"Irfan dari mana ni? Siapa belikan ais-krim ni?"
Terkedek-kedek Irfan berlari ke arahku dengan ais-krim Baskin Robin ditangannya. Mulut Irfan yang comot aku lap dengan belakang tapak tangan.
Petang tadi seusai solat asar, aku langsung tidak nampak kelibat Irfan dalam rumah agam ini. Mahu dikatakan keluar dengan Naufal, Naufal pula sedang elok tidur dengan Irsyad dalam bilik atas. Awalnya aku arahkan Naufal untuk tidurkan si kecil, alih-alih dia pula yang tertidur sekali.
"Uncle Carl belanja Irfan aiskrim. Sedap.. mummy nak?" Soal Irfan dengan sudu kecil aiskrim disuanya ke mulut aku. Belum sempat aku menolak Irfan sudah menyuap ke dalam mulut aku.
"Hm sedap... Uncle Carl bawak Irfan sorang ke?"
"Tak lah. Uncle bawa semuaaa orang!" Dengan teruja Irfan berkata-kata. Siap dengan tangannya tergawang-gawang. Gembira sangat ada yang belanja dia aiskrim nampaknya.
"Huh? Uncle bawa semua orang? Kalau semua kenapa adik tak ikut? Daddy ikut tak?"
Irfan mula mendongak dengan matanya terkebil-kebil memandang aku. Keliru dengan soalan aku agaknya.
Baru aku mahu bertanya lagi, Irfan sudah berlari masuk ke dalam rumah apabila Hayfa menggamit dia untuk bermain bersama. Rapat sangat Irfan dengan Hayfa ni. Pantang berjumpa mesti berkepit ke mana-mana saja dua orang ni.
"Mana ada semua orang yang I bawa. Budak-budak je yang nak makan aiskrim tu yang I angkut semua sekali keluar." Kata Haikal seraya punggungnya dilabuhkan pada kerusi kayu yang diletakkan di laman rumah.
Entah dari mana lelaki ini tiba-tiba saja muncul dengan berbeg-beg aiskrim ditangannya. Satu pint aiskrim dihulurkan pada aku.
"Eh tak nak lah. Budak-budak yang nak makan aiskrim kan.. buat apa bagi I pulak."
"Yang budak-budak tu setiap sorang dah dapat satu. Ni saja I beli lebih, ambillah."
Disuakan lagi aiskrim itu ke arah aku.
Bila aku menolak sekali lagi, Haikal mula bersuara seolah-olah berjauh hati dengan penolakan aku.
"Hm yelah. Dulu you reject I sekarang ni I nak belanja aiskrim pun you tak sudi dah. Tak apa lah, mungkin ni nasib I selalu direject orang."
Malas mahu melayan drama Haikal, huluran itu aku sambut juga. "Gedik lah nak merajuk-merajuk pula. Kalau you merajuk pergi minta Fira pujuk, tak kuasa I nak pujuk bapak orang ni."
Haikal ketawa ceria. "Berkesan juga eh taktik tu? You lah buat jual mahal sangat, nak suruh makan pun payah. Diet ke?"
Berkerut dahi aku dengan soalan Haikal itu. "I? Diet?? You tak nampak ke macam mana I telan segala jenis makanan atas meja tadi? Rugilah kalau balik sini tapi diet? Esok-esok jelah nak diet pun."
Aku yang kuat makan ni dikatakan diet? Memang aku lah yang terpaling last tinggalkan meja makan tadi kerana bermacam juadah makanan yang dihidangkan masih menunggu masa untuk masuk ke dalam kantung perut. Lagi menggoda nafsu makanku bila ternampak bermacam jenis pastri kakak Naufal bawa pulang dari Indonesia.
"Eh cakap macam diet je? Betul diet ke ni? Pause diet hari ni, bila balik nanti sambung diet semula?" Soal Haikal lagi.
Haikal ni dah kenapa soal diet aku pun dia nak ambil tahu. Ada lah tu dia nak kenakan aku nanti.
"Bukanlah diet. Frasa yang lebih tepat ialah healthy meal. Bila makan kawal your calorie intake, cut sugar, reduce portions macam tu saja lah."
Haikal kelihatan terangguk-angguk kepalanya dengan jari telunjuk dimainkan bawah dagunya.
YOU ARE READING
Garapan Hati (LOVE OR LUST 2) ✔️
RomanceLOVE OR LUST 2 Kesinambungan kisah cinta antara Syed Naufal dengan Kayla Batrisya.