Loey :
Aku ada dekat bawah
Kau nak aku naik, ataupun kau sendiri yang turun?Me :
Kau buat apa gila datang siniLoey :
Suka hati aku lah??
Oh ya
Kalau kau nak turun, siap siap sekali. Pakai simple simple pun tak apa
Kau dah cantik
( ° // > // ° )Me :
Tak betul punya orangAku terus matikan telefon lalu jengukkan kepala ditingkap bilik aku. Betullah tu, dia dah terpacak dekat bawah dengan motor vespa warna biru mudanya itu.
Tak ingin membuang masa, aku terus mencapai jaket yang elok tergantung di dalam almari.
Chanyeol beruntung yang aku dah mandi dari tadi. Kalau tidak, tunggulah setengah jam lagi dekat bawah tu.
Selepas menyimpan barang yang penting ke dalam mini sling bag, aku terus melangkah keluar dan mengunci pintu rumah ini. Setelah itu, aku disambut dengan senyuman daripada Chanyeol dan huluran helmet daripada dia.
Aku menyambut helmet tersebut lalu dipasang dikepala. "Hari ni pergi mana?"
Chanyeol mengangkat bahu. "Entah. Ikut jelah."
Memang ayat 'entah' je yang aku dengar setiap kali aku tanya nak pergi mana. Tapi itulah, nak marah dia pun tak boleh. Tempat yang dia bawa aku semua tempat rawak.
"Pegang aku. Risau terbang je nanti."
Aku berdecit. "Kalau kau bawa sederhana laju, tak adanya aku akan terbang."
Dari cermin sisi motor milik Chanyeol kelihatan jelas giginya yang terpapar, menandakan yang dia sedang ketawakan ayatku sebentar tadi.
Chanyeol, jangan berubah ya? Nanti aku rindu nak dengar kau ketawa. Sakit kena pukul pun sakitlah.

ANDA SEDANG MEMBACA
home, chanyeol.
Short Story「 short story, completed. 」 just be yourself, i'll be there for you. start ; 5 sept 21. end ; 5 sept 21. ⚠️ Jalan cerita yang sangat santai, tiada konflik, agak cringe & grammar error (tolong tegur kalau ada huhuhu).