Sebaik tiba di pejabat, aku terus menyimpan tas tangan ke dalam laci dan dengan pantas tangan aku menghidupkan monitor. Sambil menunggu monitor hidup, tergesa-gesa tangan aku menyemak segala dokumen dan surat yang diletakkan dalam tray box di sudut mejaku.
Nasib aku baik bila kak Yati, setiausaha abang Khai menyatakan bosnya masih belum masuk kerja walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Kalau tidak pasti bernanah telinga aku perlu mendengar ceramah dan bebelan abang Khai.
Selesai menyemak dokumen, surat-surat dan email yang masuk, baru aku dapat melepaskan nafas lega. Tiada sebarang urusan yang memerlukan perhatian aku dalam kadar segera. Walaupun terlewat masuk hari ini, dapat juga lah aku buat kerja dengan tenteram tanpa tergesa-gesa.
Telefon yang berdering membuatkan gerakan tangan aku terhenti. Aku lihat pada nama si pemanggil. 'Beloved hubby'.
Bila teringatkan saja apa yang berlaku pagi tadi, terus telefon aku terlungkupkan atas meja. Tidak mahu melihat nama itu terus berkelip-kelip pada skrin telefon. Sakit hati!
Serta-merta apa yang berlaku pagi tadi kembali menjengah fikiran aku.
"Sayang, abang pergi dulu dah lewat ni. Nanti balik you pick up anak-anak tau, I'll be late tonight." Kata Naufal dengan tergesa-gesa menyarung kasut.
"Abang kenapa pulak Kay yang kena pick up bukan ke kita dah setuju you yang kena pick up anak-anak?" Soal aku dengan rasa tidak puas hati. Bergegas aku dapatkan Naufal di muka pintu.
"Sorry lah sayang, abang ada dinner dengan client malam ni. Maybe terus pergi lepas office hour nanti. Take care okay?" Kata Naufal seraya menghadiahkan kucupan pada dahi dan bibirku seperti kebiasaannya. Sekali lagi aku tidak sempat salam tangannya.
Kalau ikutkan persetujuan daripada kami berdua memang tugas menjemput anak-anak dari rumah keluargaku adalah tugas Naufal memandangkan jarak dengan tempat kerja Naufal lebih dekat berbanding tempat kerja aku.
Namun bukan itu saja yang membuatkan aku tidak puas hati dengan sikap Naufal. 'I'll make it quick' konon padahal sampai pukul 3 pagi baru aktiviti kami selesai gara-gara keinginan Naufal yang tidak pernah cukup dengan satu round.
Baru sahaja mahu melelapkan mata, tidur aku terganggu pula dengan tangisan Irsyad yang lapar meminta susu. Dengan tubuh yang lesu aku gagahkan juga memangku Irsyad dan aku susukan dia sehingga dia kekenyangan.
Namun nasib aku tidak berapa baik bila Irsyad sudah tidak lagi mengantuk. Mata dia cerah terkebil-kebil tidak mahu kembali lelap. Bila diletakkan semula ke dalam baby coat, dia akan kembali menangis. Sudahnya sampai ke pagi lah aku pangku bayiku yang semakin membesar itu. Naufal pula sudah elok tidur terbongkang dengan dengkuran kepuasannya. Langsung tidak terjaga walaupun Irsyad sesekali mengacau tidur daddynya. Mana lah aku tak geram?
Pagi tadi sekali lagi kami kelam-kabut bersiap bila sedar jam sudah pun menginjak pukul 8 pagi. Sekali dengan subuh terbabas. Kira-kira jam pukul 5 pagi baru aku boleh terlelap dengan Irsyad turut sama tidur terlungkup atas dadaku.
Kesal dengan apa yang berlaku pagi ini membuatkan sedikit sebanyak aku menyalahkan Naufal atas apa yang berlaku. Malah makin bertambah kekesalan bila teringat sekali lagi aku terlupa untuk perah susu sebelum gerak ke tempat kerja. Pasti aku akan dileteri mama lagi nanti.
Masa menghantar Irfan dan Irsyad tadi pun aku buat bodoh je bila mama tegur soal Irfan yang masih belum mandi dan beg baju yang lupa aku siapkan seperti kebiasaannya. Kelam-kabut punya pasal!
Sekali lagi bunyi telefon berdering kuat membuatkan aku terus jawab panggilan dengan kasar. "Apa?!"
Bertambah sakit hati aku bila suara Naufal tergelak-gelak dari sebelah sana. 'Dia ni suka tengok aku marah-marah ke? Suka sangat naikkan darah orang!'
YOU ARE READING
Garapan Hati (LOVE OR LUST 2) ✔️
RomanceLOVE OR LUST 2 Kesinambungan kisah cinta antara Syed Naufal dengan Kayla Batrisya.