ALASTIA III : Fight for your life

208 19 0
                                    

"Aku sangat benci melihat muka itu aku rasa seperti nak tarik-tarik ja rambut hitam lebat itu "kata minghao geram sambil teringat akan kejadian yang berlaku pada pagi ini.

Merosakkan mood dia sahaja.

"Apa masalah mereka?"ujar jeonghan sambil memukul-mukul bantai itu geram.

Dia tidak menunjukkan perangai itu di depan mereka bertiga tadi kerana dia tidak mahu terlihat geram di depan mereka.

Dia harus terlihat tenang dan melawan kembali kata-kata mereka supaya dia tidak terlihat kalah.

Eh ini jeonghan dah tentu dia tak mahu kalah dia harus melawan kembali dengan kata-katanya kalau boleh sehingga mereka menjadi mental kerana harus berlawan mulut dengannya.

"Mereka siapa?"tanya minghao yang berasa ingin tahu tentang mereka.Wonwoo terdiam sebentar sebelum bercakap.

"Aku rasa aku seperti ada baca tentang mereka sebelum ini"ujar wonwoo yang membuatkan jeonghan dan minghao terus memandang ke arahnya.

"Mereka siapa?"

"Aku tidak ingat yang pasti mereka bertiga tidak berguna"kata wonwoo sambil memejamkan matanya.Yang membuatkan minghao dan hanya menatap ke arahnya datar.

"Kau kejam sekali tapi aku suka kerana mereka memang tidak berguna"

"Kau pun sama saja hyung"

"Ya kau pun sama kan?"kata jeonghan sambil melihat ke arah minghao yang sedang tersenyum miring.

"Aku lebih dari itu"

Kata minghao yang membuatkan jeonghan dan wonwoo turut tersenyum miring.

Wonwoo mengusap alat memanah yang disayangi dia itu lembut.

"Aku akan belasah mereka cukup-cukup pada waktu latihan petang nanti"

•••

"Maaf yang mulia boleh kita bercakap?"panggil chan lembut kepada sang raja itu.Sang raja yang terasa seperti dipanggil itupun menoleh ke arahnya.

"Ya mengapa chan?"tanya sang raja sambil tersenyum ke arah chan yang membuatkan chan turut tersenyum.

"Erm saya mempunyai satu permintaan" ujar chan membuatkan raja memandang dia pelik.

"Kenapa?"

"Tidak ada alasan lain cuma saya berasa..kurang selesa"kata-kata chan itu membuatkan sang raja itu hanya tersenyum sambil berjalan ke arahnya dia mengusap rambut lelaki yang berada di depannya ini lembut.

"Kau tidak boleh begitu kau harus berkomunikasi dengan orang lain ada sebab mengapa aku meletakkan kalian semua sekali"terang sang raja.Chan yang tidak mahu membantah itu hanya menganguk pasrah.

"Kau harus cuba untuk berkawan dengan mereka"kata sang raja tegas.Chan hanya mengangguk patuh.

"Baiklah kalau begitu saya meminta diri dahulu yang mulia"kata chan sambil membungkuk hormat dan berjalan pergi dari ruangan yang di mana sang raja itu masih berada.

"Haih aku sangat tidak mahu bergaul dengan orang-orang pelik itu"keluh chan.Sampai sahaja dia di depan pintu bilik yang akan menjadi tempat dia berehat selepas ini dia terus membukanya dan melihat hansol yang sedang membaca buku sambil tersenyum ke arah chan.

"Hai"ujar dia sambil menatap ke arah kemudian menyambung membava buku yang berada di tangannya itu.Chan melihat ke arah lelaki berwajah mat salleh itu lama.

"Mungkin tinggal bersama mereka tidaklah terlalu teruk"gumam chan perlahan.Baru sahaja dia mahu merebahkan dirinya di atas yang empuk dan gebu itu.Tiba-tiba dia terdengar bunyi bising di belakangya.

ALASTIA || The Last HopeWhere stories live. Discover now