Alhamdulillah anak-anak aku dah berumur 4 tahun... aku mencuci pinggan di dapur selepas kami makan tengah hari, Aryan pula bekerja
Selesai mencuci pinggan...
Tiba-tiba bunyi seperti kaca yang jatuh ,aku terus pergi pada bunyi itu
"Ya Allah Syarif...Syarifa kenapa pecahkan pasu mama ni" kata aku dengan lemah lembut .Mereka menundukkan kepalanya
"Siapa yang buat?" tanya aku
"Adik yang buat mama..." kata Syarif dan tunjuk pada Syarifa
"Bukan adik abang yang buat!" kata Syarifa pula dengan marah
"Dah-dah duduk dekat sofa tengok tv jangan datang sini ni semua kaca ni biar mama yang buat" kata aku, mereka pun akur .Aku pun mengutip kaca dan menyapu nya sehingga selesai selepas membersihkan aku periksa sekali lagi agar tiada kaca pecah yang tersisa
Tiba-tiba mereka datang pada ku...
"Mama Syarif minta maaf..."
"Syarifa pun mama... " katanya dengan suara yang bergetar
"Baik mama maafkan...!" mereka terus memeluk ku
"Terima kasih mama!!" kata mereka serentak , aku senyum padanya
"Sebelum tu siapa yang pecahkan pasu?" tanya aku
"Adik yang buat mama sebab adik marah abang ambik adik punya patung" kata Syarifa, aku hanya tersenyum
"Syarif dan Syarifa tak boleh bergaduh kan kamu berdua saling sayang kan .Kamu berdua adik beradik dan kembar ,kembar tak boleh bergaduh ,Faham?" kata aku mereka angguk
"Abang minta maaf adik" kata Syarif pada Syarifa
"Adik pun minta maaf!" mereka saling berpelukan
"Macam ni lah anak mama dan papa!" kata aku
"Assalamualaikum!" kata Aryan
"Waalaikumusalam... " jawab aku dan anak-anak
"Yeah!! papa balik! " mereka terus memeluk Aryan
"Ada apa ni?" tanya Aryan dan dukung mereka berdua
"Syarifa dia pecahkan pasu lepastu marah sebab Syarif ambil patung dia" kata aku pada Aryan
"Syarif jangan kacau adik lagi ye" kata Aryan
"Baik papa!"
"Syarif dan Syarifa nak mainan tak??"
"Nak!!"
"Nah!" Aryan bagi mainan pada mereka berdua dan menurunkan mereka dari dukungan
"Yeah.. adik dapat barbie!" kata Syarifa dengan teruja
"Abang dapat kereta! Adik jom kita main dekat sana" kata Syarif dan tunjuk di halaman rumah
"Jom abang!!" mereka pun pergi bermain, aku dan Aryan melihat mereka bermain
"Sempat lagi pergi beli mainan eh" kata aku ,Aryan ketawa perlahan
"Cepat je masa berlalu kan anak kita dah besar pun " kata aku
"Sayang bahagia tak?" tanya Aryan
"Gila tak bahagia! sayang bahagia sangat dengan adanya abang dan anak-anak"
"Terima kasih sayang hidup dengan abang!" katanya dan mengucup tangan aku
"Sama-sama abang... " aku pun cium pipi Aryan
*****
Selepas aku tidur kan Syarif dan Syarifa .Aku pun masuk ke dalam bilik dan tutup pintu
"Anak-anak dah tidur?" tanya Aryan
"Dah abang... " kata aku
"Sayang kenapa macam tak sihat je?" tanya nya lagi
"Sayang cuma pening je" kata aku, tiba-tiba aku ingin muntah dan berlalu ke tandas
"Uwerk!" aku pun muntah, Aryan datang dan mengusap belakang ku
"Sayang ok tak ni?"
"Ok cuma tak sedap badan je" kata aku
"Lain kali sayang jaga kesihatan sayang ye" aku angguk
*****
Aku dan Aryan menonton televisyen...anak-anak pula bermain
"Syarif...Syarifa...!!" panggil aku, mereka pun datang
"Ye mama!!" mereka pun berdiri di depan aku
"Sini!" aku pun angkat mereka duduk di paha aku
"Syarif dan Syarifa nak adik tak?" tanya aku
"Nak!!" kata mereka berdua, Aryan yang tekun menonton tv terus memandang aku
"Ni ada dalam perut mama, nanti Syarif dan Syarifa ada adik!" Aryan terkejut
"Yeah!! ada adik!" katanya dengan gembira
"Sayang betul ke mengandung?" tanya Aryan ,aku senyum dan angguk
"Syukur alhamdulillah anak ketiga pula!" kata Aryan
"Kalau macam tu kita pergi bercuti, nak tak?" tanya Aryan
"Nak papa!"
"Betul ke abang?" tanya aku ,Aryan angguk
"Yeahh bercuti!!" kata anak-anak aku
*****
"Happy lah diaorang" kata Aryan
"Haah lagi-lagi mak dan mummy teruja nak ada cucu lagi" Aryan ketawa perlahan
"Dah jom tidur dah malam ni esok nak pergi bercuti dah" aku angguk ,aku pun baring dan juga Aryan
"Terima kasih sayang..." kata Aryan
"Terima kasih untuk apa??" tanya aku
"Terima kasih sebab mengandung kan anak abang" aku tersenyum
"Sama-sama... I love you" kata aku
"I love you tou!" katanya dan mencium dahi ku
*****
"Yeah!! mama nak main dekat sini" kata Syarif, Syarifa pula hanya mengikuti abang nya ,kami bercuti di Pulau Tioman
"Ok tapi jangan main jauh-jauh dekat sini je" mereka angguk dan mereka juga bermain pasir .Aku dan Aryan duduk di bawah pokok yang redup sambil memerhatikan anak-anak ku bermain di depan kami
"Sayang... " kata Aryan
"Ye abang... "
"Terima kasih untuk segala-segalanya...terima kasih terima abang dalam hidup sayang dan melahirkan anak kita, maafkan abang pernah buat hati sayang terluka" sambil memegang tangan ku
"Sama-sama abang... benda lepas kita tak payah ingat sekarang kita cuma tengok masa depan je sayang pun nak cakap terima kasih dengan abang sebab terima sayang jadi isteri abang maaf kalau sayang bukan isteri yang sempurna buat abang" Aryan senyum dan mencium dahi ku
"I love you!" kata Aryan
"I love you to!" kata aku pula
***TAMAT***Tamat lah Ego Cinta terima kasih yang sudi membaca 😊
YOU ARE READING
Ego Cinta
RomanceKisah percintaaan dan ego Sarah seorang perempuan yang baik, alim, lemah lembut ,cantik, rendah diri dan sederhana manakala Aryan seorang yang baik, tegas dan orang kaya yang mempunyai duit yang berbilion mereka saling mencintai satu sama lain seja...