BAB 2

310 25 0
                                    

“ARGH!!! Dah lambatlah. Tak guna punya Hikaru!” Hiroto memekik sambil berlari menuruni anak tangga.

“Hiroto, marilah bersarapan dahulu,” Puan Asako mengajak Hiroto bersarapan lalu Hiroto berlari mendekati meja makan dan mencapai sebiji buah epal. Kemudian, dia berlalu pergi sambil berkata.

“Maaf, saya dah terlambat. Hiroto pergi dulu, ya,”Hiroto berlari menuju ke pintu utama rumahnya lalu mendapatkan kereta Ferari merahmiliknya.

Kereta Ferari merah tersebut meluncur keluar dari pekarangan kediaman mewah tersebut. Ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah.

“Tak guna! Trafik jam. ARGH!!!Aku dah lambatni,” Hiroto bengang sambil mengetuk-ngetuk stering keretanya.

Sebuah kereta Ferari merah memasuki pekarangan SEKOLAH MENENGAH TINGGI ELIT SHOWGUN. Setelah kereta tersebut berhenti, Hiroto bergegas lari keluar dari keretanya lalu dia meluru memasuki bangunan 4 tingkat dalam kawasan sekolahnya.Hiroto terus meluru ke kelasnya.

Setibanya dia di kelasnya, “Hiroto kenapa kamu lewat hari ini?” Tegas Cikgu Yori Sarutori selaku guru disiplin, secara tiba-tiba dan  hampir membuatkan Hiroto sakit jantung kerana suara Cikgu Sarutori sangat lantang kedengaran.

“Maafkan saya, tadi trafik jam,” Hiroto berkata dengan nada yang selamba.

“Kamu akan didenda kerana terlewat hari ini.”

“WHAT? Tak akanlah lewat sikit pun kena denda juga?” Bantah Hiroto.

“Denda tetap denda. Lagi pun sekarang ini dah pukul 8:30am. Jadi ada bantahan lagi ke? Atau kamu nak tambah denda kamu?” Cikgu Sarutori berkata dengan nada yang penuh ketenangan dengan wajah yang menakutkan walaupun beliau memiliki wajah yang kacak. Hal ini membuatkan Hiroto berasa takut untuk melihatnya.

Tanpa memandang wajah Cikgu Sarutori, Hiroto menjawab,“Yalah saya akan buat,” Dengan nada tidak bersemangat lalu mereka berdua keluar dari kelas dan menuju ke padang di belakang bangunan kelasnya.

Hiroto telah disuruh memotong rumput di padang sekolahnya sebagai dendanya kerana lewat ke sekolah.‘

“Tak guna. Banyak betul masalah hari ni. Lepas ini apa pula yang berlaku?”Hiroto merungut dalam hatinya sambil memotong  rumput.

Dia berasa panas hati kerana  banyak perkara buruk telah berlaku terhadap dirinya sejak awal pagi tadi. Ketika dia didenda,ramai pelajar melihatnya dari kelas masing-masing.

Hal ini membuatkan Hiroto berasa tidak selesa dan semakin marah kerana dia malu dilihat kerana didenda. Hiroto melakukan kerjanya dengan bersungguh-sungguh dengan harapan kerjanya dapat diselesaikan dengan cepat. Tanpa memandang sekeliling, Hiroto hanya menumpukan sepenuhnya kepada kerjanya tanpa memikirkan mata-mata yang memandangnya.

Cikgu Sarutori melihat Hiroto dari bilik guru,di tempatnya.

RING!!! Loceng rehat telah berbunyi. Hiroto telah selesaikan dendanya.

“Bagus akhirnya siap juga. Letih betul buat kerja ini,” monolog Hiroto.

Tiba-tiba Cikgu Sarutori datang dari belakang Hiroto, “Dah siap ke? Kalau dah siap, kamu boleh pergi simpan semula alat-alat ni dan boleh pergi rehat,”

“Ya,baiklah.”Hiroto berlalu pergi sekaligus membawa mesin memotong rumput bersamanya.

Hiroto berasa bebas kerana dendanya telah selesai.Cikgu Sarutori hanya melihat Hiroto sambil tersenyum.

Ketika Hiroto berada di bilik simpanan alatan, tiba-tiba “Hei, Hiroto. Sejak bila pula kau jadi pakcik  pemotong rumput ni?” Tanya seorang jejaka sambil ketawa dan diikuti oleh 3 orang rakan-rakannya.

Hatiku Hatimu JugaWhere stories live. Discover now