Epilog 3

169 5 0
                                    

Aku terbangun dari tidur kerana tekak aku dahaga. Aku melihat Aryan tidur dengan lena aku tak nak ganggu mimpi nya. Aku melihat jam menunjukkan 12:30 malam ,aku memakai tudung depan Rayyan dan daddy aku pakai tudung menutup aurat ku takut pula terserempak dengan Rayyan atau daddy.

Aku turun bawah dan berlalu ke dapur. Aku pun minum segelas air.Selepas minum aku pun ingin naik ke atas semula. Langkah aku mati apabila terdengar suara orang batuk di kolam. Aku menjadi takut, aku beranikan diri untuk melihat siapa yang batuk.

Di dalam hati aku 'siapa pula yang batuk tengah malam ni kalau tak pencuri ataupun hantu! Mudahan tak lah' aku ingin melegakan hati aku. Dengan lafaz bismillah aku melihat susuk tubuh macam kenal.

"Rayyan?" panggil aku. Dia terus memandang aku.

"Kau rayyan kan?! Bukan hantu? Kalau tak aku baca ayat kursi!" kata aku dengan tidak percaya sebab apa dekat sini gelap apa yang dipandang pun tak tahu.

"Akak ni dah kenapa? Ni Rayyan lah!" kata Rayyan.

"Cuba cakap Allah Akbar!" kata aku ingin menyakinkan yang itu Rayyan.

"Allah Akbar." kata Rayyan lembut. Hati aku terus lega. Rayyan ketawa.

"Kelakar lah akak ni!" aku pun ikut ketawa. Aku membuka lampu biar tidak salah faham lagi-lagi dalam gelap. Aku berdiri sebelah nya dengan jarak.

"Rayyan buat apa dekat sini? Malam-malam buta pula tu!" tanya aku.

"Tak ada apa-apa! Rayyan tak boleh tidur tu lah dekat sini." aku hanya oh kan je.

"Ni yang akak pula?" tanya Rayyan pula.

"Akak minum air haus!" kata aku sambil memandang kolam renang.

"Abang Aryan tidur?" tanya nya lagi. Aku hanya mengangguk kan kepala.Rayyan senyap semula aku memandang nya seperti ada masalah.

"Rayyan ada masalah?" tanya aku.

"Eh tak adalah!" dia tersenyum.

"Tak payah tipu lah!" kata aku. Rayyan mengeluh.

"Ya memang Rayyan ada masalah!" tekaan aku memang betul.

"Pasal mawar?" tanya aku lagi.Mawar ialah kekasih Rayyan mereka jatuh cinta pandangan pertama lagi dah 2 tahun mereka bercinta.

"Ya kak. Tak tahulah dia tu kuat cemburu!" kata Rayyan dengan muka yang sedih.

"Rayyan cemburu tu tanda dia sayang!" pujuk aku pada Rayyan. Mawar sangat baik orangnya, lemah lembut, sopan dan menghormati orang tua.

"Tapi kak ni dah melampau!" kata Rayyan. Aku terkejut.

"Akak tak tahulah pasal apa kan, akak tak nak lah masuk campur tapi semua benda kita boleh cakap baik-baik Rayyan cakap lah dekat Mawar yakin kan diri dia yang Rayyan tak kan pernah menduakan dia Rayyan pun kena lah buktikan diri!" kata aku dengan tegas. Rayyan terdiam dan berfikir.

"Insya Allah kak! Dah lah akak masuk bilik sana dah malam ni takut masuk angin pula ada dekat sini!" kata Rayyan.

"Rayyan pun tidur tak payah nak fikir sangat!" kata aku. Rayyan menganggukkan kepalanya dan senyum padaku.

"Goodnight!" kata Rayyan.

"Goodnight!" kata aku pula dan berjalan menaiki tangga untuk ke atas.

Dalam hati Rayyan dia sangat bersyukur dapat kakak ipar seperti Sarah kerana dia memahami dirinya dan selalu memberi nasihat.

*****

"Abang hati-hati ye!" risau aku pada Aryan.

"Insya Allah!" Aryan dah pun bersiap untuk berjumpa Kamil. Tapi kami masih di dalam bilik. Aku susah untuk lepaskan Aryan pergi sebab aku takut.

Ego Cinta Where stories live. Discover now