Epilog 11 (end)

291 4 0
                                    

"Kenapa Aryan sembunyikan ini semua pada kami?" tanya Daddy Aryan dengan tegas.

"Pada mulanya Aryan tak tahu sebab Sarah yang sembunyikan daripada Aryan, dah lama baru dia bagitahu Aryan daddy. Usia kandungan Sarah 5 minggu dia tahu yang dia ada ketumbuhan ,kata doktor Sarah kena buat operasi untuk buang ketumbuhan tu tapi kata doktor anak dalam kandungan tu tak kan boleh diselamatkan dengan tu Sarah tak nak buat operasi sebab nak selamatkan anak dalam perut dia kalau Sarah nak juga lahirkan akan berisiko yang Sarah tak kan diselamatkan.!" Kata Aryan dengan suara yang bergetar. Semua tidak dapat menahan air mata.

Aryan terduduk lemah di lantai. Encik Ahmad terus bangunkan Aryan yang lemah itu.

"Aryan...Baik Aryan solat dan berdoa pada Allah supaya kedua duanya dapat diselamatkan." katanya dengan lemah lembut. Aryan mengangguk.

"Sekarang kita kena doakan untuk kak Sarah." kata Rayyan pula. Aryan berjalan ke surau hospital.

Aryan pun solat selepas itu dia menadah tangan lalu berdoa...."Ya Allah hamba mohon padamu selamatkan lah anak ku dan selamatkan syurga ku ya Allah iaitu isteri yang aku sayangi...Jangan lah engkau mengambilnya aku tidak sanggup kehilangan nya Aamiin" doa Aryan.

Selepas itu, Aryan datang lagi ke bilik pembedahan. Semua orang terdiam dan sedih. Aryan pula cuba menahan air matanya. Dia takut sangat dalam hatinya selalu berdoa supaya Sarah dapat diselamatkan.

Beberapa minit kemudian....

Doktor pun keluar.Semua terbangun dari tempat duduk dan ingin mendengar kenyataan dari doktor itu.

"Macam mana isteri saya doktor?!" tanya Aryan cemas. Doktor itu tersenyum.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar isteri dan anak Encik Aryan selamat!!" semua nya bernafas lega dan bersyukur. Semua tersenyum bahagia. Aryan menangis air mata bahagia.

"Terima kasih ya Allah kau selamatkan isteri hamba!"

"Ketumbuhan di dalam rahim Puan Sarah juga kami dapat membuangnya. Selamat ya Encik Aryan ,Encik dapat anak perempuan." semua mengucapkan alhamdulillah.

"Buat masa sekarang Sarah belum sedarkan diri kami akan pindahkan Puan Sarah di bilik wad. Kalau macam tu saya minta diri dulu. "

"Terima kasih doktor!!" kata Aryan lalu Aryan sujud syukur.

1 jam kemudian.....

Semua orang berada di dalam wad Sarah ditempatkan selepas melihat bayi yang baru dilahirkan itu.Aryan pula duduk di kerusi yang disediakan.Ia menggenggam tangan kanan Sarah dengan erat.

"Mummy, daddy, mak, ayah,Rayyan,Risha! Balik lah dulu pergi berehat biar Aryan yang jaga dan tengokkan Sarah."Mereka akur.

"Jaga Sarah baik-baik Aryan." kata mummy Aryan.

"Jangan lupa juga kesihatan kamu.Jangan lupa makan ye nak." kata Puan Rani sambil tersenyum.

"Baik lah mak!" Aryan bangun dari duduk nya dan menyalam orang tuanya dan orang tua Sarah.

"Kami minta diri dulu.Assalamualaikum!" kata Rayyan.

"Waalaikumusalam!" Mereka semua pun berlalu pergi. Aryan pergi ke kerusi nya semula.

"Sayang....abang mohon bangun lah demi anak-anak kita. Sayang tak kesian kan abang dengan anak-anak ke? Kalau lah sayang tahu abang gembira sangat sekarang ni sebab kita boleh bersama-sana lagi. Tapi satu abang minta... Sayang sedar sekarang ni.Abang bersyukur sangat sayang sihat seperti semula. " kata Aryan dengan suara yang bergetar.Tanpa sedar Aryan tertidur.

Aku membuka mata ku perlahan lahan selepas mendengarkan anak-anak memanggil aku tapi... Aku melihat Aryan di sebelahku. 'Ak...Aku selamat?' Anak aku? ' tanya aku dalam hati. Aku mengalirkan air mata.Aku tidak percaya yang aku masih selamat.

"Terima kasih ya Allah..." doa aku sambil mengelap air mata.

"Sayang.... " Aryan pun tersedar.Dia memeluk aku erat sambil menangis deras.

"Akhirnya sayang sedar.....Abang tak nak kehilangan sayang lagi.. Abang takut." tangisan nya membuat aku terkejut kerana ini pertama kali Aryan menangis dengan teruk.

"Abang... Sayang dah selamatkan sekarang jadi abang tak payah lah risau ok." kata aku dengan tenang sambil mengelus rambutnya.Dia pun meleraikan pelukan.

"Dah lah jangan menangis..." kata ku sambil tersenyum dan mengelap air matanya. Aryan pun berhenti menangis.

"Ouchh sakit!"

"Apa yang sakit sayang? Mana?" panik Aryan.Aku ketawa kannya. Dia memandang aku pelik.

"Sakit lah abang peluk kuat sangat!" Dia ketawa bahagia.Aryan mencium dahiku.

"Abang... Anak kita mana? Perempuan ke lelaki?" tanya aku.

"Anak kita perempuan sayang!"

"Wahh! Syarif jadi abang lah untuk adik dia!" Aryan mendengar nya hanya senyum.

"Abang dah azan?" tanya aku lagi.

"Alhamdulillah sudah sayang tapi abang nak azan anak kita lagi sebab sayang tak nampak kan tadi!" aku mengangguk kan kepala.Aryan pun keluar dan membawa anak kami padaku.

"Kali ni muka dia sama dengan sayang! Abang azan lah!" Aryan pun mengambil anak kami lalu diazankan. Selepas itu, dia letakkan semula di katil bayi.

"Kita nak bagi nama anak kita apa abang?" tanya aku.

"Apa kata Nur Syahirah?" aku terdengar nya pun tersenyum.

"Wahhh ok juga tu, cantik!" Aryan mencium tanganku.

"Abang sayangkan sayang forever! I love you!"

"I love you to!" balas aku. Kami pun berpelukan.

*****

Alhamdulillah aku sudah pun 1 bulan habis pantang! Rayyan dah bertunang  sekarang dia dan Risha sambung belajar di London.Sahabat aku dan Aryan juga masing-masing bahagia dengan keluarganya.Aku gembira sangat.

Aku bersyukur.....Aku juga diberikan keluarga yang sangat bahagia tanpa Aryan siapa lah aku. Sekarang aku duduk di atas pasir dan memandang pantai di depan mata, angin juga sepoi-sepoi.Tiba-tiba aku juga teringat zaman sekolah dan Aryan aku ketawa.

"Amboi gelak apa tu?!" kata Aryan duduk di sebelah sambil mendukung Syahirah.

"Tak ada apa-apa..." aku pula mengambil Syahirah dari Aryan.

"Sayang dah ambil masa sendiri? Dah tenangkan fikiran?" tanya nya. Aku cuma menganggukan kepala.

"Mama...!!" jerit Syafiq dan Syafiqa lalu datang padaku.

"Ye sayang... " kata ku.

"Kitorang nak main dekat pantai tu boleh?" tanya Syafiq.

"Boleh tapi ada syarat!" senyum aku.

"Syarat apa mama!!" jawab mereka serentak.

"Kiss me!" kata aku mereka berdua pun cium kedua belah pipiku. Mereka pun bermain.

"Jangan main jauh-jauh!" nasihat Aryan.

"Ok papa!!"

"Abang...thank you for everything! Terima kasih sebab terima sayang dalam hidup abang." kata aku sambil menangis.Aryan mengelap air mataku.

"Jangan menangis sayang..... Sepatutnya abang yang cakap macam tu sebab sayang terima kekurangan abang... I love you so much!" katanya lalu menciun dahiku sambil tangan sebelahnya memeluk tubuhku dari belakang

"I love you to!"
aku menjatuhkan kepalaku di bahu Aryab sambil melihat anak-anak kami.

' Terima kasih ya Allah dengan rezeki dan kegembiraan yang kau berikan padaku dengan ego kami bersatu'

Tamat.....
Alhamdulillah terima kasih sangat pada sesiapa yang membaca cerita saya ni 😊 Maafkan saya kalau cerita ni bosan dan kurang menyenangkan.Terima kasih pada yang vote dan komen saya sangat hargainya. Thanks.🥰😘

Ego Cinta Where stories live. Discover now