Selepas Misaki pulang ke rumah,dia pergi menuju ke sebuah tempat yang memberi ke tenangan kapada dirinya iaitu Taman Bunga Sakura yang terdapat di kawasan berhampiran rumah kediamannya. Dengan gembiranya dia mengamati keindahan yang membuatkan dirinya terlupa akan segala masalah yang dihadapinya pada hari-hari yang lalu.
Seorang budak perempuan yang comel,bertocang dua dan sentiasa ceria sedang bermain-main dengan seekor anak kucing yang comel berwarna putih. Sejenis kucing parsi yang diberi nama Miwau.
“Misaki, mari ke sini. Marilah dekat papa,” panggil bapanya yang berada di bawah pokok sakura di hadapan rumah mereka.
“Ya. Saya datang,” Misaki berlari menuju ke arah bapanya.
“Waaahhh, cantiknya. Ini bunga apa? Besarnya pokok dia,” tanya Misaki yang berumur lima tahun.
“Misaki suka tak bunga ni?” Bapa Misaki memetik sekuntum bunga sakura yang telah mekar lalu di berikan kepada Misaki.
“Dah tentulah. Lagi pun bunga ni cantik sangat,” ujar Misaki lalu menerimanya.
“Kalau Misaki nak tahu,ini ialah bunga sakura.Warnanya memang cantik.Merah jambu melambangkan kelembutan dan kesopanan. Misaki tahu tak bunga sakura hanya dapat hidup selama seminggu saja. Jadi, jangka hanyatnya memang singkat dan kita patut menghargainya,” jelas bapa Misaki.
Misaki memandag tepat ke arah bunga sakura tersebut, “Kesiannya,bunga yang cantik hanya dapat hidup sekejap saja,” Misaki menunjukkan reaksi sedih. Papa Misaki mengusap kepala anak tunggal kesayangannya berkali-kali sambil tersenyum.
“Misaki, papa nak tanya sikit bolah tak?”
“Papa nak tanya apa? Tanya banyak pun boleh.”Anak kecil itu masih lagi tersenyum.
“Misaki, apa yang akan berlaku kalau Misaki kehilagan seseorang yang Misaki sayang?” Tanya bapa Misaki sambil mengusap kepala Misaki.
“Kenapa papa tanya soalan yang macam tu?” Soal Misaki.
“Saja. Papa cuma nak tahu. Apa jawapan Misaki?” Bapanya menanti jawapan daripada Misaki.
“Mestilah sedih sebab orang yang kita sayang dah tinggalkan kita. Terasa sunyi. Rasa hidup ini tak sempurna kalau kehilngan sesuatu yang berharga. Kenapa papa nak tahu sangat jawapan Misaki?” Misaki melihat wajah bapanya yang berdiri di hadapan dia.
“Sebab Misaki anak kesayangan papa. Papa pun tak nak kehilangan Misaki,” Misaki memeluk erat tubuh sasa bapanya.
“Papa jangan tinggalkan Misaki, ya,” Misaki menangis dalam pelukan tersebut.
Beberapa hari selepas itu, bapa Misaki sakit tenat,“Papa!Janganlah pergi.Papa bertahanlah,”anak gadis yang sentiasa ceria itu mengalirkan air mata di sisi bapanya.
Misaki yang berada di bawah pohon sakura sedang menangis apabila terkenang mendiang papanya yang mengajarnya erti sakura. Untuk mengubati rindunya terhadap papanya, dia sentiasa berdamping dengan bunga sakura yang menjadi kenangan terakhirnya bersama papanya.
“Hidup kita diibaratkan seperti bunga sakura. Berkembang dengan mekarnya sehingga tiba masanya ia gugur jatuh ke bumi. Hidup yang sangat singkat , tapi amat bermakna,” nasihat bapanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya pada waktu itu.
Misaki merapatkan mukanya sehingga bertentangan lututnya sambil memegang sekuntum bunga sakura yang masih segar.
“Papa, Misaki rindu sangat kat papa. Misaki sayangkan papa. Kenapa papa pergi awal sangat? Hidup Misaki tak lengkap tanpa papa,” Misaki mengesat air mata yang menbasahi pipinya.
YOU ARE READING
Hatiku Hatimu Juga
RomanceHatiku Hatimu Juga mengisahkan seorang gadis yang sanggup berkorban demi cintanya terhadap seorang jejaka yang baru dikenalinya.