"Saya tegaskan sekali lagi, semua data client dan data syarikat adalah private and confidential. Kalau sekali lagi saya dapat aduan sebegini daripada our client, I won't hesitate to hold each one of you accountable got it?" Abang Khai yang sedang mengetuai mesyuarat bersuara tegas dengan muka merah menahan amarah.
Ini bukanlah kali pertama data syarikat kami dibocorkan kepada orang awam tetapi aku tidak faham apa yang susah sangat untuk abang Khai inspect setiap sorang pekerja dia yang tidak mencecah 50 orang itu.
Kalau setakat bagi amaran dengan air liur ingat staff sini semua peduli ke? Sekali lagi sekali lagi padahal kali ini dah masuk kali ketiga berlaku semenjak aku mula bekerja dengan abang Khai di syarikatnya.
Telefon bimbit aku yang asyik bergetar atas meja menganggu konsentrasi aku dan beberapa staff lain yang duduk berhampiran denganku. Sedari tadi aku cuma mampu menjeling ke arah telefon yang berkelip-kelip itu. Nak jawab tak berani pula, ada yang kena herdik dengan abang Khai pulak nanti.
Pap!
Terenjat bahu aku bila satu tepukan kuat menghentak meja kayu lebar ini.
"Have I told everyone to turn off your phone before entering meeting room? Have I or not Kayla Batrisya?"
Terkulat-kulat aku bila ditegur sedemikian rupa di hadapan staff lain. 'Ahh alang-alang menyeluk perkasam biar sampai pangkal lengan!'
"I'm sorry but there's incoming call, urgent!"
"Kay-"
Tidak mahu memberi peluang untuk abang Khai berterusan menyembur aku, telefon bimbit aku ambil rakus sebelum berdesup aku keluar dari bilik mesyuarat.
'Nak sangat panggil aku masuk meeting kan... padahal scope meeting hari ni bukan lah berkaitan dengan job scope aku sangat. Saja lah tu nak membuli mentang-mentang aku cuti lama. Apa dia ingat aku tak ada kerja lain ke yang nak kena siapkan kat dalam bilik tu. Kalau lambat finalize nanti aku juga yang kena marah huh.' Aku mengomel tidak puas hati seraya mencari lokasi yang agak tersorok untuk menjawab panggilan telefon yang masih berbunyi.
"Hello ma..." aku menjawab panggilan mama di sebelah sana.
"Haa Risya, kenapa lambat sangat jawab mama call ni?"
Aku garu-garu kepala yang tidak gatal bagaikan ada kelibat mama yang sedang memerhati tindak-tandukku di hadapan aku tika ini. "Sorry lah ma tengah meeting tadi, tak dapat nak jawab call. Kenapa ma?"
"Ni mama nak tanya, Risya ada pack susu untuk Irsyad tak? Mama cari dalam beg dia tak jumpa pulak... kot la tertinggal dalam kereta ke?"
Spontan aku menepuk dahi kuat. 'Ya Allah susu Irsyad lupa nak perah!'
Makin kuat rasa bersalah mencengkam bila sayup-sayup tangisan dapat aku dengar dari sini.
"Maa Risya lupa nak perah susu pagi tadi! Macam mana ni ma? Irsyad baru bangun ke tu?" Aku sudah mula gelisah tidak senang duduk bila tangisan Irsyad makin kuat berlagu.
'Pasti Irsyad kelaparan, pagi tadi pun aku tak sempat nak menyusu anak aku...'
"Astaghfirullahalazim..." mengucap panjang mama di sebelah corong telefon sana. "Cuainya kamu ni Risy! Pagi tadi bila dia last minum? Ada bagi minum susu tak tadi?"
Aku mencongak kepala cuba mengingat bila last Irsyad menyusu pagi tadi. "Erm pukul 5 pagi tadi ada bagi dia susu.."
Aku jauhkan telefon dari telinga bila suara mama kedengaran makin lantang. "5 pagi?? Tengok jam tak sekarang ni pukul berapa? Dah nak pukul 11 ni anak kamu nak makan apa? Dengar tu... dia dah merengek dari tadi menangis lapar. Risya... Risya... mama nak cakap banyak pun ini bukan kali pertama kamu ada anak. Anak dah dua pun bawa-bawalah buang sikap cuai dan kalut kamu tu."
![](https://img.wattpad.com/cover/174421612-288-k521386.jpg)
YOU ARE READING
Garapan Hati (LOVE OR LUST 2) ✔️
Roman d'amourLOVE OR LUST 2 Kesinambungan kisah cinta antara Syed Naufal dengan Kayla Batrisya.