PART 7

197 14 0
                                    


Puan Qaseh dan Qamra sedang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan petang ketika itu. Ubi kayu rebus bersama sambal tumis. Enak dimakan ketika keadaan hujan. Alam semakin gelap dan mendung.

Qamra berasa kurang enak. Mengapa hatinya risau tentang abangnya? Harap baik-baik sahaja.

“Bu, lamanya abang. Dah hujan kat luar tu.” kata Qamra.

“Kejap lagi baliklah tu,” ujar Puan Qaseh walaupun hakikatnya dia turut merisaukan Qaid. Dia cuba untuk berfikiran positif dan menghindarkan perkara negatif dalam mindanya.

Leka berborak sehingga bunyi telefon rumah berdering. Qamra meminta izin ibunya untuk mengangkat panggilan tersebut. Tangan dicuci pada singki dapur dan kaki diaju ke ruang tamu di mana terletaknya telefon. Dia mengangkat.

“Helo? Ini pewaris Qaid Afnan bin Azamuddin ke?” suara di atas talian bertanya.

“Ya...ya sa... saya,” Qamra membalas gugup.

“Anak puan terlibat dalam kemalangan dan mengalami cedera parah. Kereta Honda yang dipandu dikesyaki terbabas...” telefon digenggaman terlepas. Badan Qamra melorot jatuh.

“Qamra? Kenapa senyap dari tadi? Siapa telefon?” Puan Qaseh menyoal tetapi dikejutkan dengan anaknya yang berwajah pucat tidak bermaya yang terkulai duduk tanpa suara.

“Eh, Qamra... kenapa anak ibu ni?” Puan Qaseh meluru dan telefon yang terhempas tadi diambil untuk mengangkat.

“Maaf, puan masih berada di atas talian? Helo, sila hadirkan diri di hospital dengan segera...”

Kelam. Hancur lebur semuanya. Bagai kaca yang dijaga penuh rapi namun akhirnya retak berderai.

°°°°°


Teksi yang ditempah berhenti dihadapan pintu utama hospital. Pintu kereta dibuka dan terus bergegas keluar. Puan Qaseh dan Qamra berlari anak. Kaunter hospital dituju untuk menanyakan berkaitan wad anaknya. Setelah dimaklumkan, pantas langkah kaki dibuka.

Setiap detik terasa lama. Punat lif ditekan dan sebaik terbuka mereka berdua masuk. Perasaan gusar menghimpit hati. Ya Allah, moga Qaid baik-baik sahaja. Janganlah engkau membawanya dia pergi. Namun...

Seorang doktor lelaki berpakaian lengkap kelihatan keluar dari wad yang menempatkan Qaid. Pandangan mata Puan Qaseh tertancap pada doktor seperti mohon penjelasan. Qamra dibelakang mengekori sahaja ibunya.

Nafas berat dilepaskan dan doktor itu menggeleng. Puan Qaseh hampir tumbang tapi sempat berpaut pada palang yang disediakan.

“Maaf puan. Kami dah cuba sehabis daya demi menyelamatkannya tetapi Allah lebih menyayangi anak puan. Dia mengalami pendarahan yang banyak, maafkan kami sekali lagi...”

Boom!

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Qamra yang mendengar penjelasan doktor juga terkaku.

Tipu. Semua ini bohong dan mimpi ngeri yang tidak pernah diindamkan. Tak mungkin. Puan Qaseh sudah teresak menahan diri dari rebah.

Qamra bungkam. Airmata mengalir laju. Tubuh badannya terasa lemah dan pandangannya mula berpinar-pinar. Dia cuba untuk gagahkan diri bangun.

“Bu, tu semua gurauan aje kan. Abang Qaid ada lagi kan,” Qamra menggoncangkan tubuh ibunya bertanya. Dia sudah mengongoi dalam pelukan Puan Qaseh sambil memanggil nama Qaid berulang-ulang kali.

“Abang Qaid... abang... Jangan tinggalkan kami...”

Tidak lama selepas itu hanya kedengaran sayup-sayup suara bising sekeliling sebelum segalanya gelap-gelita.

Kehilangan itu memang menyakitkan. Terutamanya yang kita sayangi. Belajarlah untuk menghargai sesuatu sebelum semuanya hanya tinggal kenangan.

-TAMAT-

Pelindung Kasih Purnama ✅ {COMPLETED}Where stories live. Discover now