ALASTIA I : The time

277 25 4
                                    

"Istana ini sungguh besar"ucap seungkwan kagum sambil melihat ke arah sekeliling istana itu.

"Kau benar"balas jihoon sambil menatap kagum ke arah luar jendela kereta kuda itu yang menampakkan istana yang bakal didiami oleh mereka sebentar lagi.

"pastikan kalian menjaga tingkah laku kalian aku tidak mahu perkara buruk terjadi"pesan jisoo kepada mereka sambil berharap.Dia pasti kedua orang adiknya itu tidak bakal membuat onar di kerajaan itu nanti.

Mungkin saja.

Kikk!

Kereta kuda itu mendadak berhenti ketika berada tepat di gerbang pintu kerajaan itu meminta kebenaran untuk masuk ke dalam.Setelah mengenal siapa yang datang pengawal yang menjaga gerbang pintu kerajaan itu langsung menjerit menyuruh penyawal yang berada di dalam untuk membuka pintu gerbang itu.

"SILA BUKA PINTUNYA YANG MULIA PUTERA SUDAH SAMPAI"

krekk!

Pintu gerbang itu terus terbuka dan mereka tersenyum setelah mengucapkan terima kasih sebagai kata hormat mereka kepada pengawal yang sudah membuka pintu gerbang itu tadi.

Perlahan kereta kuda itu mulai bergerak masuk ke dalam istana itu.

"Kau rasa bagaimana rupa putera-putera yang lain itu ya? Aku jadi tak sabar mahu tahu"ujar seungkwan sedikit teruja ya wajar kerana seungkwan masih muda manakala jihoon dan jisoo hanya menunjukkan wajah biasa.

"Setahu hyung ada tiga orang putera yang diberi julukan 'mawar berduri' "ujar jisoo yang berjaya menarik perhatian jihoon yang lalu bertanya.

"Mengapa mereka diberi julukan seperti itu? "tanya jihoon yang membuat jisoo menyambung ceritanya.

"Mereka bertiga adalah adik beradik dan julukan itu kerana mereka terkenal dengan melawan pihak musuh dengan menggunakan rupa paras cantik mereka dan menggoda pihak lawan mereka yang membuatkan pihak lawan lalai dan selain itu kemahiran utama mereka adalah memanah dari segi bersembunyi ataupun berhadapan"terang jisoo yang membuatkan seungkwan dan jihoon menganguk.

"Apa mereka tidak ada kerja lain selain menggoda orang?"kata seungkwan sambil mengelengkan kepalanya.

"Manalah hyung tahu tanyakan saja nanti kepada mereka"jawab jisoo yang membuatkan seungkwan memuncungkan mulutnya tidak puas hati.

Cklak!

Pintu kereta kuda itu terbuka dan menunjukkan pengawal yang membukanya sedang tersenyum ke arah mereka.

"Kita sudah sampai,Selamat datang ke kerajaan Alastia puteraku"

•••

"Apakah perlu kita masuk? "tanya soonyoung polos yang membuatkan seokmin dan hansol menganguk sambil memandang ke arah gerbang kerajaan Alastia itu yang mulai terbuka.

"Iya, perlulah kalau tidak masuk mengapa kita susah-susah untuk datang ke sini"jawab hansol lalu mengikut seokmin yang sudah menunduk hormat kepada pengawal yang sudah membuka pintu gerbang itu lalu soonyoung pun melakukan hal yang sama dan kemudian menunggang kuda kesayangan mereka itu untuk masuk lebih dalam ke dalam kawasan kerajaan itu.

Berbeza dengan jisoo,jihoon dan seungkwan.Mereka bertiga lebih memilih untuk menunggang kuda sambil menghirup udara segar.

"Apa kau tahu sedikit info tentang mereka? "tanya soonyoung yang sedikit mahu mengambil tahu tentang mereka.Mereka berdua terdiam lalu seokmin yang memulakan bicaranya.

"Aku tidak tahu banyak tapi aku tahu tentang 'putera kegelapan' "kata-kata seokmin berjaya membuat hansol dan soonyoung bingung.

"putera kegelapan? "tanya soonyoung kenapa namanya terdengar sedikit seram menurutnya.

ALASTIA || The Last HopeWhere stories live. Discover now