Hari yang ditunggu-tunggu setelah lima hari bekerja tanpa mengira masa kini telah tiba. Hari hujung minggu.
Seperti yang sudah dirancang, hujung minggu ini kami akan bermalam di rumah keluarga Naufal. Bagi menyambut kepulangan kakak Naufal dan keluarganya dari Indonesia. Kali ini kakak Naufal akan pulang menetap terus di Malaysia memandangkan suaminya sudah dipindahkan kembali ke sini.
"Kayla buat apa sekarang? Full time housewife ke?" Soal kakak Naufal.
Tika ini aku, Naufal, Haikal, Shafira dan kakak Naufal sekeluarga sedang menikmati makan tengah hari di meja makan. Cuma budak-budak kecil yang terkecuali. Mereka lebih berminat dengan pelbagai jenis mainan yang dibawa pulang oleh kakak Naufal. Seronoklah Irfan dua hari ni dapat bermain dengan sepupu-sepupu dia.
"Kay dah start masuk kerja semula. Baru je berjinak-jinak nak mula semula selepas berbulan-bulan cuti." Jawab aku sopan. Aku masih belum biasa dengan kakak Naufal. Cuma beberapa kali saja kami pernah berjumpa dan bersembang.
"Eh you kerja ke? Sejak bila? Kenapa tak join kita orang je.." suara Haikal membuatkan aku toleh kearahnya serta-merta.
Haikal masih kelihatan sama seperti dulu. Tidak banyak yang berubah cuma penampilan dan raut wajahnya kelihatan lebih matang berbanding empat tahun yang lepas.
"Kenapa I nak join PH pula? Kay tak pernah quit dari company along tau."
"Alah apa salahnya. Dapat kerja sekali baru meriah sikit.." tambah Haikal lagi.
Spontan aku mencebik. "Lagi meriah atau lagi senang korang nak buli I ni? Tiba-tiba je ajak join mesti ada motif apa-apa ni." Dengan curiga aku berkata dengan mata aku mengerling ke arah Naufal yang sedang enak menjamah pencuci mulut.
"What? Abang tak tau apa-apa okay."
Haikal ketawa. "Eleh Fal nak main sorok-sorok pula. Dah lupa ke apa yang kau kata kat aku dulu." Giat Haikal mengusik.
"Kau nampak ni?" Naufal tunjuk buku limanya ke arah Haikal. "Jangan nak buat-buat cerita lah. Tak memasal aku kena tidur luar pula malam ni."
Aku cubit peha Naufal kuat. Naufal ni kalau dibiarkan memang lagi jauh dia melalut nanti.
"Ish korang berdua ni kacau jelah. Akak nak sembang dengan Kayla pun tak senang tau." Selar kakak Naufal tidak puas hati.
Aku melemparkan senyuman sinis ke arah dua beradik kembar itu. Kalau hari lain bolehlah mereka menyakat aku tapi dengan kehadiran kakak Naufal ni jangan harap lah perangai nakal itu dibiarkan. Pasti kakak Naufal akan menyebelahi aku.
"Kayla jangan nak bagi muka sangat dengan Naufal ni. Bila dua orang ni berjumpa mesti ada je modal nak kenakan orang tu. Elok lah Kayla tak kerja sekali dengan Naufal. Nanti apa-apa masalah kat tempat kerja bawa balik rumah jadi masalah lain pula nanti." Pesan kakak Naufal penuh prihatin.
"Tak ada lah. Kay memang dah selesa dengan kerja sekarang, so far tak ada rasa nak lompat ke mana-mana lagi."
"Baguslah macam tu... Shafira pula macam mana? Dah habis study kan?" Kini giliran Shafira pula disoalnya.
Shafira yang tadinya menguis-nguis makanan dalam pinggan makannya termanggu-manggu bila tiba-tiba saja namanya disebut. Tidak dapat tangkap apa soalan yang ditujukan padanya.
"Woi Fira termenung apa? Laki kau kat sebelah pun boleh lagi termenung ya? Dah sampai ke bulan ke?" Bidas Naufal tajam dalam nada gurauan. Haikal dan Naufal tergelak-gelak dengan situasi yang berlaku tika ini. Wajah hairan Shafira bagaikan menggeletek rasa lucu pada hati mereka.
Aku yang memerhati situasi ini jatuh kasihan dengan Shafira yang sudah berubah air mukanya. Pasti dia malu bila ditertawakan depan ramai orang seperti ini.
YOU ARE READING
Garapan Hati (LOVE OR LUST 2) ✔️
RomanceLOVE OR LUST 2 Kesinambungan kisah cinta antara Syed Naufal dengan Kayla Batrisya.