Betullah apa yang aku jangkakan, Chanyeol ni mesti bawa aku dekat tempat random. Hari ni dia bawa aku ke tempat painting pula.
"Kau lukis apa?"
Aku mengangkat bahu sebagai jawapan. Dari awal lagi otak aku dah kosong. Lagipun aku bukannya berbakat dalam bidang seni. Aku hanya conteng-conteng dengan pelbagai warna pada kanvas dihadapanku saja.
Berbeza dengan Chanyeol. Aku yakin disebalik messy painting dia tu, ada maksud yang tersirat. Macam apa yang dia kata dekat aku dulu, manusia yang berbakat dalam bidang seni selalunya akan luahkan perasaan mereka dengan cara melukis. Mungkin Chanyeol pun gunakan method tu selalu? Entah, aku sendiri pun tak tahu.
"Apa yang kau lukis?"
"Random, but still have meaning."
"Terangkanlah dekat aku maksud dia apa. Nak tahu juga."
Chanyeol mengangguk. "Situasi dimalam hari, dimana ada dua orang yang sedang berdiri berjauhan. Seorang yang berada dihadapan seakan-akan sedang menatap bulan. Sama juga untuk seseorang yang berada dibelakang. Cuma bezanya, dia menatap dua bulan. Bulan yang berada di atas dan juga seseorang dihadapan dia."
Aku mengangguk lalu hayati lukisan dia. Rasa kagum. Selama ni aku tengok lukisan sebagai lukisan biasa je. Lukisan dan nama lukisan, itu sajalah yang aku tahu.
"Kiranya orang dekat belakang ni anggap orang dekat depan tu sebagai bulan dia? So maksudnya orang dekat belakang ni ada hubungan dengan orang dekat depan dia tulah?"
Chanyeol mengangguk. "Lebih kepada istimewa. Bulan yang menghiasi gelapnya malam hari. Maksudnya, orang dekat belakang tu anggap orang dekat depan tu sebagai cahaya bila dia di kegelapan."
"Kau nak namakan lukisan kau ni apa?" Soalku, membuatkan Chanyeol terdiam sebentar.
"Seo Haneul.."
"Hah? Apa dia? Cakaplah kuat sikit."
"Entahlah, aku tak terfikir lagi."
YOU ARE READING
home, chanyeol.
Short Story「 short story, completed. 」 just be yourself, i'll be there for you. start ; 5 sept 21. end ; 5 sept 21. ⚠️ Jalan cerita yang sangat santai, tiada konflik, agak cringe & grammar error (tolong tegur kalau ada huhuhu).