The first will be last
And the last will be kings
The small will be great
And the great will be weak•
•
•
•
•
•"Anak kesayangan ibu~"ujar seorang wanita sambil mendepakan tangan dia untuk si anak kecil yang sedang berlari ke arahnya itu memeluknya.
"ibu!"teriak kanak-kanak lelaki itu dan terus memeluk wanita itu.Dia tersenyum riang gembira dapat berjumpa dengan ibunya setelah 3 hari berpisah.
"Hannie sihat sayang?"ujar wanita itu lembut sambil mencium pipi kanak-kanak lelaki itu.Ya kanak-kanak lelaki itu adalah jeonghan.
"Hannie sihat! Hannie rindu ibu~"ujar jeonghan sambil memuncungkan mulutnya tanda merajuk kerana di tinggalkan sendirian.
"Maafkan ibu sayang ibu harus menyelesaikan sesuatu dengan ayahmu"kata sang ibu sambil tersenyum tipis lalu mencium seluruh muka putera kecilknya itu kerana berasa geram dengan kecomelan kanak-kanak itu.Jeonghan ketawa kecil lalu ke arah ibunya.
"ibu harus melakukan ap--"kata-kata kanak-kanak kecil itu terhenti ketika ada dua orang wanita datang ke arah mereka.
"Alania?"ujar seorang wanita yang masih dalam lingkungan 20-an bersama dengan seorang lagi wanita yang berada di sebelahnya yang terlihat masih muda.Wanita yang merupakan ibu kepada jeonghan hanya tersenyum lalu menyapa mereka
"Flora dan Raisa marilah ke sini"ujar wanita sambil mempelawa tempat duduk yang masih kosong di situ.Mereka berdua lalu duduk di situ.
Jeonghan hanya memerhati matanya lekat memandang ke arah dua sosok budak kecil yang dibawa oleh dua orang wanita itu lekat.
"ibu mereka siapa?"tanya jeonghan bingung.Sang ibu yang bernama alania itu hanya tersenyum manis.
"Mereka ibu baru kamu sayang"katanya sambil mengusap rambut jeonghan lembut.Jeonghan menatap ke arah ibunya tidak paham.
"tapi hannie cuma ada satu ibu"
"mereka telah berkahwin dengan ayah kamu jadi mulai sekarang mereka ibu kamu hannie dan dua orang budak kecil itu akan menjadi adik beradik tiri kamu"
"adik beradik?"jeonghan seperti tidak terima akan hal itu dia hanya memuncungkan mulutnya tanda dia tidak berpuas hati.Kemudian matanya melirik ke arah sosok dua orang budak kecil itu.Alania yang melihat putera kecilnya itupun tersenyum.
YOU ARE READING
ALASTIA || The Last Hope
Fantasy13 putera yang telah lama disembunyikan di dalam istana akhirnya keluar untuk menjalankan misi mereka.Iaitu menjaga dan memastikan kerajaan ALASTIA sentiasa berada di dalam keadaan yang baik daripada ancaman musuh. Tapi mereka yang selalu sangat ber...