Chapter 2 : The Ghost

608 30 0
                                    

Setibanya di Asrama..

Yonna menuju ke blok B asrama perempuan yang bersebelahan dengan blok A asrama lelaki. Yonna menaiki anak tangga hingga sampai di tingkat 3 lalu dia menuju ke bilik 4 iaitu paling hujung. Dalam bilik yang luas dan panjang kira-kira ada 20 katil single, katil Yonna paling hujung di belakang. Setiap katil ada almari baju masing-masing. Segera Yonna menanggalkan baju hujan yang diberi oleh Beth tadi lalu mengambil pakaian tidur.. Dalam keadaan bilik yang sunyi penginap masing-masing telah pergi mengambil makanan petang.. Yonna menghadirkan diri untuk ke kelas tambahan subjek Ekonomi Asas menyebabkan dia lewat pulang. Yonna turun dan menuju ke tandas yang terletak di tingkat bawah. Yonna berdiri di hadapan cermin mengimbas peristiwa di waktu rehat tadi rupa-rupanya dia berkomunikasi dan marah dengan hantu, bukan berniat memarahi Beth tpi apakan daya tiada org tahu. Yonna terus menanggalkan butang paling atas tetapi tidak jdi, disebabkan penjelmaan bayangan hitam berada di belakangnya. Yonna menoleh ke belakang tetapi tiada orang. Yonna masih dapat melihatnya dalam cermin lalu berkata "Buat apa kau ekori aku sampai sini? tidak malukah kau?!"...tiba-tiba suara halus membalas "Aku tetap ekori kau selagi kau setuju dengan permintaanku(mnyiasat pmbunuhan d sklh). "Pmbunuhan tu tiada kaitan dengan aku. buat apa aku siasat? Sedangkan orang tuaku mati tidak pula aku pergi siasat... yang mati tu biarlah mati buat apa aku ganggu orang mati..kau pun sudah mati pergilah ke tempat yang menunggu kau..." keras Yonna.  "Aku dah mati tapi aku tidak boleh pergi sedangkan tiada tempat mengambil rohku jadi aku kekal lah di sini.." balas hntu itu lalu menuju ke hadapan Yonna dan Yonna tidak melihat apa-apa hanya suara yang kluar.. "Aku nak mandi berambuslah kau dari sini... dasar hntu tidak tahu malu", desak Yonna." Kalau aku tidak mahu keluar macam mana?" bisik suara garau menuju ke muka Yonna. Yonna terpegun dan menjerit sekuat hati.. "Pergilah..nanti aku fikirkan perkara itu,ok?" Hantu itu mendekati muka Yonna tiba-tiba dup..dup..dup.. jantungnya dengan cepat lalu Yonna mngelak.. Yonna kebingungan..menunggu respons hantu.. "Baiklah, esok aku cari kau..minta diri dulu.." suara getar hantu akibat perbuatan tadi..Yonna baru berasa lega sikit..beberapa minit kemudian, Yonna membersihkan diri..

**Keesokan paginya, Yonna bangun dan melihat katil milik Beth kosong nampaknya Beth belum pulang dan mengambil pakaian seragam sekolah lalu Yonna terus menuju ke kelas..

**Setibanya di kelas.., Yonna seperti biasa mengeluarkan laptop.. Hantu muncul kembali "Hey..Yonna..macam mana? Dah setuju dengan perintah aku?".."Nantilah!! Aku sedang belajar ni..jangan ganggu aku.." teriak Yonna pelajar-pelajar sekelas Yonna terkejut dan melihat Yonna..Guru subjek Bahasa Melayu memberi isyarat diam.. Yonna mengangguk ."Nanti kau cari perkataan Sejarah St.Monnica dalam buku tv mu itu?" Yonna dengan malas mmaki "Dasar hantu ketinggalan zaman! Ini laptop la bukan buku tv boleh tak kau diaam?" Guru Bahasa Melayu menjerit "kau yang diam, Yonna!! Keluar kau dari kelas ini sampai tamat sesi persekolahan nanti berdiri kau dekat padang tu!! Berambus!! Mengganggu kawan-kawan sekelasmu belajar.. Keluar!" Segera Yonna keluar dari kelas dan kawan-kawan sekelas Yonna mentertawakan Yonna.. Yonna menuju ke padang. Yonna berdiri di tengah padang.. Pelajar yang lalu-lalang mentertawakan Yonna.. Kumpulan Bad Girl(KBG) mengejek dan mentertawakan Yonna. Yonna hanya mendiamkan diri. Hantu itu berasa bersalah atas perbuatannya kerana terlalu mendesak Yonna. "Sorry.." Dengan malas Yonna tidak menghiraukan hantu itu.

Senior Ku HantuWhere stories live. Discover now