Bab 49

226 4 0
                                    

Alhamdulillah hari ni aku sudah pun habis pantang hari ni akikah anak aku dan Aryan tapi majlis sudah pun selesai hanya keluarga rapat masih di sini kami adakan di rumah mummy dan daddy, aku dan Aryan berbaju sama iaitu warna nude

"Ok sekarang sedia ya kita nak ambil gambar" kata juru gambar ,tempat aku dan Aryan juga anak-anak duduk seperti pelamin ni semua keinginan mummy sebab ni cucu pertama katanya. Kami pun bersedia Aryan memegang Syarif manakala aku memegang Syarifa

"Ok semua!" sesi tangkap gambar pun selesai

"Comel kan anak kita ni abang!" kata aku, aku seperti mimpi ada anak yang sangat comel hidung mereka mancung, mata hazel dan bibir yang menawan

"Memang lah comel tengok lah siapa mama dan papa dia!" katanya dan mencium mereka

"Lagi-lagi bibir diaorang menawan macam mama dia!" katanya sambil memegang bibir aku

"Abang nanti orang nampak lah!" kata aku

"Biar lah orang nampak kita kan suami isteri yang sah anak pun dah ada" katanya dan tertawa

"Ehem dah-dah lah tu sweet nya nanti bersemut pula" kata Nurul sepupu aku ,kami pun hanya ketawa

"Ada orang nak jumpa kau dengan Aryan!" kata Nurul

"Siapa?!" serentak aku dan Aryan

"Tu dia!" Nurul menunjuk pada kami rupa-rupanya Riana dia pun datang pada kami

"Aku pergi dulu!" kata Nurul dia pun berlalu pergi

"Assalamualaikum!" kata Riana

"Waalaikumusalam!!" jawab aku dan Aryan. Aku dan Riana bersalaman

"Alhamdulillah Riana... syukur lah kamu dah berubah manis pakai tudung"

"Alhamdulillah Sarah saya dah berubah...saya datang ni nak ucapkan tahniah dekat awak dan Aryan sebab dapat anak kembar pula tu"

"Terima kasih Riana" kata aku, dia senyum

"Sebelum tu saya minta maaf pada awak dan Aryan sebab saya dulu.... "

"Riana benda dah lepas tak payah ungkit lagi lagipun saya dan Aryan dah lama maafkan kamu Riana ,betul tu tak abang? " kata aku pada Riana, Aryan angguk

"Lagi satu nah!" Riana menghulurkan kad pada aku ,aku ambil dan aku pun buka .Mata aku membulat

"Awak dah nak kahwin Riana?!" tanya aku, Riana angguk

"Bila tunang?" tanya Aryan pula

"Kitorang tak tunang tapi terus nikah" aku dan Aryan hanya oh

"Eh saya nak tengok twins boleh?" tanya nya

"Boleh je...ni kat katil bayi"

"Saya minta diri dulu...abang nak pergi tandas dulu ye sayang" kata Aryan dan memegang kepala ku terus berlalu pergi

"Amboi sweet!" kata Riana, aku tertawa

"Yang  lelaki anak sulung namanya Syarif Aiman dan yang perempuan Syarifa Alia"

"Eeee comel nya!" katanya

"Boleh tak nak dukung?"

"Mesti lah boleh" dia pun mendukung anak ku

*****

Keesokannya...

Aku terbangun sebab Syarifa menangis ,aku pun mengangkat nya dan menenangkan nya

"Kenapa dengan anak kita sayang? " tanya Aryan dia pun terbangun juga

"Tak tahu lah abang!"

"Dia nak susu mungkin" kata Aryan, aku pun cuba memberi nya susu badan tapi Syarifa tidak menyusu

"Abang Syarifa pun tak nak!" aku dah mula risau Syarifa menangis tanpa henti dan Aryan juga ,aku cuba memeriksa lampin nya takut penuh tapi tak

"Cuba periksa perutnya!" aku pun memeriksa perutnya

"Tak kembung pun abang!" aku mengangkat nya lagi, aku terkejut dan aku terus memegang dahinya

"Ya Allah abang badannya panas anak kita demam!" kata aku

"Kita pergi klinik sekarang!" kami pun bersiap-siap pergi ke klinik

Sampai di klinik....

"Ya Allah abang... lama lagi ke?" tanya aku pada Aryan sambil mendukung Syarifa manakala Aryan mendukung Syarif

"Sabar ye sayang... abang pun risau ni dengan anak kita" katanya dan cuba menenangkan aku ,air mata aku mengalir dan memandang Syarifa kerana deman nya sangat panas

"Dah sayang tak payah nangis insya Allah anak kita tak ada apa-apa" kata Aryan dan menyeka air mata aku ,tiba-tiba jururawat memanggil .Aku dan Aryan pun masuk

Selepas Syarifa di periksa...

"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?" tanya aku

"Anak awak tak ada apa-apa cuma demam panas saja" aku berasa lega

"Terima kasih doktor!" kata Aryan

"Sama-sama... " kata doktor itu, kami pun keluar dan menunggu ubat .Selepas mengambil ubat dan bayar kami pun balik ke rumah

*****

Keesokannya....

"Alhamdulillah abang...demam Syarifa dah kurang!" kata aku

"Syukur alhamdulillah ni semua berkat mama dia yang jaga semalaman" aku tersenyum

"Sayang!" panggil Aryan

"Ye abang.. " kata aku

"I love you!" katanya dan mencium dahi aku

"I love you to... " Aryan sangat terharu sebab Sarah sangat sayang pada anaknya dan amat risau

*****

3 bulan kemudian...

"Aumm!" kata aku menyuap bubur bayi pada Syarif dan Syarifa, cepat masa berlalu mereka pun semakin membesar

"Pandai anak-anak mama" kata aku, mereka ketawa aku sangat geram melihat mereka kerana menunjukkan gigi yang baru sahaja ingin tumbuh

"Yeah!  habis dah anak mama makan .Pandai dia" kata aku dan mencium pipi mereka

"Assalamualaikum!" kata Aryan

"Waalaikumusalam... abang dah balik?" tanya aku

"Haah..eh anak papa dah makan ye" kata Aryan dan mereka ketawa, Aryan selalu membuat mereka ketawa dan selalu bermain dengan nya

Aku sangat gembira tengok mereka, akhirnya aku juga ada keluarga aku sangat bahagia bersama orang yang aku sayang dengan adanya suami dan anak-anak

Bersambung...

Ego Cinta Where stories live. Discover now