BAB 5

195 23 0
                                    

Sebelum pergi ke kantin sekolah pada waktu rehat, Hiroto mendekati Misaki lalu dihulurnya buku kerjanya tadi.

“Nah, tolong buatkan untuk saya. Saya tak pandai nak selesaikannya. Lagipun, saya langsung tak faham apa yang cikgu ajar tadi,” perintah Hiroto dengan wajah yang dingin.

Manakala, Misaki hanya menunduk kerana tidak berani bertentang mata dengan Hiroto. Dia hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.

“Baiklah kalau macam tu saya nak kamu bawanya esok pagi. Jangan lambat atau tak datang pula,faham?” Tambahnya lagi.

 “Ya,” Misaki akur dengan arahan tersebut.

“Kenapalah saya kena jadi orang suruhan dia  ni? Kenapalah saya boleh terserempak dengan mamat ni masa tu? Apa salah saya  sampai saya boleh terlanggarnya masa tu? Saya langsung tak faham. Harap ianya akan berakhir dengan cepat,” monolog Misaki.

“Minah ni boleh ke dia buat kerja sebagai orang suruhan aku?Agaknya sampai bila dia mampu bertahan? Baiklah.Walau apa pun yang berlaku,dia tetap milik aku,” fikir Hiroto sambil berlalu pergi meninggalkan Misaki di dalam kelas tersebut.

Misaki akan berada di bawah pokok sakura di sekolahnya pada waktu rehat untuk menjamu selera sendirian.

“Nampaknya,hari ni dia tak cari saya pada waktu rehat.Baguslah,” Misaki berasa lega seketika apabila Hiroto tidak kelihatan di situ. Dia membuka bungkusan roti yang dibelinya tadi lalu dimakannya roti tersebut.

Hiroto dan sekumpulan pelajar lelaki berjalan-jalan di kawasan yang berhampiran pokok sakura. Ketika itu, Misaki sedang menjamu selera sehinggakan dia tidak perasan Hiroto tercegat di hadapannya. Manakala, rakan-rakan Hiroto sedang berbual-bual dengan pelajar perempuan di kawasan berdekatan taman sakura tersebut.

“Sedap bersantap. Tak sarapan ke pagi tadi?” Tegur Hiroto. Misaki hampir tercekek roti apabila terlihat Hiroto berdiri di hadapannya.

 “Kenapa awak tiba-tiba muncul di sini?” Soal Misaki kepada Hiroto.

“Awak ni, jenis dapat  makanan terus tak ingat dunia nyata ke? Untuk pengetahan awak, saya dah lama tercegat kat sini. Dari tadi saya tengok awak makan tak habis-habis lagi. Kalau saya makan dah lama habis.”

Misaki melihat tepat pada mata Hiroto tanpa dia sedari. Dalam masa yang sama Hiroto turut melihat tepat pada gadis tersebut. Lama-kelamaan, wajah mereka mula berona merah kerana malu. Masing-masing memandang ke arah bertentangan untuk mengelak masing-masing melihat wajah diantara satu sama lain. Kemudian, Hiroto beredar tanpa berkata apa-apa.

Hiroto menuju ke arah rakan-rakannya yang sedang menantinya berhampiran kawasan tersebut. Kini, tinggal Misaki seorang diri yang terkial-kial untuk beredar dari situ.

Hatiku Hatimu JugaWhere stories live. Discover now