Yonna terbangun dari tidur lenanya. Jam suda menunjukkan jam 5 pagi. Yonna bangun dan berjalan ke arah pintu. Tiba-tiba dia terpijak sehelai kertas. Dia melihat surat khabar yang dibaca Ruki semalam. Dia hairan kenapa kertas yang diselipkannya boleh berada di lantai. Yonna merasa sudah mendapat petunjuk.
....................................................................
Yonna pergi ke kelas lebih awal dari kemarin kerana tidak ingin terserempak Kim. Malangnya Kim juga keluar dari asrama A. Dia bergegas pergi ke arah Yonna. Yonna berasa hairan kenapa Kim juga awal ke kelas.
Kim: Hai Yonna. Awal harini.
Yonna : ya Kim.
Kim : temankan aku sarapan di kantin.
Yonna : kamu meminta atau memaksa ku?
Kim : kedua duanya. Aku membelanjamu.
Yonna : aku juga mau sarapan. Tapi jangan membelanjaku. Aku tahu kau kaya bebas membuang duit. Aku tidak peduli itu. Aku hanya tidak mahu terhutang budi dan terikat denganmu.Kim hanya tersenyum dengan jawapan Yonna.
Di kantin...
Setelah membeli makanan. Yonna duduk berhadapan semeja dengan Kim sambil makan. Hanya beberapa orang yang ada di kantin. Tiba-tiba ada budak perempuan yang berumur 5 tahun mendekati Yonna. Yonna tahu itu bukan manusia, mana mungkin kanak-kanak boleh masuk dalam sekolah mereka. Yonna pura-pura tidak melihat anak itu kerana Kim ada di depannya. Lebih2 lagi hanya mereka berdua. Nnti hanya menyebabkan Kim takut. Budak itu berkata "kakak.. Aku lapar" sambil melihat makanan Yonna. Oleh kerana budak itu, terlalu lama merenung makananya. Yonna sengaja menggeser pinggang ke hujung meja mereka iaitu disebelahnya. Budak itu duduk disebelah Yonna lalu memakan makanan Yonna. Yonna sedar Kim melihat Yonna.Yonna: aku sudah kenyang Kim. (pdahal baru menyuap dua sudu makanan)
Kim : aku tahu apa kau lakukan
Kim terus meletak airnya disebelah pinggan yang Yonna tolak ke siring. Yonna terkejut terus memandang Kim dengan mata yang besar.Kim: jangan menggodaku dengan mata bulatmu. Aku juga ada deria keenam sepertimu. Kau perlu bijak mengawalnya. Jangan sampai org berfikir kau gila.
Kim berlalu meninggal Yonna yang kebingungan. Dia bjalan lalu tersenyum.
....................................................................
Seusai kelas, Yonna pergi ke perpustakaan lagi untuk mencari maklumat tentang berita itu. Kali ini Yonna mencari di internet. Yonna terjumpa nama orang yang pernah terlibat dalam kes kematian ini. Beliau merupakan rakan karib dari salah satu pelajar yang telah meninggal. Beliau dipanggil Dr. Aaron. Oleh kerana orang ini terkenal di daerah. Pencarian Yonna lebih mudah. Yonna bergegas mencari tahu maklumat dan tempat tinggal org itu. Yonna bercadang untuk memcari Dr. Aaron esok.
....................................................................
Keesokan harinya,
Yonna Pov's
Hari ini hari ahad. Maka hari ini hari pelepasan bagi murid asrama. Aku pergi ke rumah Dr. Aaron untuk bertanya beberapa soalan tentang berita kes kematian 13 orang pelajar sekolah. Aku sampai di hadapan pintu rumah Dr. Aaron dan menekan suis pintu. Beberapa saat kemudian seorang lelaki tua membuka pintu dan bertanya ada hal apa aku ke runahnya. Aku terus memberitahu tujuan ku. Malangnya Dr. Aaron seperti tidak senang dengan tujuanku. Dia mengelak dan memberitahu dia sibuk lalu menutup pintu. Aku berasa sedikit kecewa. Tapi aku tidak putus asa dan ingin mencuba lagi pada hari seterusnya. Tapi keputusannya tetap sama Dr. Aaron menolak untuk ditanya tentang kes itu.
Yonna POV's
Aku mencuba lagi pada hari ke tujuh. Aku menekan suis pintu rumah Dr Aaron. Tiba-tiba pintunya dibuka oleh orang lain. Aku terkejut yang membuka kali ini adalah Kim. Kim mempelawa ku masuk. Aku mencari Dr. Aaron tetapi tiada lalu bertanya Kim. Kim memberitahuku bahawa Dr. Aaron jatuh sakit. Beliau mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil. Disebabkan umur yang meningkat tua. Kondisi Dr. Aaron semakin buruk . Kim mebawa ku ke bilik Dr. Aaron. Beliau sedang tidur di katil dan memakai alat bantu pernafasan. Aku kasihan dengan dirinya. Kim memberitahu bahawa Dr. Aaron perlu berehat. Setelah berbual dengan Kim. Kim meminta izin untuk pergi membuat minuman. Aku tidak mau menyusahkan Kim tetapi Kim berkeras hendak membuat kan minuman. Aku ditinggal kan sendiri bersama Dr. Aaron. Aku merenung ke arah orang tua yang berumur panjang ini dan berfikir apa rahsia disebalik dia mengelak tentang kes yang ingin ku tanyakan. Tiba-tiba mata Dr. Aaron terbuka dan seperti melakukan contact mata menyuruh ku berhati-hati. Dia bercakap tapi tidak jelas kerana menggunakan alat bantu pernafasan. Aku hanya mendengar perkataan bahaya. Tiba-tiba aku terdengar suara tapak kaki dari luar ternyata itu Kim. Aku melihat kembali ke arah Dr. Aaron tetapi Dr. Aaron kembali seperti sedia kala menutup matanya. Aku sepatutnya memberitahu Kim bahawa Dr. Aaron terbangun tapi aku merasa tidak perlu untuk memberitahunya kerana seperti ada benda yang mencurigakan.
Kim: Kau baik-baik saja?
Yonna: ya Kim.
Kim menuangkan minuman ke gelas Yonna.
Yonna: Apa hubungan mu dengan Dr. Aaron.
Kim: Aku ada kaitan keluarga dengannya.
Yonna: Oh begitu.
Kim: Apa tujuan mu kesini?
Yonna: ada jawapan yang perlu aku cari darinya. Tetapi dia terus menghindariku.
Kim: mungkin kau bertanya kepadanya pada waktu yang tidak tepat. Dr. Aaron bukan jenis orang yang begitu. Beliau amat ramah dengan semua orang.
Yonna : mungkin begitu. Aku tidak perlu terasa hati. Aku tidak akan putus asa mencari jawapannya.
Kim: kau memang wanita yang tidak pernah mengalah. Aku sangat menyukainya(dalam hati)
Yonna : jadi kau yang akan mula menjaganya?
Kim: ya.. Lagipun Dr. Aaron tiada anak mahupun isteri. Aku sangat kasihan dengan orang tua ini. Dr. Aaron telah banyak membantuku dalam banyak hal.Mendengar Aaron berkata begitu. Yonna merasa kecurigaanmya hilang.
Yonna: aku bole membantu mu menjaga nya sehingga Dr. Aaron sedar. Aku juga perlu jawapan untuk soalan ku. Tidak semua benda bole didapati dengan mudah.
Mendengar Yonna berkata begitu. Kim tersenyum dengan kesungguhan Yonna. Sejak hari itu Yonna banyak membantu Dr.Aaron dan bekerjasama dengan Kim. Hubungan Yonna dan Kim pun menjadi semakin rapat.
YOU ARE READING
Senior Ku Hantu
Mystery / ThrillerYonna merupakan anak yatim sejak kecil disebabkan kemalangan yang mnimpa ibu bapanya. Yonna mnenghidap penyakit yang pelik iatu boleh menghidu kehadiran roh org mati (hantu) atau makhluk mistik lain. Yonna ditempatkan di sekolah St.Monnica dan Beth...