***Keesokan paginya,
Yonna dan Beth seperti biasa menghadiri kelas masing-masing... Beth masuk ke kelas aliran kimia, sains dan biologi.. Semua rakan sekelas memerhatikan Beth dan berbisik-bisik apabila memijakkan kakinya ke kelas. Masa pertama kbetulan masa pembelajaran kimia, Cikgu Ayato masuk dan memegang buku kimia.. Semua pelajar berdiri memberi salam. Sepanjang waktu pembelajaran, Beth dari tadi memerhatikan gerak-geri Cikgu Ayato yang mengerti akan kelakuannya tetapi tidak ingin menatap wajah manisnya. Beth kehampaan. Seperti biasa pulang dari sekolah, Beth berjalan sendirian kerana Yonna ada kelas tambahan subjek Ekonomi Asas. Apabila menuju ke asrama kereta Ayato berlalu pergi sahaja tanpa mengucapkan Goodbye seperti dahulu. Fikir Beth, Ayato merupakan harapannya tetapi semua itu tidak pernah menjadi kenyataan setelah Beth kalah. Setiap kali Beth terserempak dengan pelajar lain, mereka asyik brgosip. Beth kehairanan.. Pengetua memanggil Beth.. "Beth..tunggu dulu hmm.. jumpa cikgu petang nanti." ringkasnya. Banyak persoalan bermain di minda Beth.
** Bilik Pengetua
Beth mengetuk pintu lalu pengetua bersuara membenarkannya masuk. Beth masuk ke dalam bilik itu dan melihat wajah Pengetua agak tegas seperti hendak memarahinya. Pengetua brkata "Beth..awak tahu tak apa yang berlaku di sekolah ini?". "Tidak tahu,Cikgu" getar Beth. "Sebenarnya ada gosip tentang Cikgu Ayato dengan kamu berhubungan maksiat..Malah, kamu telah mengandung. Cikgu kena mengambil tindakan atas kesalahan kamu brdua..". Percakapan Pengetua terhenti apabila Ayato turut datang kerana telah dipanggil oleh pngetua juga. Pengetua menghukum mereka brdua. Ayato digantung daripada bertugas sebagai guru selama 10 bulan. Manakala Beth, diberhentikan sekolah. Beth tidak percaya bahawa perkara ini boleh diketahui oleh pngetua kecuali Yonna dan Ayato.. Adakah Ayato memberitahu perkara ini. Tidak mungkin mahu di berhentikan kerja... Kalau Yonna pula tidak suka bergosip malah dia menjaga Beth dengan baik.. Angkara siapa, ya?? Banyak persoalan yang sedabg bermain di dalam minda Yonna..
** Asrama
Yonna bergegas pulang sebaik sahaja mengetahui berita bahawa Beth telah di berhentikan sekolah mulai hari esok. Yonna melarangnya tetapi apa kan daya, Yonna cuma pelajar biasa yang harus menurut perintah pihak atasan. Yonna menangis teresak-esak "Maafkan aku Beth, semua ini salah aku sebab tidak mempertahankan kau..". Beth mendiamkan diri.. mengemas pakaiannya. Setelah beberapa minit kemudian, Beth diiringi oleh pemandunya dan Yonna mengekorinya.. Kelibat kereta yang dinaiki Beth hilang dari pandangan Yonna. Yonna kesunyian.. Kumpulan Bad Girl cuba menahan ketawa. Yonna dapat mengagak ini adalah rancangan Kumpulan Bad Girl.
Yonna berasa kesunyian duduk di sebelah katil yang kosong..Yonna tidak berhenti menangis.. Tiba-tiba ada suara garau berbisik di telinganya "Jangan menangis.. Aku selalu berada di sisimu selalu..". Yonna tidak mempedulikan suara itu...
YOU ARE READING
Senior Ku Hantu
Mystery / ThrillerYonna merupakan anak yatim sejak kecil disebabkan kemalangan yang mnimpa ibu bapanya. Yonna mnenghidap penyakit yang pelik iatu boleh menghidu kehadiran roh org mati (hantu) atau makhluk mistik lain. Yonna ditempatkan di sekolah St.Monnica dan Beth...