BAB 3

241 23 0
                                    

Setelah setengah jam Cikgu Sarutori, Encik Hijima dan Puan Asako menanti keputusan daripada doktor. Kini, mereka menerima keputusan bahawa Hiroto pengsan akibat gastrik. Tambahan pula perutnya ditumbuk berkali-kali. Mereka berasa gembira apabila mendapat tahu  keadaan Hiroto yang tidak serius.

“Baguslah dia tak apa-apa.Saya risau sangat kalau dia cedera teruk.” Puan Marry tersenyum sambil mengesat air matanya. Kemudian, mereka  pergi ke wad yang menempatkan Hiroto.

“ARGH…Sakitnya.Kat mana ni?” Hiroto tersedar lalu keliru di mana dia berada.

“Sayang, baguslah kamu dah sedar.Kami risaukan kamu.Sayang beritahu mama, Macam mana boleh jadi macam ni? Siapa pukul kamu sampai macamni?”Puan Marry mengusap-ngusap kepala anak kesayangannya itu.Sementara itu,Hiroto hanya mendiamkan diri sambil mengamati usapan mamanya.

Apabila melihat Hiroto hanya mendiamkan diri,Puan Marry bertanya pula kepada Cikgu Sarutori lalu beliau menjelaskannya. Hiroto seperti tidak tahu apa yang sudah berlaku. Dia kelihatan sedang termenung dengan wajah yang tidak berperasaan.

Sebuah BMW putih dan Ferari merah meluncur memasuki  pekarangan kediaman rumah  mewah milik keluarga Hanto. Ferari tersebut dipandu oleh driver peribadi Encik Hijima.Manakala, Encik Hijima memandu BMW miliknya dan beliau bersama-sama dengan isterinya dan anaklelakinya.

“Hiroto kamu okey ke? Mama risau sebab dari tadi kamu berdiam diri,” ujar Puan Asako.

“Saya okey je. Cuma tak ada mood nak berbual.Mama janganlah risau,nanti mama pula yang sakit,” Hiroto tersenyum  melihat wajah mamanya.Puan Asako membalas senyumannya. Setelah sampai di rumah mereka, Puan Asako membawa Hiroto masuk ke dalam rumahnya sementara itu Encik Hijima menempatkan BMWnya diparking.

“Hiroto kamu nak makan tak?” Tanya Puan Asako.

“Ya. Tapi sebelum tu saya nak pergi mandi dulu,” jawab Hiroto.

“Yalah. Nanti jangan lupa turun. Mama masakan untuk Hiroto,ya?” pesan Puan Asako. Hiroto menganggukkan kepalanya sambil tersenyum lalu dia beredar menuju ke biliknya.

Setelah selesai mandi dan bersiap-siap, Hiroto menuju ke ruang makan untuk makan tengah hari bersama keluarganya.

“Maaf sebab buat semua orang menunggu lama,” Hiroto menuju ke meja makan denagan wajah yang tersenyum ceria.

“Abang ni, okey ke?Macam tak okey je,” ujar Hikaru kehairanan.

“Hikaru! Tak baik cakap macam tu kat abang kamu. Minta maafcepat,” nasihat Puan Asako.

“Sorry.Abang tak marahkan?” Pohon Hikaru.

“Lagipun bukan dapat apa-apa pun kalau marah-marah kat kamu, dapat letih adalah. Buat sakit kepala je,” Hiroto menggaru-garu kepalanya ketika membebel. Mama, papa dan adiknya ketawa apabila melihat gelagatnya. Kemudian, mereka menikmati hidangan di hadapan mereka dengan penuh selera.

Setelah selesai makan,mereka menuju ke ruang tamu untuk menonton tv bersama-sama.                                                

“Hiroto, papa dah buat keputusan. Papa nak hantar kamu ke sekolah lain. Lagi pun kalau kamu terus bersekolah di situ,mungkin perkara yang sama akan berlaku lagi,” bertahi Encik Hijima. Hiroto hanya berdiam diri tanpa memandang papanya. Dia hanya menganggukkan kepalanya menandakan dia bersetuju.

Hatiku Hatimu JugaWhere stories live. Discover now