Chapter 17 : The Last Story

38 2 0
                                    

Writer's POV

Sorry for late update. I've been busy for degree examination and car license exam. Thanks goodness i'ved passed all of them in this new blessing year. .. From now on I need to focus back to this story. For the next chapter i'm still thinking to put new character and need more location to make this story more relevant and live. My writing style will be different because I need to put location or time before start the conversation and scene.

.....................................................................

Lokasi : Bilik Darjah

Pada masa mengajar Cikgu Gerardine, Dia memberi peluang kepada pelajar hari ini untuk membuat aktiviti bebas asalkan tidak membuat bunyi bising yang boleh menggangu pembelajaran kelas sebelah. Yonna duduk termenung sambil menekan-nekan pen nya. Semua orang di bilik darjah bercerita dengan rakan lain. Yonna seperti biasa hanyut dalam dunia sendiri dengan sibuk termenung. Tan pula sibuk membaca buku ilmiah di sebelah Yonna. Kim pula bercerita dengan rakan lelaki lain. Kim lebih bersosial dan terbuka berbanding Tan.

Tiba-tiba loceng pulang berbunyi.

Ms. Gerardine : Anak-anak.. Kita suda sampai di penghujung sem. Besok kita akan bercuti panjang. Cikgu harap kamu dapat gunakan masa cuti kamu dengan sebaik mungkin. Jumpa lagi pada sem hadapan.

Semua pelajar mengemas barang dan terus pulang. Yonna yang masih mengelamun di kejutkan oleh Tan. Yonna mula mengemas barangnya.

Tan : Yonna kau balik kemana cuti ni?
Yonna : Aku tak tahu lagi Ruki.. Eh Tan
Tan : Kau boleh panggil aku Ruki jika kau ingin
Yonna : Hmm. Maaf. Aku panggil kau Tan saja. Kebetulan kau serupa dengan kawan ku.
Tan :  Ohh. Aku rasa kita boleh berteman baik
Yonna : terserah kamu. Aku tidak keberatan. Disini tidak ada yang menganggap ku wujud.
Tan :  ohh aku mengerti. Aku keteman kau jalan balik asrama ya Yonna.
Yonna : oh ok

Tan berjalan keluar bersama Yonna. Di laluan pejalan kaki ke asrama mereka. Mereka terserempak dengam Kim yang bergegas membawa suatu buku di tangannya. Kim sepertinya tergesa-gesa tanpa mempedulikan mereka berdua.

Tan : Apalagi si gila tu nak buat
Yonna : pelik. Kim jarang berperangai begitu.
Tan :  Bagaimana kau bole tahu Yonna?. Kau suda lama kenal dengan dia?
Yonna : Tidak lama. Baru beberapa bulan. Sebab dia selalu ingin berteman denganku.
Tan :  Dia tidak pernah berubah selalu aktif seperti dulu
Yonna : Dulu? Kamu pernah berteman?
Tan :  Eh. Bukan berteman. Cuma kenal begitu sahaja (dengan nada yang seperti menyembunyikan sesuatu dan tidak ingin memberitahu banyak). Yonna kau masuk la, dah sampai. Esok aku balik kerumah keluarga ku. Kau jaga diri baik-baik.
Yonna : baiklah. Terima kasih Tan.

Waktu : 3 petang
Lokasi : Rumah Dr. Aaron

Yonna's POV
Aku melihat Dr. Aaron semakin pulih. Dia duduk. Aku menuangkannya air yang diberi pembantu rumahnya. Dr. Aaron sepertinya berasa gembira dengan kedatanganku.

Dr. Aaron : Yonna. Kau tidak cuti sem?
Yonna : Esok aku akan bercuti di tempat auntyku
Dr. Aaron : Kau tidak pulang kerumah ayah ibumu?
Yonna : Hm. Mereka suda tidak ada sejak aku kecil lagi
Dr. Aaron : ohh maaf.
Yonna : tidak apa. aku suda terbiasa dengan pertanyaan begitu.
Dr. Aaron : kamu sepertinya anak yang kuat

Yonna hanya tersenyum kaku dan mengangguk.

Dr. Aaron : aku akan menyambung cerita tragedi 13 Nov 1943. Aku takut tidak dapat menyelesaikan ceritanya.
Yonna : kenapa kau takut? Apakah ada benda yang mengganggu mu
Dr. Aaron : aku rasa kau tahu apa yang aku takutkan. Aku tidak mau menyebutnya. Kerana dia boleh mendengar nya dari jauh. Lagipun aku tidak tahu umurku berapa panjang lagi.

Senior Ku HantuWhere stories live. Discover now