"Abib tak ajar anak-anak abib jadi seorang yang pendendam. Faira tahu tu,kan?"
Faira mengeluh perlahan. Ini lagi..
"Memang abib tak ajar,tapi Ari yang ajar." Faira penat. Semua orang dalam rumah ni,semuanya nak menegakkan Aryan,mempertahankan jantan tak guna tu. Habis dia? Sakit dia? Tak ada siapa peduli?
Abib cuba memahami kata-kata Faira. Sememangnya menjadi seorang bapa itu tidak mudah. Kena faham,kena selidik,kena menasihat dengan betul. Tak boleh terus hambur marah,lagi-lagi dengan Faira ni. Keras,tak ubah seperti kerak nasi. Cara melembutkannya cuma satu—rendam menggunakan air. Kalau ketuk guna batu dia takkan lembut malah akan hancur. Itu Adeeya Nufaira.
"Ari buat apa kat Faira sebenarnya? Cuba cakap ke abib. Ni, Faira diam je. Simpan sendiri,mana abib nak faham? Ari je yang bercerita kat abib,tanya khabar Faira,sihat ke tidak. Dah makan ke belum."
Bodoh. Semua orang kau nak manipulate. Abang Fahad kau ambik,abib kau ambik. Lepasni sape? Bibik pun kau nak gulakan jugak? Faira ketap bibir geram. "Ari dah cerita kan? So tak payah la Faira bazir air liur cerita lagi sekali kat abib. Takpelah,abib kita sembang lain kali. Faira dah lambat nak jumpa Dini. Assalamualaikum." Tangan tua abib dicium sebelum keluar menyarung kasut. Sungguh dia sudah tak tahan duduk di dalam rumah ini. Tak habis-habis Aryan,Aryan dan Aryan. Aryan jelah yang betul,Aryan jelah yang baik! Aryan malaikat! Padahal dia jantan babi!
Enjin Suzuki Swift berwarna hitam itu dihidupkan. Dulunya Swiftie dia berwarna merah,tapi dah dicat warna hitam sebab dia benci warna merah. Mengingatkan dia pada Aryan babi.
Let's go,Swiftie!
"Lambatnyaa. Mengayuh ke apa?" Dini menyindir bila batang hidung Faira muncul di hadapan mata. Dari pukul 12 tadi dia tunggu,ni dah nak masuk Zuhur dah pun. Dasar janji melayu.
Faira hempas beg tangan ke atas meja bulat putih itu sebelum merebahkan kepala. Stres! Kemudian,diserabutkan rambut sendiri serupa orang meroyan lepas berpantang. Dini yang melihat terus terjungkit kening. Kena rasuk ke apa minah ni? "Kau dah kenapa gila? Meroyan ke apa?"
"Aku stres tahu tak stres?! Hisy kau diamlah,buatkan aku green tea pastu bawak pavlova. Lapar." Faira merungut. Dibetulkan semula rambutnya. Kepala dia sekarang ni dah berserabut sangat,neuron di otak pun macam nak taknak je buat kerja.
Dini cebik bibir mengejek sebelum beredar ke pantri cafe. Buat green tea? Tak,dia tukang arah. Biasalah,bos besar. Untunglahhhh ada cafe. Boleh makan pavlova hari-hari. Faira? Duk rumah kerjanya makan hati je. Selang beberapa saat,Dini datang melabuh punggung di sebelah Faira. "Kau asal? Pasal Ari lagi ke macam mana ni?"
Mata digulingkan ke atas. "Siapa lagi kalau bukan jantan bodoh bangang tu."
"Bodoh bangang pun kau tergilakan dia jugak dulu."
"Diamlah,Dini! Cerita lama jangan ungkit! Aku menyampah!" Okayyy. Dini kecut perut. Kedua tangan diangkat separa bahu,tanda mengalah. Inilah perempuan. Bila lapar je marah,hamuk. Bila kenyang baru la elok sikit perangainya. "Dia buat apa lagi kat kau ni? Kata haritu dah putus siap celebrate lagi. Ni tetiba datang cafe aku duk royan camni. Tak boleh move on ke apa?"
"Dia yang tak boleh move on,aku happy je."
Oh,gitchew. Dini mengangguk faham. No comment,dia tak pernah bercinta. "Dia nak getback?" Soalan Dini dibalas dengan anggukan. "Dia gila lah weh, psycho nak mampus. Bila aku nak lari jauh,barulah dia nak hold aku,baru nak beria kat aku kalau tak dia buat aku macam bunian je. Ghost aku apa semua. Mana aku tak sakit hati? 5 tahun weh,5 tahun aku tahan perangai bangang dia tu. Setiap kali aku nak break mesti dia convincekan aku yang aku ni tak boleh hidup kalau tadek dia sebab selama ni aku jatuh bangun ada dia." Faira kuak rambut ke belakang. Memang dia mengaku Aryan banyak memainkan peranan dalam hidup dia. Mungkin kalau tiada lelaki itu,tiada Faira yang sekarang. Yelah,bercinta sejak lepas SPM sampai umur dah 24 tahun dan bekerja dah pun. Susah tau bercinta dengan orang tua ni,kawan abang sendiri pulaktu. Nak lari kesitu kesini pun tak boleh!
Siapa suruh gatal dulu? Eh tak,Faira tak gatal. Aryan yang gatal mulut mintak izin ke abib nak kawan dengan dia sebaik sahaja dia tamatkan sekolah menengah. Gila. Itu yang abib sayang sangat ke dia,percaya sangat!
"Kau cari jantan barula,Faira. Pastu terus kawin biar dia tak kacau kau. Aku rasa tu je caranya dah kalau dia serupa gila talak camni. Aku pun tak faham la dia tu kenapa. Dia macam... keep pushing people away. Dia tak suka orang terhegehkan dia tapi dia nak orang tu selalu ada. Ni pandangan aku jelah,berdasarkan cerita kau pasal perangai dia."
Kahwin? Aku nak cekup anak sape pulakkk?!
Faira mengurut di sekitar dahi. "Maksud kau,dia gunakan aku ke macam mana? Dia nak aku selalu ada tapi tak suka aku beria kat dia? Abende tu weh,pening la kepala otak aku. Ada jugak manusia macam ni."
Dini jongket kening. "Entahlah,laki kau ni complicated. Nasib muka dia hot macam Maxence-Danet Fauvel kalau tak memang boleh pergi mampus jelah." Faira mengangguk tanpa ragu. Yang itu dia setuju sebab Aryan memang sempurna wajahnya tanpa cacat cela. Paling dia suka,rahang lelaki itu—clean cut and prominent. Tapi kalau muka je helok, perangai serupa macam Xylene pun tak guna jugak.
"Ha green tea kau sampai dah. Eh,pavlova nya mana?" Dini menyoal pekerjanya yang sedang terkulat-kulat memandang mereka berdua. Kemudian,dia tersengih kambing.
"Sorry bos,lupa."
"Banyak lah kau punya lupa,gi cepat member aku tunggu lama dah ni." Dini ketuk bahu pekerjanya yang bernama Haz itu.
"Yeke member bos? Bukan awek?"
"Kepala otak kau awek. Muka macam mak lampir gini nak jadi awek aku? Membazir mas kahwin,Haz oi." Inilah stigma masyarakat. Kalau lelaki dengan perempuan berdua je,couple dating. Ingat lelaki perempuan ni tak boleh kawan normal ke without those gross feelings? Lame betul.
Faira yang mendengarnya dah panas hati. Lawa gini dipanggilnya aku mak lampir?! "Eh kau dah banyak pahala sangat ke ni nak masuk lubang kubur cepat-cepat?" Lengan disinsing. Haz yang menjadi batu api tadi terus berlari ke pantri ingin mengambil pavlova. Saya tak berdosaaaa!
YOU ARE READING
AMBIVALENT [COMPLETED]
Historia CortaIsn't it tragic? She was a rainbow, but he was colourblind. Afterall, they're doing the same dumb shit just to complete each other. start: 23/8/21 end: 26/8/21