BAB 1

654 31 0
                                    

Pada pagi yang indah,matahari mulai muncul disebalik gunung-ganang yang kaya dengan kehijauan alam semulajadi. Kemerduan kicauan burung dan angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman menambahkan lagi ketenangan dan keamanan kediaman tersebut. Di situ terdirinya sebuah rumah besar dan mewah yang berwarna putih.

Kawasan kediaman tersebut dilengkapi dengan sebuah taman yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga dan berkonsepkan TAMAN INGGERIS. Dikediaman tersebut juga mempunyai sebuah kolam renang yang luas dan dilengkapi dengan tempat  rehat di sekelilingnya. Kediaman tersebut adalah sebuah kediaman yang paling mewah dibandar tersebut kerana pemiliknya ialah seorang yang kaya.

Sebuah BMW berwarna putih memasuki pekarangan kediaman tersebut. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dengan memekai kot hitam. Beliau seorang yang kacak,tinggi,berambut perang, berkaca mata hitam,dan bermata coklat terang. Beliau kelihatan seperti berusian 20-an walaupun umur sebenarnya mencecah 30-an. Beliau ialah pemilik kediaman tersebut, Encik Hanto Hijima.

Beliau ialah anak seorang bangsawan dan berasal dari Hiroshima.Selepas turun dari BMW, beliau terus menuju ke pintu utama mahligai kediamannya. Beliau di sambut oleh seorang wanita yang cantik seperti ratu cantik. Seorang yang berambut hitam dan panjang, bermata biru bagaikan air laut.Beliau ialah Puan Hanto Merry,anak kelahiran England.

RING!!!

“ARGH! Bising betullah!” Keluhan seorang jejeka pada setiap pagi. Suaranya dapat didengari dari biliknya ditingkat 3 hingga ke ruang tamu tingkat paling bawah. Jejaka tersebut membaling jam tersebut ke dinding biliknya dan terus tidur.

Beberapa minit kemudian, pintu biliknya diketuk oleh seseorang, “Hiroto Sayang, cepatlah bangun. Nanti kamu akan terlambat kesekolah,” Suara merdu Puan Asako kedengaran disebalik daun pintu bilik jejaka tersebut. Dengan wajah yang bengang dan masih mamai, Hiroto bingkas bangun dari katilnya lalu pergi ke bilik mandinya.

30 minit kemudian.

“Aunty Mey! Mana baju sekolah saya?” Dengan suara yang lantang, Hiroto memekik dari biliknya. Encik Hijima tersedak kerana terkejut ketika sedang bersarapan.Puan Asako hanya menggeling kepala kerana tahu akan sikap anak lelakinya yang baran itu.

Hiroto yang tidak berpuas hati telah turun ke tingkat bawah tanpa pakaian dan hanya memakai seluar pendek dan tuala di kepalanya. Pembantu rumahnya, Aunty Mey bergegas mendapatkan Hiroto yang sedang bengang.

“Tuan Muda Hiroto, saya dah letakkan pakaian tuan muda di tempat biasa. Mustahilah tak jumpa!” Beritahu pembantu rumahnya.

“Kalau ada, tak akanlah saya nak terpekik panggil Aunty.” Dia cuba bercakap dengan nada yang tenang walaupun masih marah. Tiba-tiba,nama adiknya terlintas dalam fikirannya.

“HIKARU!!!”

“Hikaru!!! Pulangkan semula baju sekolah Abang. Kalau tak abang akan belasah kamu,” Sambil memekik sambil berlari ke bilik Hisorie dengan keadaan bengang.Hiroto berlari ke bilik Hikaru lalu menerpa masuk ke dalam bilik adiknya. Ketika itu Hikaru sedang memakai baju sekolahnya.

“Hikaru! Pulangkan baju abang atau abang akan belasah kamu,” Hikari dengan selambanya buat muka tak tahu. Hal ini  membuatkan Hiroto semakin marah lalu dia menampar adiknya.

“Cepatlah cakap.Abang dah lambat ni,” melihat adiknya tidak memberi sebarang jawapan lalu satu tumbukan singgah pada perut Hikari.

“Hebatnya abang macam detektif,” gurau Hikaru.

“Cepatlah beritahu. Abang dah lambat ni,” gesa Hiroto sambil memegang leher baju adiknya.

“Yalah. Baju abang ada kat belakang pintu. Abang ini tak boleh nak bergurau langsung,” Hikaru menyerah kalah. Setelah mencapai pakaiannya, Hiroto berlalu pergi.

“Tak sakit langsung,” Tipu!

"ARGH!Sakitlah pulak. Kuat betullah abang ni," keluah Hikaru dalam hati.

Hatiku Hatimu JugaWhere stories live. Discover now