Pada pagi Sabtu yang indah,
Beth hendak mengajak Yonna pergi keluar membeli-belah. Maklumlah Yonna jarang keluar dari bilik asrama pada hari cuti. Beth ingin menggembirakan hati Yonna yang asyik mendiamkn diri.. Yonna pada mulanya menolak ajakan Beth dan risau kalau Ruki datang menganggunya. Tapi, Yonna sangat menyayangi kawannya. Dia tidak mahu Beth berkecil hati diri. Yonna pun berstuju dengan cadangan Beth. Beth begitu gembira disebabkan Yonna yang kepala batu itu akhirnya berlembut menerima ajakan Beth. Mereka berdua bersiap. Beth memakai blaus dan membiarkan rambutnya yang panjang paras pinggang terurai. Manakala, Yonna bersiap memakai T-shirt serta berseluar Jeans dan mengikat rambutnya. Mereka berdua keluar dari bilik asrama..Yonna dan Beth trserempak dgn Kumpulan Bad Girl.. "Wah... tidak sangka pula dua orang terencat akal bersahabat baik. hahaha..Yang ini org gila suka bercakap sendiri dan yang satu lagi ni pula playgirl mengurat dengan cikgu pula tu.. dasar perempuan sesat".. Jess selaku ketua kumpulan sempat menjeling kepada Yonna dan Beth.. Yonna berasa marah dan Beth pula malu dengan gelaran yang mereka beri tadu terutamanya jika di kaitkan dengan Cikgu Ayato.. Mereka tidak menghiraukan ejekan itu dan menganggap Kumpulan Bad Girl tadi itu cemburu. Beth mempelawa Yonna menaiki kereta yang mewah maklumlah Beth anak orang kaya. Mereka sempat berselfie dalam kereta sebelum menuju ke destinasi yang mereka hendak tujui.. Mereka membeli-belah.. Beth agak boros ketika berbelanja berbeza dengan Yonna yang tidak berminat pada barangan dalam kedai itu.. Setelah selesai, Beth memesan pada pemandu agar membawa mereka ke restoran. Mereka memesan makanan yang sedap. Yonna agak gembira kerana hantu itu tidak mengganggunya seperti biasa. Selepas mereka habis makan.. Mereka menuju Zoo Negara. Beth asyik berselfie dengan haiwan-haiwan yang tidak berbahaya. Yonna melihat haiwan-haiwan yang berada di dalam pagar. Hari sudah semakin gelap, mereka menuju ke restoran lagi. Beth tidak suka makan makanan di asrama kerana tidak sedap. Jadi, lebih baik mereka singgah ke restoran kerana masih awal. Sebelum pukul 9, mereka semua harus berkumpul di asrama.
Yonna dan Beth berada di katil masing-masing untuk tidur. Yonna berdoa agar Ruki tidak mengganggunya... Doa Yonna tidak di kabulkan. Ruki mengintip kegiatan Yonna yang asyik memejamkan mata berdoa.. Ruki hanya tersenyum dengan kelakuan Yonna.
YOU ARE READING
Senior Ku Hantu
Misterio / SuspensoYonna merupakan anak yatim sejak kecil disebabkan kemalangan yang mnimpa ibu bapanya. Yonna mnenghidap penyakit yang pelik iatu boleh menghidu kehadiran roh org mati (hantu) atau makhluk mistik lain. Yonna ditempatkan di sekolah St.Monnica dan Beth...