Hari ni aku duduk rumah kami sendiri sebab kitorang nak berdikari sendiri
Rindu pula dengan mak ayah aku tapi baru je jumpa sebelum nak datang sini
Sekarang kami dah pun masuk ke dalam rumah ruang tamu memang betul-betul luas
Senang kerja aku tak payah bersihkan dan kemas rumah sebab Aryan dah suruh orang bersihkan rumahnya tadi hahaha
Aku sekarang kat dapur boleh tahan juga dapur dia aku tengok peti ais semua lengkap dengan barang nak masak ,Aryan pula dekat ruang tamu dia tak pernah rasa air tangan aku lagi bila kat rumah mummy ,mummy pula tak bagi aku masak biar pembantu je sebab dia tak nak susahkan aku
Aku dari tadi asyik masak saja kat dapur ,tiba-tiba ada rasa pelukan dari belakang siapa lagi
"abang ni asyik buat orang terkejut je" kata aku dengan nada geram sikit selalu buat orang terkejut
"haha sorry sayang ,abang tunggu lama sangat bosan tu lah datang sini" kata Aryan dengan nada manja nya
"dah lah abang pergi depan, sayang nak masak ni nanti tambah lambat"
"tak nak abang nak tolong isteri abang masak"
"betul ni?" Aryan angguk
"kalau macam tu potong bawang ni" kata aku sambil bagi bawang dekatnya dia angguk lagi dan terus buat ,Sumpah!!! aku terkejut gila dia potong bawang macam tak sampai 1 minit laju macam chef tapi aku buat macam biasa je
"ok siap!" akhirnya siap juga semua dah tersedia dekat atas meja hari ni juga lah Aryan tolong aku ,lepastu kami pun duduk di kerusi meja makan aku ambilkan lauk untuknya
Sebelum tu Aryan baca doa makan dulu sambil aku makan tu selera gila tengok suami aku makan sedap sangat tu
"Sedap tak abang?"tanya aku
"sedap sangat sayang!" katanya dengan gembira
*****
Selepas makan malam aku dan suami aku di ruang tamu menonton televisyen"abang kenapa tak minum air tu?" tanya aku sambil menunjuk air yang dibuat aku di atas meja
"yelah abang minum" kata Aryan terus minum air tu semasa dia nak simpan
YOU ARE READING
Ego Cinta
RomanceKisah percintaaan dan ego Sarah seorang perempuan yang baik, alim, lemah lembut ,cantik, rendah diri dan sederhana manakala Aryan seorang yang baik, tegas dan orang kaya yang mempunyai duit yang berbilion mereka saling mencintai satu sama lain seja...