GH 9 | Cemburu

1.2K 29 0
                                    

Sebaik masuk ke dalam kamar yang sudah malap lampunya, kelibat Shafira yang sedang terkebil-kebil atas katil menarik Haikal untuk mendekat.

Pantas tubuh si isteri dipeluknya erat. "Sayang kenapa ni? Dari tadi senyap je?"

Haikal perasan sejak berkumpul ramai-ramai di meja makan siang tadi susah sangat nak dengar suara Shafira. Bila dia menggamit Shafira mendekat dan menarik dia masuk sama dalam perbualan, Shafira kelihatan tidak selesa. Sekejap saja dia sudah meminta izin untuk masuk ke dalam bilik.

Selepas selesai makan malam beramai-ramai, Shafira langsung tidak turun ke bawah. Sangkaan Haikal isterinya sudah naik ke bilik kerana terlalu penat melayan kerenah anak perempuannya yang semakin lasak itu. Namun sangkaannya meleset bila Shafira masih belum lagi melelapkan mata, terkebil-kebil memandang siling dalam kegelapan.

Shafira merenggangkan pelukan. Tubuhnya dipusing membelakangkan Haikal lalu selimut ditarik naik paras dadanya. Sebagai tanda dia tidak mahu sebarang perbualan tika ini.

Haikal termanggu-manggu dengan tindak balas Shafira. Lain macam Shafira malam ini. Selalunya tanpa dipinta, Shafira sendiri yang akan merebahkan tubuhnya ke dalam pelukan dia. Tetapi lain pula malam ni. 'Apa yang tidak kena dengan Fira agaknya...'

"Sayang. Look at me. Abang ada buat salah apa ke? Kenapa sayang senyap je? Pandang abang pun tak sudi dah?"

Senyap. Shafira masih membekukan tubuhnya. Langsung tidak sudi untuk memandang ke arah Haikal lagaknya.

"Sayang..."

Tangan Haikal pada bahu Shafira ditepisnya kasar. "Jangan kacau lah. Fira nak tidur ni!"

Makin terpana Haikal dengan gelagat Shafira malam ini. Jarang sungguh nak tengok permata hatinya bersuara kasar seperti ini.

"No Fira. Selagi sayang tak bagi tahu apa masalahnya, jangan harap abang akan biarkan sayang tidur malam ni. Fira..." tubuh Shafira, Haikal tarik agar terlentang. Mahu ditatap wajah yang kelihatan suram dan tidak ceria itu.

"Sayang..."

Shafira bangkit dari pembaringan dengan kasar. Wajah Haikal dipandangnya dengan pandangan tidak puas hati. "Abang ni selalu macam ni kan? Fira dah cakap yang Fira tak suka tengok abang sembang berdua-duaan dengan kak Kayla tu tapi kenapa abang buat juga? Siap bergelak ketawa lagi. Susah sangat ke nak move on?" Luah Shafira dengan nada meninggi.

Masih terasa lagi betapa sakit hatinya bila melihat betapa mesranya suaminya bersembang dengan Kayla lewat petang tadi. Walaupun mereka bersembang di tempat terbuka, namun dia tetap tidak suka dengan apa yang dilihatnya.

Haikal terpinga-pinga dengan amarah sang isteri yang meletus tiba-tiba. 'Fira nampak ke aku bersembang dengan Kayla petang tadi?'

"Lailahailallah..." Haikal meraup wajahnya berkali-kali. Tidak percaya dengan kata-kata yang baru dia dengari dari mulut isterinya itu. "Sayang seriously??"

"Sayang berapa kali abang nak cakap, antara abang dengan Kayla tu dah tak ada apa-apa. Noktah. Hubungan kita orang cuma setakat ipar-duai je takkan tu pun sayang nak cemburu? Abang cuma sembang biasa je dengan dia, habis tu takkan sayang nak expect abang bermasam muka pula dengan dia? Kan tak elok macam tu..."

Dengan tenang Haikal cuba menerangkan secara rasional hubungan dia dengan Kayla. Sungguh tidak terdetik dihatinya yang Shafira rupanya serius dengan kata-katanya yang berbaur amaran dulu. Memang pernah Shafira menegahnya daripada terlalu mesra dengan Kayla tapi sangkaannya itu cuma gurauan tidak serius. Tidak tahu pula Shafira betul-betul maksudkan kata-katanya itu.

Wajah Shafira semakin masam. Tangan Haikal yang cuba memegang tangannya direntap kasar. "Malas lah nak cakap dengan abang ni. Yang Fira minta cuma satu tu je, itu pun susah sangat abang nak ikut kan? Fine pergilah sembang dengan bekas tunang abang tu. Fira dah tak peduli lagi!"

Garapan Hati (LOVE OR LUST 2) ✔️Where stories live. Discover now