BAB 8

367 33 17
                                    

“Apa yang tak kena dengan saya? Ada benda yang melucukan ke?” Tanya Misaki yang kelihatan semakin gelabah.

“Dah tak boleh tahan. Rasa macam sakit perutlah pula. Ya, memang ada yang tak kena pun. Luculah tengok muka awak yang merah tu,” dia bercakap sambil ketawa.

“Sampai hati awak cakap macam tu. Saya nak baliklah.Terima kasih sebab dah selamatkan saya,” Misaki terus beredar dari situ tetapi Hiroto telah menarik tangannya dengan kuat sehinggakan Misaki terjatuh dalam dakapan Hiroto.

“Awak nak ke mana? Saya belum habis cakap lagi ni. Maaflah sebab saya ketawakan awak tadi. Sebenarnya, saya datang sini sebab saya nampak awak tadi. Saya ekori awak dari belakang. Ingat nak jumpa awak tadi tapi tak sangka pula ada kaki jalanan kat sini,” jelas Hiroto tentang tujuan sebenarnya.

“Maksudnya awak mengintip saya? Dah berapa lama agaknya awak mengintip saya?” Soal Misaki kepada Hiroto.

“Baru hari ini. Sebenarnya saya nak tahu awak tinggal kat mana. Lagi pun awak kan orang suruhan saya. Apa salahnya, kan?” Gurauan Hiroto membuatkan Misaki bertambah malu.

“Saya tak akan beritahu awak,” tegas Misaki.

“Betul ke ni? Kalau macam tu terpaksalah awak balik seorang diri.Tak takut ke?” Sakat Hiroto.

“Tak pun. Saya boleh balik sendirilah. Bye,” Misaki mula mengatur langkah untuk pulang ke rumahny.

“Macam mana kalau mereka datang lagi lepas saya pergi? Mungkin masa tu awak dah tak dapat diselamatkan daripada mereka tu,” ujar Hiroto. Misaki mus rasa takut apabila Hiroto berkata sedemikian.

Namun, dia tetap mahu pulang sendirian. Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba seekor kucing hitam lalu di hadapannya lalu Misaki menjerit dan pusing ke belakang. Tanpa disedari dia telah memeluk Hiroto yang sejak tadi mengekorinya tanpa pengetahuannya. Hiroto ketawa lagi apabila melihat Misaki ketakutan.

Misaki yang terdengar tawaan itu terus melihat wajah orang yang dipeluknya. Dia melepaskan pelukannya dan beredar dari situ dengan perasaan marah lalu melintas ke seberang jalan yang sepi tanpa melihat kiri dan kanan.

Namun, tiba-tiba sebuah kereta Satria Neo hijau meluncur laju ke arah Misaki. Hiroto memberi amaran kepada Misaki lalu dia berlari ke arah Misaki demi menyelamatkannya.

Misaki terkejut apabila dia ditolak oleh Hiroto ke tepi jalan lalu dia melihat ke arah belakang dan dia mendapati bahawa Hiroto telah pun dilumuri darah setelah dilanggar lari oleh kereta tersebut.

“Hiroto!!!” Misaki bergegas berlari untuk mendapatkan Hiroto. Misaki menatap wajah Hiroto yang berlumuran darah itu sambil menangis.

“Kenapa? Kenapa awak sanggup lakukannya? Kenapa?” Soal Misaki yang kelihatan cemas.

“Sebab saya cintakan awak, Misaki. Sejak awal lagi awak telah berjaya menambat hati saya. Selama ini saya tak pernah mempunyai perasaan seperti ini walaupun ramai gadis yang suka pada saya. Inilah kali pertama saya menyukai gadis macam awak. Suara awak memang merdu macam bidadari. Boleh tak nyanyikannya untuk saya. Kalau saya mati pun mungkin saya dapat mati dengan tenang dan gembira,” ujar Hiroto dengan suara yang tersekat-sekat sambil mengalirkan air mata kesakitan.

Pada malam itu, tidak seorang pun yang kelihatan lalu-lalang di kawasan tersebut. Misaki menangis teresak-esak sambil berkata,“Janganlah  cakap macam tu.Awak tak boleh pergi. Saya tak nak keseorangan lagi. Cukuplah selama ni ayah tinggalkan saya sendirian. Saya….saya tak nak kehilangan awak juga sebab saya pun cintakan awak, Hiroto. Tolong jangan tinggalkan saya. Kalau awak dah tak ada, siapa nak kawan dengan saya lagi?” Jelas Misaki sambil menangis teresak-esak.

Hatiku Hatimu JugaWhere stories live. Discover now