lima

23 9 0
                                    

Ting tong!

Dengan malas, aku melangkah ke arah pintu utama. Tombol pintu dipulas, lalu terpaparlah muka Chanyeol dengan dua kotak Dunkin' Donuts dekat tangan dia.

"Aik? Aku tak pesan apa-apa pun."

Chanyeol tersengih. "Makanan percuma. Free cod too." Katanya masih dengan sengihan dibibir. Kotak Dunkin' Donuts yang berada ditangannya itu diangkat sama paras tinggi dengan tinggiku.

Tak tahulah dia sengaja perli aku, ataupun dia berniat baik nak hiburkan aku.

Tak ingin membuang masa, Chanyeol terus melangkah masuk ke dalam. Selepas meletak kotak donut dimeja diruang tamu, Chanyeol bergegas ke arah dapur.

Entahlah, sekarang ni dah macam rumah dia je tau.

"Kau ada susu je ke? Bosannya. Patut belilah beer ke-"

"Aku bukan macam kau. Lagipun kalau aku minum beer, ada orang tu sibuk risau pasal aku."

Terasa diperli, Chanyeol tersengih. Dia kembali ke ruang tamu dengan dua cawan dan sekotak susu.

"Akaun Netflix kau masih aktif, kan?"

Aku mengangguk.

"Nice!"

Aku mengeluh. Agak dah. Ni mesti lari dari rumah, lepas tu pergi dekat rumah aku sebab dia tahu keluarga aku masih dekat luar negara. Bertuah punya Chanyeol.

home, chanyeol.Where stories live. Discover now