AIR MATA RINDU

21 7 1
                                    

Setelah penat jiwaku berdrama rindu
kini air mata mula berlagu
entah mengapa aku sangat tersentuh
seakan masa ingin ingin ku putar

tiap titisan air mata ini
menyimpan ribuan makna garis silam
perpisahan cinta seakan di sesali sekarang
kerana cinta sudah di dusta.

kian ku tahu apa itu takdir
ianya yang mengatur inci kehidupan
mewarna tiap bait lukisan yang di lakar
namun pasti ada tempat coretan yang perlu di padam .

andai kau tau bahawa tuhan itu tahu akan segalanya
telah menyusan di mana perlu kita melangkah
agar tak tersalah , tetaplah berdoa

biarkan air mata tetap berlagu
kerna penawar segala rindu adalah tangisan
lepas kan kepuasan rindu di dalam titisan air mata
dan kau bakal tahu penyesalan itu pahit di terima.

kerna cinta tidak menyatu
kita perlu berjarak selamanya
kerana ketulusanku kau tipu
sehinggu tuhan membongkar agendamu

memang pahit akan di terima
namun segalanya ada hikmah
di balik derita ada cerita
yang bakal melakar potrait baharu di kehidupanmu

Bicara Puisi Dibalik RintikWhere stories live. Discover now