam ICU sebab paru-paru dia dah tak boleh bernafas normal."

Fahad menyampuk. "Kalau adik aku mati sebab kau,aku sumpah atas nama umi aku akan bunuh kau,Ari." Rahang diketap.

"Sabar,Fahad. Jangan cakap macamtu ingat pesan abib."

"Aku percaya dia,kak. Aku percaya sebab dia best friend aku! Tapi kau tengok apa dia buat ke adik kita?" Aryan dipandang. "Aku tak faham dengan kau,kalau rasa nak berambus dari hidup dia berambus je! Jangan bagi dia tanggung sakit sampai macam ni sekali. Dulu masa dia kena denggi kau yang jaga dia,sebabtu aku percaya kau boleh jaga dia baik-baik. Tapi sekarang? Kau tengok dia hampir mati sebab kau tahu tak?! Kalau akak aku tak terfikir nak masuk bilik dia pagi tadi,memang kau datang sini siram air bunga je dekat kubur dia!"

Aryan tunduk menekur lantai. "Aku mintak maaf,Ad." Hanya itu. Hanya itu yang mampu dia ucapkan. Kepalanya kosong. Hatinya berat.

"Kalau maaf kau dapat ringankan sakit adik aku,aku terima. Kalau tak,pergi mampus." Seraya itu,Fahad terus bangun dan meninggalkan tempat parkir itu. Dia tak kisah hubungan persahabatan dia dan Aryan yang sudah terjalin selama 13 tahun itu terputus,yang penting Faira.

AMBIVALENT [COMPLETED]Where stories live. Discover now